Masa Kecik- Kecik Dulu

,Wednesday, January 11, 2012 | Comment

Apabila menulis coretan ini, Sara teringat time kecik2 dulu. Pagi, pergi sekolah dengan kawan kawan. Punya lah banyak bawak buku, sampai senget bahu. Ye la, tu nama nya bersemangat nak menimba ilmu. Tapi sekarang bila dah besar bawak buku banyak sikit dah mula merungut. Semakin dewasa makin banyak pulak songehnya, lumrah manusia lah tu. Lepas balik sekolah, makan nasi dan petang- petang pulak keluar main dengan kawan-kawan. Masa zaman Sara kecik dulu, sempat lagi main permainan tradisional seperti guli, teng- teng, main sorok- sorok dan ada banyak lagi yang Sara sendiri pun tak ingat. Tapi sekarang, permainan macam tu dah hampir dilupakan. Budak- budak zaman moden nie tak suka kkeluar rumah. Mereka lebih suka main game kat komputer je. Lagi pun mereka dah diasuh oleh ibu bapa supaya tak keluar dari rumah tanpa sebab ataupun bergaul dengan budak- budak lain. Kata parents mereka BAHAYA… Ye la zman sekarang makin banyak jenayah yang pelik2 lagi mengerikan. Sara pun tak tau apa yang akan terjadi pada dunia hari nie. Dunia akhir zaman, manusia lagi mengejar duniawi daripada akhirat.
                                                                                                
Dah jauh Sara melalut rasanya nie… hahaha… Sambung cerita tadi, bila malam pulak lakau Sara rajin Sara pergi mengaji Al-Quran dekat rumah jiran. Malam kan, takut la jugak tapi jalan ramai- ramai hilang la takutnya tu. . Bawak lampu suluh sorang satu. Ye la tak kan nak bawak pelita kot, mundur sangat bunyi nya.Bila dikenang semula, sweet sangat zaman kecik dulu.
Sekarang, cuba tanya kat budak2 , pernah mandi sungai tak?? mesti rata- rata akan jawab tak.. Lebih- lebih lagi budak- budak yang tinggal kat bandar. Bukan setakat air sungai, air perigi pun belum tentu pernah jumpa. Kat rumah Sara memang guna air perigi. Bila pagi memang sejukkkk… Lagi best kalau mandi masa tengah hari. Rasa segar… Tak ramai orang sekarang yang guna air perigi sebab ramainya guna air yang kena bayar bil tu. Kat sekolah pun bila cikgu Sara tanya sape yang kat rumah ada perigi 30 peratus je yang angkat tangan. Tu time Sara sekolah kat kawasan kampung, belum lagi kat bandar.
Jika nak di compare antara dahulu dan sekarang, tinggal kat bandar dan kampung memang tak kan habis la kan….

No comments:

Post a Comment

Jangan letak link tersembunyi di ruangan komen ini. Terima Kasih dan datang lagi ye

 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013