Kisah Saleswoman Merajuk

,Monday, September 17, 2012 | 12 Comment



Amboi, tajuk entri bukan main lagi. Kenapa sampai merajuk-rajuk nie? Sorang marah, sorang lagi merajuklah. Nak tau ceritanya macam mana. Baca sampai habis.

Kisahnya bermula macam nie. Di suatu petang yang nyaman , (16 September) bersempena dengan Hari Malaysia tu, aku dan 2 orang kawan aku nie pergi la shopping a.k.a menghabiskan duit PTPTN yang berbaki beberapa sen lagi tu kat pekan. Okey, mungin aku tipu sikit kat sini sebab duit PTPTN dah lama habis sebenarnya. Lalu kami dengan seronoknya masuk ke pasaraya Grand Union kat sana. Kalau tanya budak UPSI memang diorang kenal punya pasaraya nie. Nak dijadikan cerita (tapi memang dah terjadi pun ceritanya) aku memang teringin benor nak beli satu krim malam nie. so, masa tengah duk membelek-belek barang tu, tetiba je ada saleswoman datang, tanya aku nak apa.

Aku : Takde, saja tengok nie.
Saleswoman : You nak pakai nie ha? Apa kata you pakai yang satu produk  nie. Banyak bagus.

Lalu diajaknya aku pergi satu rak tu. Taknak mengecewakan saleswoman tu aku pun ikut la. Ingat nak tunjuk apa, rupanya-rupanya dia tunjuk satu brand produk nie. Rasanya produk IVY. Emm, part nie yang aku tak berkenan sebenarnya. Orang sibuk cari benda lain dia cakap benda lain. Saleswoman tu terus-terusan promote produk tu.

Saleswoman : You ha, kalau pakai nie parut-parut punya cepat hilang lo. Betul sebab ini ada butiran diamond.
Kesan dia sangat cepat, pakai sekali dah boleh lihat hasilnya
Aku : Tapi saya memang nak pakai yang sana tu. Taknak la yang nie.Rasa macam pernah pakai je brand nie, tak berkesan la.

Yang nie aku pernah pakai, tapi tak berkesan pun. Dia promote brand yang sama cuma yang ada diamond.
Sumber : google image

Kebiasaannya aku nie akan dengar je cakap saleswoman, kadang-kadang beli jugak apa yang dia promote. Ye la, nak try. Tapi sejak berjumpa dengan produk yang sesuai dengan kulit aku, aku rasa dah tak perlu kot nak tukar-tukar lagi. Kang jadik lain plak.

Saleswoman : Lu ha, pakai yang sana tu lambat effect tu. Pakai la yang ini, hasil dia sekejap saja boleh lihat ma..
Aku : Hari tu saya datang sini, promote yang sana tu. Bila saya dah pakai yang sana , promote yang sini plak. Saya nak yang sana, nak cari produk sama la. Tak nak tukar-tukar.
Straight to the point aku jawab

Lalu aku pun menoleh kat rak-rak lain. Mood nak cari pun kurang sikit memandangkan saleswoman tu potong mood aku. Mana taknya, hari tu dia promote satu brand and aku beli la. Dah try, rasa ok dah and nak cuba jugak krim malam untuk set tu, boleh pulak dia promote yang lain.

Rasa macam tak puas hati kalau tak beli, aku tabahkan hati pergi lagi sekali kat rak produk yang aku nak tu 10 minit kemudian. Kali nie, kawan aku temankan. Saja nak tanya pendapat dia. Apa yang peliknya, saleswoman tu boleh buat tak tahu kat kitorang. Langsung tak jenguk. Biasa lalu kat situ pun dia tegur, ini nak tengok pun tak. Siap main henset lagi. Lagipun kitorang memang duk dekat sangat dengan tempat tu. Memang musykil aku pada masa tu.

Tapi, aku still dengan niat aku, nak beli krim yang aku nak tu. Aku ambik dan bayar. Lepas kuar dari pasaraya tu aku cerita la pasal saleswoman tu kat kawan aku nie. Kawan aku cakap "owh, patut la dia tak layan. Sarah cakap straght to the point sangat" Emm, memang kalau difikirkan balik, mungkin dia merajuk dengan aku kot, pasal aku cakap :
Hari tu saya datang sini, promote yang sana tu. Bila saya dah pakai yang sana , promote yang sini plak.

Ish, nak emo-emo plak saleswoman nie. Itu kan hak kita sebagai pengguna. Merajuk la sorang-sorang, takde orang nak pujuk.
Emm, aku nak buat review produk yang aku ngah pakai sekarang. Bagus la jugak.Tunggu eh, entri yang akan datang.Aku dah tak pakai Clean &Clear dah.

Baca juga entri kisah saleswoman lawak : You pakai saiz berapa?


12 comments:

  1. Replies
    1. Tu la.. nak merajuk bagai. Tak kena tempat la dia nak merajuk. Takde orang nak pujuk

      Delete
  2. hahaha.lawak je.

    memang annoying pun bila kita dah target nak beli something pastu dia nak promote benda lain pulak.so dia kena la faham kalau kita dah kata kita memang dah tetap dgn sesuatu tu.NAK MERAJUK PULAK =.='

    yeah betul,hak kita sebagai pengguna!

    ReplyDelete
  3. tacik giler minah tu.. ahahha.. korn tau grand union tu.. ekekkee

    ReplyDelete
  4. hahaha..padan muka saleswoman tuh..
    mengada sgt lah nak majuk2..
    geram gak kdg2 ngn diorg tuh..
    kacau mood je nak beli kan :)

    jom jalan blog kite lak :)

    ReplyDelete
  5. memang la padan muka... kenapa tak bagi tapak kaki?? ahaaaa..

    ReplyDelete
  6. Tapi memang yang sarah cakap tu dah betul. Fie pun pernah bagitahu macam tu. Memang bosan sangat bila salesgirls asyik promote benda lain sedangkan kita nak beli benda lain.

    ReplyDelete
  7. ahhha,,lawak2

    ReplyDelete
  8. saya bekas student upsi..memang selalu p grand union tu tapi tak grand pun..huhu..kat sekolah pun diorang boleh datang promote produk tu dalam bilik guru..malas nak layan buat2 tidur je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh.. bekas plajar UPSI rupanya..hehehe.. diorang potong mood la nak beli barang

      Delete
  9. aku pun slalu kena dengan saleswoman. kadg2x smpai paksa kita beli.sedangkan product tu xde lah bagus sngat pun...dah kena skali,xsanggup kena kali kedua.bazir jer..

    ReplyDelete

Jangan letak link tersembunyi di ruangan komen ini. Terima Kasih dan datang lagi ye

 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013