Apa Pandangan Korang??

,Wednesday, January 11, 2012 | Comment

Ramai blogger telah menulis pandangan masing- masing terhadap isu Adam Adli.

Berikut adalah petikan yang saya petik daripada Mummy Nemo.com...

PETALING JAYA: Aktivis pelajar, Adam Adli Abdul Halim telah digantung selama tiga semester atas tuduhan mencemarkan reputasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Pelajar itu hadir pada perbicaraan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Disiplin UPSI yang bersidang selama 90 minit.
Menurut kenyataan menerusi Twitter daripada Solidariti Mahasiswa, keputusan itu selepas Adam Adli mendengar perbicaraan disiplin selama sejam di universiti.
Solidariti Mahasiswa berkata, satu tindakan akan diambil bagi mencabarkan keputusan itu.
Adam Adli yang berusia 22 tahun itu ditahan dan dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib universiti berkenaan pada Isnin atas dakwaan berkenaan dengan perhimpunan menuntut kebebasan akademik pada 17 Disember lalu.
Dakwaan timbul selepas pelajar sarjana muda pendidikan itu menurunkan bendera yang tertera wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Ibu Pejat Umno sewaktu melakukan demonstrasi.
Sementara itu di TANJUNG MALIM, Jawatankuasa Disiplin UPSI telah mengesahkan pengantungan semester selama 18 bulan ke atas pelajar itu.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UPSI, Datuk Dr Junaidi Abu Bakar berkata, lima anggota jawatankuasa tersebut telah mendapati Adam Adli, bersalah atas dua dakwaan – mencemar dan menjejaskan reputasi universiti dan mengancam moral serta ketenteraman awam.





Apapun pandangan pembaca sekalian, kita sebagai remaja atau penuntut tidak seharusnya melibatkan diri dalam isu- isu seperti ini kerana impaknya bakal kita perolehi seperti yang terjadi kepada Adam Adli ini. 

No comments:

Post a Comment

Jangan letak link tersembunyi di ruangan komen ini. Terima Kasih dan datang lagi ye

 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013