Lukisan 3D yang Superrr!

,Sunday, January 22, 2012 | Comment

Kat bawah nie ada beberapa lukisan 3D yang sanagt menarik dan macam real. Sangat kreatif!
Ada sape2 bleh buat lukisan macam nie tak?

Lukisan  kolam dan kapal kecil kat tengah2 jalan..

Mesti orang ingat lubang yang real kan..?

Jual apa tu bang?

Orang yang terbalik

fuhhh!cam real je kan

Spiderman dah datang...

Agak2 ade orang nak curi ke erk?

Uji Minda Kejap...

,Thursday, January 19, 2012 | Comment
JAWAB SECARA SPONTAN: 


menguji sejauh mana konsentrasi kita.. :))

- jawab spontan, jangan byk fikir,


- baca satu demi satu,


- concentrate!


- KITA MULA :


permainan konsentrasi warna : 



1. Kertas A4 apa warna dia ?

2. Asap warna dia ?

3. Tisu warna dia apa ?

4. Lembu minum apa ? 



yang jawab susu konsentrasi anda terganggu, sbb lembu minum air..





1. Rambut anda warna apa ?

2. Tulisan ini warnanya apa ?

3. Jalan raya warnanya apa ?

4. Kelawar tidurnya bila ? 



yang jawab malam, ertinya kosentrasi anda terganggu. sbb kelawar tidur siang hari. 





1. Warna cendol apa ?

2. Daun kelapa warnanya apa ?

3. Warna bagi kebanyakkan rumput ?

4. Harimau makananya apa ? 



yang jawab rumput itu salah. sbb harimau makan daging.









Lelaki Yang mencurigakan

,Thursday, January 19, 2012 | Comment

Lihat dan perhatikan lelaki ini..


Ragam dalam kelas.....


Relax kejap..#2

,Wednesday, January 18, 2012 | Comment

Cool kan? Hebat..



Bayang2 wanita terhasil dari blok kayu yang bersepah. Nice...!




Kenapa ada lubang kosong walaupun disusun menggunakan blok yang sama?





Tayar Basikal yang berpusing.. Cool!!

Gadis Kecil Itu ( Part 1)

,Wednesday, January 18, 2012 | Comment
Gadis kecil itu terus memimpin tangan ibunya ke tempat duduk yang masih kosong. Mereka melabuhkan punggung si barisan kerusi hadapanku. Gadis itu nampak lagi matang dari usianya sebenar , mungkin berumur 8 tahun. Dia kelihatan tenang dan pandai menguruskan diri. Kadang kala kelihatan dia bercakap-cakap dengan ibunya. Aku pula terus memerhatikan gelagat si gadis kecil itu.

Majlis akan bermula beberapa minit lagi. gadis bertudung putih masih lagi bercakap- cakap dengan bondanya. Terus aku teringatkan ibuku yang berada dikampung. Apa yang sedang dibuatnya sekarang? Sedang mengambil upah membersihkan botolkah? Kurasa tidak sabar mahu pulang kekampung seminggu lagi, mahu membantu ibuku. Malaupun upahnya hanya dua ringgit untuk seratus botol, namun perasaan puas dapat dirasai apabila wang hasil titik peluh diperolehi. Namun, apa pula cerita gadis kecil itu bersama ibunya? Dimana pula ayahnya?

Mahu saja aku menegur mereka. Namun, pengacara majlis telah dahulu bersuara daripadaku. Aku terus mematikan niatku untuk menegur dua beranak itu. Dalam majlis itu, aku terus memerhatikan gelagat mereka. Hatiku yang dari awal- awal lagi tersentuh apabila melihat anak kecil itu memimpin tangan ibunya terus merasakan sesuatu yang hiba. Mana tidaknya, anak kecil yang masih tidak mengerti apa- apa begitu taat dan sopan membantu ibunya yang buta. Hatiku sering tertanya- tanya, bagaimana perasaanya apabila ibunya tidak seperti ibu kawan- kawannya yang lain? Bagaimana pula ibunya mendidik gadis cilik itu. Lantas hatiku turut bersyukur apabila teringatkan ibuku. Aku bersyukur dikurniakan seorang ibu yang celik, tidak tuli dan tidak pekak.

