Showing posts with label halal. Show all posts
Showing posts with label halal. Show all posts

Sekadar Ingat Mengingati

,Saturday, July 07, 2012 | 7 Comment
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Saya tak pandai nak menasihati orang.Tapi bersempena dengan Ramadhan yang kian menghampiri, saya ada beberapa pesanan kepada rakan-rakan sekalian.. <----ayat skema.

1. Boleh ke curi line Internet?
dah namanya CURI, korang rasa halal ke? Orang lain bersusah payah bayar bil internet, ada pulak orang yang bijak pandai curi line. Tak ke bengang? ye la, zaman sekarang banyak teknologi boleh guna untuk dapatkan password. 

Sumber :google image. Bukan saya punya.


Pesan saya di sini buat sahabat-sahabat yang membaca, walaupun line internet bukan barang dalam bentuk fizikal, namun nak ke kita makan rezeki yang tak berkat?.Kalau guna line internet untuk kearah kebaikan sekali pun, hasilnya tetap tidak diredhai bila sumbernya datang dari sumber yang tidak sah. Lagi-lagi buat yang berniaga secara online tapi guna line internet yang tidak sah taraf nie, bagus ke nak bagi makan anak bini nanti? Jadi, biarlah bersusah payah bayar bil internet, tapi hasil yang dirahmati akan membuatkan kita tenang. Mungkin situasi nie korang tak nampak lagi tapi bila dah ada anak nanti, kita boleh beza perangai anak yang makan dari rezeki yang halal ataupun rezeki yang tak berapa bersih. 

Buat blogger yang guna line internet yang tak sah taraf, 
Ingatlah bahawa rezeki kita dari BE itu adalah dari hasil yang kurang bersih. 
Itu je nak pesan. Curi line memang syok tapi syok ke bila dah makan hasil yang tak diredhai?



2. Bagus ke letak link palsu?
Mungkin ada diantara rakan-rakan tertipu dengan link yang diletakkan di shoutbox. Kita bukan marah sebab terklik iklan, terus duit masuk untuk si pengkhianat tu. Tapi, kita takut duit yang masuk hasil menipu tu boleh bawak kepada rezeki yang tak diredhai. Selalu jadi macam kat bawah nie:

Kredit Gambar Innanie Ariffin

Orang selalu tinggalkan pesan kat shoutbox dan letakkan link palsu dengan niat nak dapatkan tinggkatkan BE. Cara itu tak betul. Banyak lagi cara lain kalau nak sangat.
Itu je pesan saya.


Kita kadang kala alpha dan taksub mengejar sesuatu sehingga terlupa sesuatu yang tertinggal iaitu mendapat keredhaan dari Allah S.W.T


Info : Istilah Khinzir Dalam Spesifikasi

,Saturday, March 03, 2012 | Comment

Chinese Zodiac Cartoon Pig


1. Pork - Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan
2. Swine - Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi
3. Pig - Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang 50 kg.
4. Hog - Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg.
5. Porcine - Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal dari babi. Porcine sering   digunakan dalam bidang perubatan untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal dari babi.
6. Sow - Babi liar
7. Sow milk - Susu babi
8. Lard - Minyak yang berasaskan lemak babi
9. Ham - Bading bahagian peha babi
10.Bacon - Daging babi yang diperap dengan garam.


p/s : Dengan info diatas diharap dapat membantu para pembaca dalam pemilihan pemakanan yang halal dan selamat.
 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013