Gadis Kecil Itu ( Part 1)

,Wednesday, January 18, 2012 | Comment
Gadis kecil itu terus memimpin tangan ibunya ke tempat duduk yang masih kosong. Mereka melabuhkan punggung si barisan kerusi hadapanku. Gadis itu nampak lagi matang dari usianya sebenar , mungkin berumur 8 tahun. Dia kelihatan tenang dan pandai menguruskan diri. Kadang kala kelihatan dia bercakap-cakap dengan ibunya. Aku pula terus memerhatikan gelagat si gadis kecil itu.

Majlis akan bermula beberapa minit lagi. gadis bertudung putih masih lagi bercakap- cakap dengan bondanya. Terus aku teringatkan ibuku yang berada dikampung. Apa yang sedang dibuatnya sekarang? Sedang mengambil upah membersihkan botolkah? Kurasa tidak sabar mahu pulang kekampung seminggu lagi, mahu membantu ibuku. Malaupun upahnya hanya dua ringgit untuk seratus botol, namun perasaan puas dapat dirasai apabila wang hasil titik peluh diperolehi. Namun, apa pula cerita gadis kecil itu bersama ibunya? Dimana pula ayahnya?

Mahu saja aku menegur mereka. Namun, pengacara majlis telah dahulu bersuara daripadaku. Aku terus mematikan niatku untuk menegur dua beranak itu. Dalam majlis itu, aku terus memerhatikan gelagat mereka. Hatiku yang dari awal- awal lagi tersentuh apabila melihat anak kecil itu memimpin tangan ibunya terus merasakan sesuatu yang hiba. Mana tidaknya, anak kecil yang masih tidak mengerti apa- apa begitu taat dan sopan membantu ibunya yang buta. Hatiku sering tertanya- tanya, bagaimana perasaanya apabila ibunya tidak seperti ibu kawan- kawannya yang lain? Bagaimana pula ibunya mendidik gadis cilik itu. Lantas hatiku turut bersyukur apabila teringatkan ibuku. Aku bersyukur dikurniakan seorang ibu yang celik, tidak tuli dan tidak pekak.

Gambar Hiasan. Bukan orang yang diceritakan.

Aku menahan perasaanku yang tiba- tiba hiba memikirkan nasib gadis kecil itu bersama ibunya. Kulihat dan kuamati wajahnya apabila dia berpaling kebelakang. Kumohon kepada Allah agar tabahkan hati kedua- duanya dalam menempuh ranjau kehidupan ini. Kuharap jua gadis kecil itu dapat memimpin tangan ibu tua itu buat sepanjang hidupnya. Kutakut dia berubah apabila telah dewasa kelak. Kutakut dia tidak bisa menerima takdir ketentuan Ilahi. Kugerun dia merasa dirinya tidak sama sepeti orang lain.

Majlis perasmian baru saja bermula. Wanita istimewa itu meraba- raba tas tangannya. Mencari sesuatu dalam kegelapan yang begitu sukar buat orang celik seperti kita. Anaknya cuba membantu namun dia masih mencari sesuatu dalam begnya itu. Dia mengeluarkan sebuah kamera digital. Wah! Mampu mereka mendapatkan kamera digital. Walhal orang- orang yang hadir disana adalah orang penerima zakat dan wang ihsan. Walaupun aku bukan salah seorang penerima, namun keluargaku tidak mampu membeli sebuah kamera pun. Melihat teman- teman lain bisa membuat kerja dengan laptop masing- masing membuatkan aku sedih Aku menunggu wang PTPTN masuk untuk memiliki laptop sendiri. Kadang- kala perasaan malu dan segan datang apabila terlalu kerap meminjam laptop mereka.Akhir semester barulah aku dapat memilikinya dan itulah satu barang yang paling bernilai yang pernah aku miliki. Bukan aku seorang yang tidak bersyukur tapi kesempitang wang kadang-kala membuatkan kita menitiskan air mata tanpa diduga.

Aku kembali mempositifkan buah fikiranku. Apa lagi bernilai sebuah laptop atau kamera jika hendak dibandingkan dengan penglihatan yang Allah berikan? Aku berasa sangat menyesal kerana terus menerus membandingkandiriku dengan orang yang lebih berada daripadaku sedangkan aku tidak memahami hati orang yang lagi susah dariku.Aku bersyukur dengan apa yang Allah telah kurnakan kepadaku.


Usai sahaja majlis perasmian itu, majlis penyerahan wang zakat bermula. Anak kecil itu memimpin tangan ibunya beratur di tepi pentas. Dalam hatiku berkata  begitu cekalnya seorang anak kecil memimpin tangan ibunya ke mana-mana walaupun gadis seusianya sedang leka bermain bersama. Hati insan mana yang tidak tersentuh tatkala melihat mereka berjalan seiringan. Jika kita yang berada titempat anak itu, tabahkah hati kita seperti dia?

Pada mereka yang masih mempunyai penglihatan yang sempurna, bersyukurlah kerana ramai insan yang kurang bernasib baik. Mereka tidak dapat melihat hijaunya daun, birunya langit, merahnya saga tetapi mereka juga mempunyai impian dan keinginan yang sama seperti kita. aku bersyukur walaupun mataku rabun tapi masih boleh melihat ciptaan Yang Maha Kuasa.

Sama-sama lah kita berdoa agar anak kecil itu dapat memimpin tangan ibunya selama lamanya. Moga mereka berdua tabah dalam mengharungi liku-liku hidup. Para pembaca juga jua...



hidup sebagai satu keluarga adalah satu anugerah..

No comments:

Post a Comment

Jangan letak link tersembunyi di ruangan komen ini. Terima Kasih dan datang lagi ye

 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013