Gambar Hiasan. Bukan orang yang diceritakan.

Aku menahan perasaanku yang tiba- tiba hiba memikirkan nasib gadis kecil itu bersama ibunya. Kulihat dan kuamati wajahnya apabila dia berpaling kebelakang. Kumohon kepada Allah agar tabahkan hati kedua- duanya dalam menempuh ranjau kehidupan ini. Kuharap jua gadis kecil itu dapat memimpin tangan ibu tua itu buat sepanjang hidupnya. Kutakut dia berubah apabila telah dewasa kelak. Kutakut dia tidak bisa menerima takdir ketentuan Ilahi. Kugerun dia merasa dirinya tidak sama sepeti orang lain.

Majlis perasmian baru saja bermula. Wanita istimewa itu meraba- raba tas tangannya. Mencari sesuatu dalam kegelapan yang begitu sukar buat orang celik seperti kita. Anaknya cuba membantu namun dia masih mencari sesuatu dalam begnya itu. Dia mengeluarkan sebuah kamera digital. Wah! Mampu mereka mendapatkan kamera digital. Walhal orang- orang yang hadir disana adalah orang penerima zakat dan wang ihsan. Walaupun aku bukan salah seorang penerima, namun keluargaku tidak mampu membeli sebuah kamera pun. Melihat teman- teman lain bisa membuat kerja dengan laptop masing- masing membuatkan aku sedih Aku menunggu wang PTPTN masuk untuk memiliki laptop sendiri. Kadang- kala perasaan malu dan segan datang apabila terlalu kerap meminjam laptop mereka.Akhir semester barulah aku dapat memilikinya dan itulah satu barang yang paling bernilai yang pernah aku miliki. Bukan aku seorang yang tidak bersyukur tapi kesempitang wang kadang-kala membuatkan kita menitiskan air mata tanpa diduga.

Aku kembali mempositifkan buah fikiranku. Apa lagi bernilai sebuah laptop atau kamera jika hendak dibandingkan dengan penglihatan yang Allah berikan? Aku berasa sangat menyesal kerana terus menerus membandingkandiriku dengan orang yang lebih berada daripadaku sedangkan aku tidak memahami hati orang yang lagi susah dariku.Aku bersyukur dengan apa yang Allah telah kurnakan kepadaku.


Usai sahaja majlis perasmian itu, majlis penyerahan wang zakat bermula. Anak kecil itu memimpin tangan ibunya beratur di tepi pentas. Dalam hatiku berkata  begitu cekalnya seorang anak kecil memimpin tangan ibunya ke mana-mana walaupun gadis seusianya sedang leka bermain bersama. Hati insan mana yang tidak tersentuh tatkala melihat mereka berjalan seiringan. Jika kita yang berada titempat anak itu, tabahkah hati kita seperti dia?

Pada mereka yang masih mempunyai penglihatan yang sempurna, bersyukurlah kerana ramai insan yang kurang bernasib baik. Mereka tidak dapat melihat hijaunya daun, birunya langit, merahnya saga tetapi mereka juga mempunyai impian dan keinginan yang sama seperti kita. aku bersyukur walaupun mataku rabun tapi masih boleh melihat ciptaan Yang Maha Kuasa.

Sama-sama lah kita berdoa agar anak kecil itu dapat memimpin tangan ibunya selama lamanya. Moga mereka berdua tabah dalam mengharungi liku-liku hidup. Para pembaca juga jua...



hidup sebagai satu keluarga adalah satu anugerah..

Relax kejap..#1

,Monday, January 16, 2012 | Comment
Cuba sebut warna bagi perkataan di atas dengan cepat dan tepat
bukan  perkataan tersebut.
boleh??




cuba cari orang dalam gambar nie...






