Baucer Buku 1 Malaysia

,Thursday, January 12, 2012 | Comment


Berikut adalah tatacara penggunaan baucer

a)      Baucer akan dicetak oleh Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) dan seterusnya mengedarkan kepada semua agensi/institusi;
b)      Baucer ini adalah untuk pembelian buku - buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;
c)      Pelajar boleh menggunakan baucar ini di mana-mana kedai buku yang menyertai pelaksanaan inisiatif ini. Pelajar perlulah mengisi nama dan kad pengenalan di baucar tersebut. Pelajar perlu menunjukkan kad pengenalan ketika menggunakan baucar ini;
d)      Sekiranya amaun pembelian adalah kurang daripada RM200, pelajar dibenarkan membeli peralatan pembelajaran seperti buku catatan dan alat tulis.Baki baucar yang tidak habis digunakan dianggap luput dan tidak boleh dituntut;
e)      Jika amaun yang dibeli melebihi RM200, pelajar perlu membayar sendiri dan tidak boleh membuat tuntutan tambahan kepada Kerajaan;
f)       Baucar buku yang diterima tidak boleh ditukarkan dalam bentuk wang tunai;
g)      Tempoh sah laku baucar adalah selama 3 bulan sahaja;
h)      Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;


Contoh baucer buku 1 Malaysia




Untuk yang dapat Voucher RM200 tu,ini senarai kedai-kedai yang accept Voucher tu:
1. Syamoz Sdn Bhd
2. Sykt Muda Osman Sdn Bhd
3. BN Supplies & Trading
4. Dynamik
5. Popular Bookstore
6. Borders
7. Arena Ilmu
8. A/C Book Sdn Bhd
9. Syarikat My Bookstore Sdn Bhd (buku terbitan UNIMAS sahaja dengan potongan 10%)
10. Uniworld Bookstore (Kota Samarahan) (buku terbitan UNIMAS sahaja dengan potongan 10%)
11. MPH
12. Kinokuniya
13. PTS
14. Kedai/koperasi buku universiti korang
15.Semua kedai buku dekat Malaysia, sila tanya kaunter kedai buku untuk kepastian.
Ada dengar jugak baucer buku nie boleh di tukarkan dalam bentuk wang tapi dapat Rm150 je la. Rm 50 lagi akan burn.
Baucer Buku yang Sara dapat.. hehe



Namun, melalui post dekat Fb yg berbunyi :
Info dari KPT:

Makluman kepada pelajar yang telah mengambil Voucher Buku 1Malaysia (BB1M) yang bernilai RM200 kepada pelajar IPT/IPTS, anda dinasihati untuk tidak menukar voucher tersebut dengan wang tunai.

Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mempunyai rekod nama dan no. siri voucher anda untuk semakan.

Mana-mana kedai/toko buku yang terlibat dalam kegiatan menebus voucher tanpa pembelian buku boleh dikenakan tindakan Akta Perbendaharaan Negara 1967 [Arahan Subsidi Negara, 2008].

Gunakanlah voucher yang diberikan oleh kerajaan sebaik mungkin untuk masa depan anda.

-En. Chuah Chee Meng (cm_chuah@mohe.gov.my)










No comments:

Post a Comment

Jangan letak link tersembunyi di ruangan komen ini. Terima Kasih dan datang lagi ye

 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013