Berhijab Bukan Penghalang

,Friday, August 10, 2012 | 3 Comment
Salam Ramadhan

Berhijab bukan penghalang untuk pelari trek wanita dari Arab Saudi menyertai acara trek 800 meter. Sarah Attar , 19 tahun berjaya menyudahkan larian 800meter pada 2 minit dan 44.95 saat. Walaupun berbeza hampir 45 minit dari pemenang utama trek itu, namun dia kelihatan sangat berbangga apabila menjadi wanita Arab Saudi pertama yang menyertai acara itu apabila Saudi Olimpic Committee telah membenarkan peserta wanita mengambil bahagian Jun yang lalu.


 Sarah Attar (tengah) melambaikan tangan kepada penonton.



Berjaya menghabiskan larian walaupun ketinggalan 45 saat dari pemenang tempat pertama


Berpakaian sopan dengan mengenakan baju hijau berlengan panjang, bertudung putih dan berseluar panjang mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh peraturan negaranya.



Gambar semasa permulaan larian. Berada di lorong ke lapan


Berkata selepas larian " It is such an honour to be representing Saudi Arabia. Hopefully this can make such a huge difference. 
'It was such a unique opportunity [to represent Saudi Arabia], they invited me and welcomed me and to make that first step for women is just the most amazing feeling ever".





Walaupun menyertai dalam acara trek 800 meter, beliau lebih selesa menyertai acara trek 1500meter.
Pencapaiannya dalam Olimpik ini merupakan 4 saat lebih lewat dari masa terbaiknya semasa latihan.



Video boleh dilihat di SINI.



Berbeza di negara kita, lebih menyanjung gadis bertudung dalam dunia hiburan. Meh tukar budaya sikit, masuk sukan ramai-ramai. 
 Majulah Sukan Untuk Negara.




Sumber : Daily mail




3 comments:

  1. Lepas nie yang dah berhijrah dari free hair kepada bertudung yang rasa ada talent dalam sukan boleh la join. :)

    ReplyDelete
  2. bertudung tp mcm2 kita bleh buat ^^

    ReplyDelete
  3. she can be a good example and trendstter... :)
    semoga yg lain belajar dari dia..

    ReplyDelete

Jangan letak link tersembunyi di ruangan komen ini. Terima Kasih dan datang lagi ye

 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013