Tenung + diatas selama 20 saat.
and enjoy...

                sumber :   http://seemoregallery.blogspot.com



Cuba tengok betul2 gambar nie.. something wrong!

Seram

,Sunday, January 15, 2012 | Comment
Sengaja atau tidak, dalam rakaman lagu pun terdapat bende2 yang menyeramkan kalau dilihat dengan teliti.
1. Lagu Malaysian Boy

2. Adat Berkasih - minit ke 0.41

Di sebalik lagu It Will Rain

,Saturday, January 14, 2012 | Comment
Pernah dengar lagu Bruno Mars ,' It will rain' yang juga merupakan sountrack The Twillight Saga? Namun taw x lirik lagu tersebut mengandungi satu baris ayat yang dapat memesongkan akidah kita sebagai umat beragama Islam. Fikir- fikirkan lah..baik x payah nyanyi la lagu tu bagi mengelak perkara yang memudaratkan akidah dan iman kita.





It Will Rain lyrics
Bruno Mars


If you ever leave me, baby,
Leave some morphine at my door
Cause it would take a whole lot of medication
To realize what we used to have,
We don't have it anymore.


There's no religion that could ever save me

No matter how long my knees are on the floor, oh
So keep in mind all the sacrifices I'm making 
To keep you by my side
And keep you from walking out the door.

Cause there'll be no sunlight
if I lose you, baby
There'll be no clear skies
if I lose you, baby
Just like the clouds, 
my eyes will do the same if you walk away
Everyday, it will rain,
rain, rain

I'll never be your mother's favorite
Your daddy can't even look me in the eye
Oooh if I was in their shoes, I'd be doing the same thing
Saying there goes my little girl
walking with that troublesome guy
But they're just afraid of something they can't understand

Oooh well little darling watch me change their minds
Yea for you I'll try, I'll try, I'll try, I'll try
I'll pick up these broken pieces 'til I'm bleeding
If that'll make it right

Cause there'll be no sunlight
if I lose you, baby
There'll be no clear skies
if I lose you, baby
Just like the clouds, 
my eyes will do the same if you walk away
Everyday, it will rain, 
rain, rain

Ooooh Don't just say 
goodbye, don't just say, goodbye
I'll pick up these broken pieces 'til I'm bleeding
If that'll make it right

Cause there'll be no sunlight
if I lose you, baby
There'll be no clear skies
if I lose you, baby
Just like the clouds, 
my eyes will do the sa-a-ame if you walk away
Everyday, it will rain, 
rain, rain, rai-ai-ai-ain...





Sebarkan kepada umat Islam yang lain jugak




Kanta lekap..

,Friday, January 13, 2012 | Comment
Kebanyakan remaja mahupun yang telah bekerja memakai kanta lekap sebagai salah satu aksesori tambahan.
Walaupun pada hakikatnya dahulu kanta lekap dipakai oleh golongan yang rabun dekat@ jauh, namun dengan kepelbagaian corak dan warna mampu membuatkan mata kelihatan lebih menarik.


Contact lens Berwarana.




Tip Menjaga Kanta Lekap Dan Mata
1. Basuh tangan sebersihnya sebelum menyentuh contact lens
2.Simpan contact lens dalam bekas yang diberi - lens cast (jangan letak di merata-rata tempat)
3.Bilas dan rub kan contact lens selepas pakai dengan cecair khas( multipurpose solution)
4.Tukarkan cecair khas setiap kali rendam. Guna sekali je..
5.Jangan seksa mata, means kalau pakai contact lens then rasa tak selesa.. Buang dulu dari mata and     rendamkan buat seketika. Kalau rasa x selesa jugak dapatkan nasihat daripada doktor.
6.Jangan gosok mata semasa memakai contact lens
7.jangan memakai contact lens lebih dari 8 jam dan elak dari tidur semasa memakai contact lens, bahaya!
8.Jangan guna contact lens dan multipurpose solution lebih dari tempoh yang disyorkan.
9.Jaga mata dengan makan makanan yang berkhasiat dan banyakkan makan sayur.
10.Dilarang share contact lens dengan orang lain!
11.Untuk mengeluarkan kanta lekap, pandang atas atau sisi sambil menarik bahagian bawah mata. Dengan menggunakan jari, gerakkan kanta lekap secara perlahan-lahan dan berhati-hati ke bahagian putih mata anda. Dari situ, kepit kanta lekap perlahan-lahan menggunakan jari telunjuk dan ibu jari dan keluarkan dari mata.


