Sekadar Ingat Mengingati

,Saturday, July 07, 2012 | 7 Comment
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Saya tak pandai nak menasihati orang.Tapi bersempena dengan Ramadhan yang kian menghampiri, saya ada beberapa pesanan kepada rakan-rakan sekalian.. <----ayat skema.

1. Boleh ke curi line Internet?
dah namanya CURI, korang rasa halal ke? Orang lain bersusah payah bayar bil internet, ada pulak orang yang bijak pandai curi line. Tak ke bengang? ye la, zaman sekarang banyak teknologi boleh guna untuk dapatkan password. 

Sumber :google image. Bukan saya punya.


Pesan saya di sini buat sahabat-sahabat yang membaca, walaupun line internet bukan barang dalam bentuk fizikal, namun nak ke kita makan rezeki yang tak berkat?.Kalau guna line internet untuk kearah kebaikan sekali pun, hasilnya tetap tidak diredhai bila sumbernya datang dari sumber yang tidak sah. Lagi-lagi buat yang berniaga secara online tapi guna line internet yang tidak sah taraf nie, bagus ke nak bagi makan anak bini nanti? Jadi, biarlah bersusah payah bayar bil internet, tapi hasil yang dirahmati akan membuatkan kita tenang. Mungkin situasi nie korang tak nampak lagi tapi bila dah ada anak nanti, kita boleh beza perangai anak yang makan dari rezeki yang halal ataupun rezeki yang tak berapa bersih. 

Buat blogger yang guna line internet yang tak sah taraf, 
Ingatlah bahawa rezeki kita dari BE itu adalah dari hasil yang kurang bersih. 
Itu je nak pesan. Curi line memang syok tapi syok ke bila dah makan hasil yang tak diredhai?



2. Bagus ke letak link palsu?
Mungkin ada diantara rakan-rakan tertipu dengan link yang diletakkan di shoutbox. Kita bukan marah sebab terklik iklan, terus duit masuk untuk si pengkhianat tu. Tapi, kita takut duit yang masuk hasil menipu tu boleh bawak kepada rezeki yang tak diredhai. Selalu jadi macam kat bawah nie:

Kredit Gambar Innanie Ariffin

Orang selalu tinggalkan pesan kat shoutbox dan letakkan link palsu dengan niat nak dapatkan tinggkatkan BE. Cara itu tak betul. Banyak lagi cara lain kalau nak sangat.
Itu je pesan saya.


Kita kadang kala alpha dan taksub mengejar sesuatu sehingga terlupa sesuatu yang tertinggal iaitu mendapat keredhaan dari Allah S.W.T


7 comments:

  1. haha hery selalu kena....

    ReplyDelete
  2. benda nie selalu je jadi tp org yg buat tak penah serik.huhu

    ReplyDelete
  3. yg kat cbox tu,azzah baru lepas kena..skrg kena terus pi acc cbox dan tengok ip adress kt situ..kalau tak de link churp2 baru balas jejak..

    ReplyDelete
  4. rajinnya akak @azzah check satu2.. sarah kalau dah terklik tu kira halal la...nak buat macam mana..

    ReplyDelete
  5. ada jugak orang sanggup buat macam tu kan. haishhh.

    ReplyDelete

Jangan letak link tersembunyi di ruangan komen ini. Terima Kasih dan datang lagi ye

 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013