Fakta: Apabila Lelaki Memasak

,Friday, June 21, 2013 | 13 Comment
• 99.9% lelaki amat pandai masak kari…..tapi megi kari jerrrr.
• Lelaki kadang2 memang suka memasak….tapi amat malas nak basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk…
• Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah… bukan main bising lagi.
• Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju…pastu,sambil isap rokok plak…
• Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur goreng dan juga sardin. Tak ketinggalan jugak kicap masin…
• Jika seorang lelaki yg rajin memasak, anda akan dapati gas masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna api yg kuat…cepat sikit masak.
• Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang tersendiri…
• Dan lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak oleh seorang lelaki..tetapi peng’komplen’ nombor satu jika makanan itu di masak oleh wanita..
Antara sebab sebab lelaki memasak:
• Malas nak pegi kedai
• Hampir hampir pokai
• Nak menghabiskan stock makanan yang dah nak expired
• Mental theraphy
• Konon konon nak practice…nanti buleh amik hati pasangan
• Buang tebiat…

Walaupun begitu, chef chef terkemuka dunia masih terdiri daripada kaum lelaki..




Tingkah Laku Yang Menunjukkan Anda Forever Alone

,Thursday, June 20, 2013 | 5 Comment


Anda merasa sunyi dan kesepian? It's not a good feeling being lonely. It's even worse if you have to be that way... FOREVER.Do you have a favorite Forever Alone?
Let us know in the comments. Maybe someone will be your friend there.

Pffff.. kan dah kantoi.


Please jangan syok sendiri.

Yes. It's honey

OMG!


Sentap jugak la.


LOL! Forever alone




peace!

*Tumpang Iklan.
Klik untuk order. Price tip-top punye


Aneh: Jin Juga Nak Bersosial, Ada Akaun Twitter

,Tuesday, June 11, 2013 | 5 Comment

Aneh dan menakutkan. Jika perkabaran yang dilaporkan oleh akhbar berita Metro baru-baru ini adalah betul, maka ianya adalah satu petanda bahawa jin juga tahu bersosial! Akhbar metro menyiarkan berita yang pelik dan menggemparkan di Arab Saudi yang jin pun ada akaun twitter. Akhbar di Arab Saudi itu melaporkan jin itu mengaku dirinya jin tulen dan mahu berkawan dengan manusia. Dia juga memuatnaik gambar kediaman berusia 100 tahun. Pemilik akaun twitter itu juga berkongsi tentang keluarga dan kawasan kediaman di Yaman, di akaunnya juga  ditulis dia sukakan keamanan dan tidak mahu mencederakan sesiapa.


APAKAH ITU JIN?
Jin adalah nama jenis, bentuk tunggalnya adalah Jiniy ( dalam bahasa arab dahulu kala, dan Genie dalam bahasa Inggeris ) yang ertinya "yang tersembunyi" atau "yang tertutup" atau "yang tak terlihat". Hal itulah yang memungkinkan kita mengaitkannya dengan sifat yang umum "alam tersembunyi", sekalipun akidah Islam memaksudkannya dengan makhluk-makhluk berakal, berkehendak, sedar dan punya kewajipan, berjasad halus and hidup bersama-sama kita di bumi ini. Dalam sebuah hadith dari Abu Tha'labah yang bermaksud : "Jin itu ada tiga jenis iaitu : Jenis yang mempunyai sayap dan terbang di udara, Jenis ular dan jengking dan Jenis yang menetap dan berpindah-pindah."
Sehingga 11Jun, pemilik akaun twitter tersebut sudah mempunyai 160 549 followers dan tidak mempunyai bilangan following. Pemilik akaun terbabit juga berinteraksi dengan followersnya. Nampak betapa peramahnya 'jin' tu?Ini jawapan dia apabila ditanya mengenai Malaysia. 


Nak usha akaun twitter jin terbabit? boleh lihat https://twitter.com/s_2017_s



Misi Dan Visi Menulis Blog

,Monday, June 10, 2013 | 5 Comment
Nampaknya sejak beberapa bulan nie saya jarang sekali menulis entri baru. Bukan sudah mahu berhenti blogging, namun ada beberapa faktor kekangan yang menyebabkan blog ini terpaksa direhatkan buat sementara waktu. Antara sebabnya adalah saya sekarang baru memulakan perniagaan online yang mana korang semua boleh tengok kat page di https://www.facebook.com/DesaraShop. Apa yang Sarah jual kat sana? Sila lah like dan singgah di page saya ye.  Walaupun banyak persaingan perniagaan online, namun dengan sedikit usaha ianya membuahkan hasil. 

Banner page De'sara Shop.

Berbalik kepada blog, memang sukar untuk saya lari dari dunia blogging. Harapan saya adalah semoga blog ini serta perniagaan online mampu bertahan serta maju. InsyaAllah.


Tunggu next entri ya.
 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013