Last but not least, jangan beli contact lens yang tak taw dari mana asal usulnye taw...
My contact lens dalam Lens cast.
Contoh multipurpose solution.




Baucer Buku 1 Malaysia

,Thursday, January 12, 2012 | Comment


Berikut adalah tatacara penggunaan baucer

a)      Baucer akan dicetak oleh Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) dan seterusnya mengedarkan kepada semua agensi/institusi;
b)      Baucer ini adalah untuk pembelian buku - buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;
c)      Pelajar boleh menggunakan baucar ini di mana-mana kedai buku yang menyertai pelaksanaan inisiatif ini. Pelajar perlulah mengisi nama dan kad pengenalan di baucar tersebut. Pelajar perlu menunjukkan kad pengenalan ketika menggunakan baucar ini;
d)      Sekiranya amaun pembelian adalah kurang daripada RM200, pelajar dibenarkan membeli peralatan pembelajaran seperti buku catatan dan alat tulis.Baki baucar yang tidak habis digunakan dianggap luput dan tidak boleh dituntut;
e)      Jika amaun yang dibeli melebihi RM200, pelajar perlu membayar sendiri dan tidak boleh membuat tuntutan tambahan kepada Kerajaan;
f)       Baucar buku yang diterima tidak boleh ditukarkan dalam bentuk wang tunai;
g)      Tempoh sah laku baucar adalah selama 3 bulan sahaja;
h)      Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;


Contoh baucer buku 1 Malaysia




Untuk yang dapat Voucher RM200 tu,ini senarai kedai-kedai yang accept Voucher tu:
1. Syamoz Sdn Bhd
2. Sykt Muda Osman Sdn Bhd
3. BN Supplies & Trading
4. Dynamik
5. Popular Bookstore
6. Borders
7. Arena Ilmu
8. A/C Book Sdn Bhd
9. Syarikat My Bookstore Sdn Bhd (buku terbitan UNIMAS sahaja dengan potongan 10%)
10. Uniworld Bookstore (Kota Samarahan) (buku terbitan UNIMAS sahaja dengan potongan 10%)
11. MPH
12. Kinokuniya
13. PTS
14. Kedai/koperasi buku universiti korang
15.Semua kedai buku dekat Malaysia, sila tanya kaunter kedai buku untuk kepastian.
Ada dengar jugak baucer buku nie boleh di tukarkan dalam bentuk wang tapi dapat Rm150 je la. Rm 50 lagi akan burn.
Baucer Buku yang Sara dapat.. hehe



Namun, melalui post dekat Fb yg berbunyi :
Info dari KPT:

Makluman kepada pelajar yang telah mengambil Voucher Buku 1Malaysia (BB1M) yang bernilai RM200 kepada pelajar IPT/IPTS, anda dinasihati untuk tidak menukar voucher tersebut dengan wang tunai.

Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mempunyai rekod nama dan no. siri voucher anda untuk semakan.

Mana-mana kedai/toko buku yang terlibat dalam kegiatan menebus voucher tanpa pembelian buku boleh dikenakan tindakan Akta Perbendaharaan Negara 1967 [Arahan Subsidi Negara, 2008].

Gunakanlah voucher yang diberikan oleh kerajaan sebaik mungkin untuk masa depan anda.

