Showing posts with label jepun. Show all posts
Showing posts with label jepun. Show all posts

Jangan Ditiru Trend Gadis Jepun Ini!

,Sunday, March 03, 2013 | 14 Comment
Please be advised: the content of this post may be unsuitable to some readers.

Jangan tiru trend terbaru gadis-gadis Jepun ini ye. Dah bagi warning awal-awal sebab orang Malaysia nie suka sangat meniru budaya masyarakat luar. Bila agaknya masyarakat luar tiru budaya kita pulak ye. Berbalik kepada tajuk kita nie, trend yang aku maksudkan adalah Kaopan (kao-muka, Pantsu-seluar dalam). Ianya dianggap satu fesyen terbaru oleh gadis Jepun. Boleh korang imagine bagaimana gadis Jepun yang comel-comel tu memakai seluar dalam di atas kepala? Mereka akan kelihatan seperti ini.







Jelas menunjukkan ke'cetek'an akal dalam berfesyen. Ha, ambik kau, Mungkin ada yang terlintas dihati, bagaimana mereka menjadikan satu trend seluar dalam di atas kepala di Jepun. Ianya bermula untuk mempromosikan satu filem Hentai Kamen '' Perverted Mask '' yang akan relese di Jepun 13 April 2013 nanti. Filem ini adalah cetusan idea dari manga bersiri “ Kyukyoku!! Hentai Kamen “ pada tahun 1992-1993. Memandangkan orang Jepun nie suka sangat baca manga, maka ia difilemkan. Filem ini dibintangi oleh Suzuki Ryohei . Ceritanya mengisahkan tentang lelaki yang mendapat kuasa luar biasa "superpower" apabila memakai seluar dalam wanita di atas kepalanya. Sesuai sangat dengan tagline filem ini “It’s for the sake of the world. Give your panties to me,” What the........


Dan ini adalah trailer untuk filem tersebut:
http://youtu.be/CrFptodJ9bs


Yang aku tak pahamnye lagi,dalam filem ini heronya lelaki tetapi mengapa perempuan Jepun pulak yang pulak yang ikut trend nie?? Walaupun ianya movie superhero tapi aku tak rasa benda macam nie perlu menjadi contoh dan ikutan. Orang Jepun yang cerdik pandai, sila perhatikan anak gadis anda.


P/s : gadis Malaysia, jangan ikut trend ini!



Info :Jalan Di Jepun Memang Takde Nama

,Thursday, November 08, 2012 | 4 Comment


Pernah tak korang terfikir kenapa jalan mempunyai nama dan dari mana asalnya nama-nama jalan tersebut? Mestilah pernahkan sebab tanpa nama,posmen susah nak hantar surat kan. Aku rasa inilah ayat intro entri blog yang paling teruk aku pernah buat. Kan?



Untuk pengetahuan semua jalan di negara matahari terbit iaitu Jepun memang tidak ada bernama. Memang ada segelintir yang ada nama tapi kebanyakan jalan memang tak ada.  Bukan kerana mereka tidak mahu nama dikaitkan dengan jalan tetapi mereka menggunakan sistem yang tersendiri bagi mewakili jalan tersebut. 

Sistem Alamat Jepun (Japan Address System)
Sistem alamat di sana berbeza dengan sistem alamat di negara-negara lain. Kebiasaannya alamat kita dimulakan dengan no, rumah, blok, jalan, pekan, bandar, negeri iaitu dari skala kecil ke skala besar tapi di Jepun ia adalah bertentangan. Alamat mereka disusun bermula dengan negara, negeri, kawasan, rumah.
Sistem yang paling popular adalah block system. 

Menurut sumber yahoo, 98% informasi sudah diperoleh hanya melalui poskodnya sahaja sebagai contoh 227-0038 dan proses akan menunjukkan data  神奈川県横浜市青葉区奈良.

Namun, ada juga sistem yang menggunakan format seperti:

227-0038
神奈川県横浜市青葉区奈良1-19-4
Nama penerima
JAPAN
Format seperti ini biasanya digunakan dalam surat tidak rasmi.



p/s :info nie memang susah sikit nak paham
 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013