-En. Chuah Chee Meng (cm_chuah@mohe.gov.my)










Remaja VS jerawat

,Thursday, January 12, 2012 | Comment


Kenali Punca Masalh Jerawat
Secara lebih terperinci, jerawat membentuk apabila sebum, bakteria dan sel kulit mati tersangkut di dalam liang roma kulit.  Lapisan kulit mati pada tubuh kita juga akan digugurkan (shedding) setiap hari dan boleh terperangkap dalam liang roma tersebut. Oleh itu, mari saya terangkan beberapa punca yang boleh menyebabkan tumbuhnya jerawat pada kulit muka, belakang badan dan juga kulit leher manusia.
Perbezaan kulit normal dan kulit berjerawat



1.Hormon dan Jerawat

Pada usia remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Sebab itu ramai di kalangan perempuan pada usia remaja dan awal dewasa kerap mengalami masalah jerawat.
Namun begitu, lama-kelamaan liang sebaceous akan menghasilkan sebum yang semakin berkurangan berbanding pada usia remaja.
2.Bakteria dan Jerawat
Bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium acnes pula adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang berjerawat mempunyai Propionibacterium acnes yang lebih banyak berbanding dengan kulit orang yang tidak berjerawat.
3.Pemakanan dan Jerawat
Walaupun punca jerawat yang disebabkan oleh diet atau pemakanan tidak dapat dibuktikan dengan jelas serta secara terperinci, tetapi diet mempunyai kesan langsung terhadap tahap insulin dalam badan kita. Untuk pengetahuan anda, insulin adalah hormon terpenting manusia dan boleh mempengaruhi hormon-hormon lain di dalam tubuh termasuk hormon androgen yang turut menjadi penyebab pertumbuhan jerawat pada kulit muka, belakang dan leher pesakit.
4.Stress dan Jerawat
Stress boleh memburukkan lagi simptom jerawat anda tetapi ia boleh dicegah dengan rawatan jerawat yang betul. Tahap stress yang tinggi memang mampu memberi kesan ke atas jerawat dan boleh menyebabkan radang jerawat yang teruk. Selain itu, apabila kita dalam keadaan stress, adrenalin serta hormon androgen yang ada di dalam badan akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca berlakunya pertumbuhan jerawat.
5.Alat Solek Dan Jerawat
Sebenarnya alat solek bukanlah punca jerawat terbesar untuk kulit, tetapi jika anda tidak membersihkan kulit anda dengan baik selepas memakai alat solek, ia boleh memburukkan lagi keadaan jerawat pada kulit terutama muka anda.
7.Matahari Dan Jerawat
Cahaya matahari juga bukanlah penyebab utama masalah jerawat tetapi haba yang dihasilkan oleh matahari boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyumbatkan liang roma.
8.Pakaian Dan Jerawat
Tidak ramai yang mengalami masalah ditumbuhi jerawat di belakang badan tetapi ia berlaku disebabkan oleh jenis pakaian yang dipakai terutama dalam iklim tropika seperti di Malaysia. Belakang badan mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum. Jangan malas mandi kerana kulit yang bersih boleh membebaskan anda dari belengu jerawat.
Sebenarnya ini adalah sebahagian sahaja daripada punca-punca yang boleh menyebabkan kulit anda ditumbuhi jerawat. Namun begitu, proses pertumbuhan jerawat adalah sangat kompleks dan dikatakan boleh wujud daripada banyak punca. Saya akan terangkan punca-punca jerawat dengan lebih lanjut dalam entri-entri yang akan datang agar anda dapat mengenali punca jerawat yang mungkin anda hidapi.

Kebanyakan remaja menghadapi masalah jerawat.





Cara merawat jerawat ( scientific)
1. Penggunaan produk penjagaan muka yang tidak sesuai akan memburukkan keadaan. Gunalah produk penjagaan muka sedikit berasid yang mengandungi PHA (Poly Hydroxy Acid) atau Lactobionic Asid dari Neostrata menyebabkan eksfoliasi minimum dan tidak merengsakan kulit. Triclosan di dalam pencuci muka ini dapat membunuh bakteria pada muka. Selepas mencuci muka, perlulah menggunakan pelembap. Walaupun kulit muka berminyak, penggunaan pelembap pada muka masih diperlukan untuk mengawal pengeluaran sebum supaya muka tidak berminyak.

2. Penggunaan antibiotik pada permukaan muka juga dapat membantu membunuh bakteria yang ada pada kulit. Sekiranya jerawat tidak banyak, memadai dengan antibiotik sapuan sahaja. Sekiranya perlu, doktor akan menasihatkan supaya pesakit mengambil antibiotik dalam bentuk pil untuk ditelan dan perlu diteruskan untuk sekurang-kurangnya enam minggu seperti minocycline, tetracycline, doxycycline. Penggunaan krim tretinon atau retinol pada waktu malam juga dapat merawat jerawat. Jerawat yang tidak terkawal boleh dirawat dengan Ro-Accutane tetapi boleh menyebabkan kesan sampingan dan memerlukan pemantauan pakar kulit.

3. Rawatan "peel" dengan glikolik asid, salicylic asid atau Jessner's mampu merawat jerawat yang aktif. Rawatan ini dapat membunuh bakteria pada muka, mengurangkan pengeluaran sebum, membersihkan liang pori-pori dan melakukan exfoliation. Bagi salicylic asid dan jessner's peel, kulit akan merasa panas sedikit semasa rawatan, jerawat akan kering dan kulit mengelupas sedikit beberapa hari selepas rawatan dilakukan. Sapu pelembap kulit supaya kulit cepat sembuh. Rawatan peel boleh dilakukan sebulan sekali sehingga masalah jerawat dapat dikawal. Rawatan peel selamat jika dilakukan atas nasihat doktor.

4. Pastikan kesemua produk penjagaan muka tidak menyebabkan muka berminyak. Gunalah krim penghalang matahari yang berasaskan gel supaya muka tidak berminyak atau makan pil penghalang matahari seperti heliocare oral (dari sejenis paku pakis polypodeum leucotomus) untuk mengelak parut kehitaman akibat radang dari jerawat.

5. Elak mengguna bedak padat kerana span yang lembap, digunakan berkali-kali, terperap di dalam bekas menggalakkan pembiakan bakteria. Gunalah bedak berasaskan mineral seratus peratus tanpa sebarang campuran bendasing yang mempunyai sifat anti-inflammatori, tidak menutupi liang pori-pori kerana molekulnya besar dan bedak yang kering tidak menggalakkan pembiakan bakteria seperti Kiss mineral mekap.

6 Selain itu, makanlah lebih sayur-sayuran dan buah-buahan untuk zat dan vitamin pada kulit muka. Perbanyakkan minum air kosong, ambil probiotik untuk mengimbangkan bakteria dalam badan.

7. Sesetengah kaedah perancangan keluarga boleh menyebabkan hormon tidak stabil dan masalah jerawat. Pil perancang kehamilan Diane-35 boleh diambil untuk mengawal jerawat ataupun boleh merancang keluarga dengan alat cegah kehamilan IUCD Cu250, yang tidak berasaskan hormon.

8 Jangan sesekali memicit atau menekan jerawat, ini akan menyebabkan bakteria tersebar dan kulit luka akan meninggalkan parut hitam dan berlubang.



Terdapat beberapa cara mudah nak hilangkan jerawat. tak taw la berkesan ke tak..
Aspirin (ubat demam)
Walaubagaimana cantik pun kulit seseorang remaja itu, pasti akan mengeluarkan jerawat sekali-sekala. Tips untuk anda mengurangkan kemerahan dan mengecutkan jerawat yang baru tumbuh itu adalah dengan hancurkan sebiji aspirin (ubat panadol adalah disyorkan) dan lembabkan ia dengan sedikit air. Kemudian sapu campuran tadi ke kawasan yang ditumbuhi jerawat, biarkan selama beberapa minit, kemudian bilas dengan menggunakan air bersih. Ulangi prosedur ini sehingga jerawat anda mengecut dan hilang.
Ubat gigi
Sebelum tidur, letakkan ubat gigi pada bahagian yang ditumbuhi jerawat, biarkan ia mengering sehingga keesokan harinya. Kemudian bilas muka anda. Ini adalah kerana ubat gigi mampu mambantu untuk menghidrasikan(mengeringkan) jerawat dan ia juga mampu untuk menyerap minyak pada wajah.
Minyak zaitun
Cara ini adalah cara turun temurun yang diamalkan sejak zaman nenek monyang lagi. Dan ramai juga telah bersetuju bahawa cara ini adalah berkesan. Campurkan satu sudu besar minyak zaitun dengan 4 sudu garam, kacau sebatian untuk beberapa minit, sapu pada bahagian wajah anda yang ditumbuhi jerawat, biarkan seketika, kemudian bilas wajah dengan menggunakan sabun  pencuci muka.
Sumber : Top5 Reason.com

Good Luck!

Senarai Top 10 Carian Google di Malaysia

,Wednesday, January 11, 2012 | Comment
Kategori : Individu

1- Bruno Mars                  *selalu jugak search
2- Hana Tajima          
3- Cikgu Shida
4- Avril Lavigne
5- Anuar Ibrahim
6- Fatin Liyana                  *spe nie??kenal tak?
7- Justin Bieber
8- Rihanna
9- Ustaz Kazim
10-Hanis Zulikha

Kategori : Blog

1- Blog Serius
2- Beautifulnara
3- Papagomo
4- Jejariruncing                    *ske blog nie... banyak info pasal apek. Peace!
5- Honeykoyuki
6- Oh Bulan
7- Kari Ngeri
8- Malaymoviesfull
9- My Resipi
10-Inibelogsaya

Kategoti : Travel Destination

1- Kowloon
2- Su Mei Island
3- Phuket
4- Bangkok
5- Maldives
6- Disneyland
7- Taipei
8- Paris                                      
9- New York
10-Carribean

Kategori : Tv

1- Antm
2- X Factor USA
3- American Idol 2011
4- Amazing Race 18
5- Tvb Drama 2011
6- Nagamma Serial
7- Supernatural
8- Bones Season 7
9- Al Jazeera
10-My Princess                          

Kategori : Fastest Risinng Searches

1- Facebook                                 *ari-ari search..hehe
2- Angry Birds
3- Maharaja Lawak
4- Iphone 5
5- Samsung Galaxy
6- Ipad 2
7- Jawatan kosong
8- Android
9- Tonton                                     *nak tengok citer Vanila coklat.... =)
10-Aishiteru

Kategori : News

1- Ipad 2
2- Malaysian Grand Prix
3- Kennedy Space Center
4- Kentucky Derby
5- Japan Nuclear Crisis
6- Mtv Movies Award
7- MIchael Jackson Funeral
8- Malaysian Open
9- Thailand Flood
10-Malaysian Budget 2012

Kategori : Images

1- Justin Bieber
2- Background Desing
3- Fixie bike
4- Domo Kun
5- Monster Energy
6- Supra shoes
7- Jules Verne
8- Smiley face
9- Kartun Muslimah                            *profile picture fb..
10-Chelsea Olivia

Apa Pandangan Korang??

,Wednesday, January 11, 2012 | Comment

Ramai blogger telah menulis pandangan masing- masing terhadap isu Adam Adli.

Berikut adalah petikan yang saya petik daripada Mummy Nemo.com...

PETALING JAYA: Aktivis pelajar, Adam Adli Abdul Halim telah digantung selama tiga semester atas tuduhan mencemarkan reputasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Pelajar itu hadir pada perbicaraan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Disiplin UPSI yang bersidang selama 90 minit.
Menurut kenyataan menerusi Twitter daripada Solidariti Mahasiswa, keputusan itu selepas Adam Adli mendengar perbicaraan disiplin selama sejam di universiti.
Solidariti Mahasiswa berkata, satu tindakan akan diambil bagi mencabarkan keputusan itu.
Adam Adli yang berusia 22 tahun itu ditahan dan dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib universiti berkenaan pada Isnin atas dakwaan berkenaan dengan perhimpunan menuntut kebebasan akademik pada 17 Disember lalu.
Dakwaan timbul selepas pelajar sarjana muda pendidikan itu menurunkan bendera yang tertera wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Ibu Pejat Umno sewaktu melakukan demonstrasi.
Sementara itu di TANJUNG MALIM, Jawatankuasa Disiplin UPSI telah mengesahkan pengantungan semester selama 18 bulan ke atas pelajar itu.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UPSI, Datuk Dr Junaidi Abu Bakar berkata, lima anggota jawatankuasa tersebut telah mendapati Adam Adli, bersalah atas dua dakwaan – mencemar dan menjejaskan reputasi universiti dan mengancam moral serta ketenteraman awam.





Apapun pandangan pembaca sekalian, kita sebagai remaja atau penuntut tidak seharusnya melibatkan diri dalam isu- isu seperti ini kerana impaknya bakal kita perolehi seperti yang terjadi kepada Adam Adli ini. 

Masa Kecik- Kecik Dulu

,Wednesday, January 11, 2012 | Comment

Apabila menulis coretan ini, Sara teringat time kecik2 dulu. Pagi, pergi sekolah dengan kawan kawan. Punya lah banyak bawak buku, sampai senget bahu. Ye la, tu nama nya bersemangat nak menimba ilmu. Tapi sekarang bila dah besar bawak buku banyak sikit dah mula merungut. Semakin dewasa makin banyak pulak songehnya, lumrah manusia lah tu. Lepas balik sekolah, makan nasi dan petang- petang pulak keluar main dengan kawan-kawan. Masa zaman Sara kecik dulu, sempat lagi main permainan tradisional seperti guli, teng- teng, main sorok- sorok dan ada banyak lagi yang Sara sendiri pun tak ingat. Tapi sekarang, permainan macam tu dah hampir dilupakan. Budak- budak zaman moden nie tak suka kkeluar rumah. Mereka lebih suka main game kat komputer je. Lagi pun mereka dah diasuh oleh ibu bapa supaya tak keluar dari rumah tanpa sebab ataupun bergaul dengan budak- budak lain. Kata parents mereka BAHAYA… Ye la zman sekarang makin banyak jenayah yang pelik2 lagi mengerikan. Sara pun tak tau apa yang akan terjadi pada dunia hari nie. Dunia akhir zaman, manusia lagi mengejar duniawi daripada akhirat.
                                                                                                
Dah jauh Sara melalut rasanya nie… hahaha… Sambung cerita tadi, bila malam pulak lakau Sara rajin Sara pergi mengaji Al-Quran dekat rumah jiran. Malam kan, takut la jugak tapi jalan ramai- ramai hilang la takutnya tu. . Bawak lampu suluh sorang satu. Ye la tak kan nak bawak pelita kot, mundur sangat bunyi nya.Bila dikenang semula, sweet sangat zaman kecik dulu.
Sekarang, cuba tanya kat budak2 , pernah mandi sungai tak?? mesti rata- rata akan jawab tak.. Lebih- lebih lagi budak- budak yang tinggal kat bandar. Bukan setakat air sungai, air perigi pun belum tentu pernah jumpa. Kat rumah Sara memang guna air perigi. Bila pagi memang sejukkkk… Lagi best kalau mandi masa tengah hari. Rasa segar… Tak ramai orang sekarang yang guna air perigi sebab ramainya guna air yang kena bayar bil tu. Kat sekolah pun bila cikgu Sara tanya sape yang kat rumah ada perigi 30 peratus je yang angkat tangan. Tu time Sara sekolah kat kawasan kampung, belum lagi kat bandar.
Jika nak di compare antara dahulu dan sekarang, tinggal kat bandar dan kampung memang tak kan habis la kan….
 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013