Pertandingan Muka Hodoh

,Friday, August 31, 2012 | 4 Comment
Pertandingan pelik ini diadakan di Sepanyol bermula sejak 1978 lagi dan masih diadakan sehingga sekarang.
Pelik manusia sekarang, muka yang cantik nak dihodohkan. 


























Tak paham betul ngan diorang nie. Tak de gaya lain ke? asyik tarik kelopak mata je gayanya.
Apa-apa pun kita sepatutnya bersyukur dengan apa yang dah kita ada sekarang. Tak gitu?






Blogging Terhenti Seketika

,Tuesday, August 28, 2012 | 5 Comment
Perhatian:
maaf kepada para pembaca yang tertunggu-tunggu entri terbaru blog ini.
Saya ingin memohon maaf kerana saya tidak dapat meng update entri buat masa sekarang di atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.
Insya Allah jika ada peluang saya akan segera kembali berblogging semula.

Doakan saya, semoga saya mampu dan tabah dalam menghadapi cabaran dan dugaan.
Moga berjumpa lagi!






Muka Tak Puas Hati Dapat Silver Olimpik

,Wednesday, August 15, 2012 | 8 Comment
Semua orang inginkan satu pencapaian yang setimpal dengan usaha yang telah dilakukan. Tapi, kadang-kala apa yang kita mahu tu tak dapat. Seperti di Olimpik baru-baru ini juga. Walaupun mendapat pingat perak, ada muka-muka tak puas hati. 


























You Lose for Silver and win for the Bronze.


Senarai Juadah Pagi Raya

,Tuesday, August 14, 2012 | 5 Comment

Tak lama lagi seluruh umat islam di seluruh dunia akan menyambut hari Raya Aidilfitri. Maka sibuklah para ibu-ibu membuat persiapan bagi sambutan nanti. Ada yang tengah pening kepala nak masak apa sebagai juadah di hari lebaran nanti. Kata orang, raya setahun sekali. Mestilah nak masak special sedikit dari biasa. Tapi yang penting elakkan pembaziran. Ketupat, lemang, dodol itu perkara asas yang perlu ada nanti. Di sini juga ada beberapa jenis juadah dan cara penyediaannya yang boleh disediakan di hari Raya nanti. Selamat mencuba!


Mee Bandung

Bahan-bahan ( 6-7 orang ) :

600 g mee kuning

bahan kisar: 5 biji cili kering, 3 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih, sejemput ikan bilis

2 sudu makan tepung jagung, dibancuh dengan 1/2 cawan air.

3/4 liter air

200 g isi ayam dipotong kecil

200g bebola ikan

3 keping tahu

1 pokok sawi

2 sudu tomato puri

garam dan serbuk perasa secukup rasa

1 sudu teh asam jawa dibancuh dengan 1/2 cawan air.

2 sudu makan gula

1/2 cawan minyak masak

3 biji telur



Cara Penyediaan:

1.celur mi dan masukkkan ke dalam bekas menghidang

2.panas kan minyak, tumis bahan kisar hingga naik baunya

3.masukkan bancuhan tepung jagung, air asam jawa, garam, gula, tomato puri, ayam dan bebola ikan. rasa garam gulanya.

4.pecahkan telur ke dalam kuah mi.

5.akhir sekali masukkan hirisan sawi.

6. tuangkan kuah ke dalam mangkuk mi. Hidangkan. Tuburkan daun bawang dan daun sop jika suka.




Roti Jala


Bahan-bahan (roti jala) 5-6 orang

300 gm tepung gandum
1 biji telur
4 cawan air
Sedikit garam
1 sudu kecil pewarna kuning

Bahan-bahan (kari ayam)

200 gm isi ayam
Serbuk kari
Santan
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Sedikit halia, lengkuas dan kunyit
2 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
2 biji bunga lawang
2 tangkai daun kari
Minyak masak
Garam dan gula

Cara-cara (roti jala)

1.Blend kesemua bahan sehingga sekata. Pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Jika cair, tambah sedikit tepung gandum. Jika pekat, tambah sedikit air.
2.Panaskan kuali leper dengan api yang sederhana. Sapu sedikit minyak pada kuali.
3.Masukkan adunan ke dalam acuan roti jala dan pusingkan acuan dalam kuali 360 darjah dari bahagian luar hingga ke bahagian dalam.
4.Biarkan masak sehingga keperangan. Lipat roti jala sebanyak 2 kali dan angkat.
5.Ulang langkah 3-4 sehingga habis adunan. Sesekali sapu sedikit minyak pada kuali.

Cara-cara (kari ayam)

1.Bawang besar, bawang putih dan halia dicincang halus. Kemudian tumis rempah-ratus dan bahan-bahan ini dalam minyak yang panas sehingga keperangan.
2.Masukkan serbuk kari dan tambah sedikit air. Kemudian masukkan santan.
3.Masukkan isi ayam dan biarkan sehingga masak.
4.Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Optional – tambah sedikit cili kisar dan serbuk kunyit. Ayam boleh digantikan dengan daging. Ikut citarasa masing-masing.





Nasi Kerabu


Bahan-bahan (sambal) 5-6 orang

15 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
10 tangkai cili kering
3 batang serai – diketuk
2 sudu minyak masak
1/2 inci belacan
4 cawan santan
Garam dan gula

Bahan-bahan (ulam kerabu)

Daun kesum
Bunga kantan
Kobis
Kacang panjang
Taugeh

Bahan-bahan (nasi)
Beras
Pewarna biru (resepi asal guna bunga seri pagi)

Bahan-bahan (ikan)
4 ekor ikan kembung
3 ulas bawang merah
1 sudu besar lada hitam
Garam dan gula

Bahan-bahan (kerisik)
Kelapa parut


Cara-cara penyediaan: 

Untuk sambal – kisar bawang merah, bawang putih, halia dan cili kering. Tumis bahan kisar dan serai selama 10 minit, kemudian masukkan belacan, santan, garam dan gula. Masak sehingga pekat.

Untuk ulam kerabu – semua bahan dihiris nipis-nipis kecuali taugeh. Gaul hingga sekata.

Untuk nasi – masak nasi seperti biasa, cuma tambah pewarna biru.

Untuk ikan – rebus ikan sehingga lembut. Asingkan isi daripada tulang. Goreng isi ikan dan bawang merah tanpa minyak. Masukkan lada hitam, garam dan gula.

Untuk kerisi – goreng kelapa parut tanpa minyak sehingga keperangan.

Hidangkan nasi kerabu dengan telur masin, solok lada, ikan kering, ayam goreng atau keropok goreng. Lagi sedap kalau ada budu yang diperah limau nipis/kasturi.



Nasi Impit 



Bahan - bahan Kuah kacang Kelantan

21/2 Cawan kacang tanah ~ digoreng tanpa minyak, buang kulitnya dan diblender kering)
13/4 Cawan Santan Pekat
4 Cawan air

Bahan untuk dikisar*
1 labu bawang besar*
4 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
Sedikit halia*
5 tangkai cili kering * ( nak pedas tambah lg)
2 batang serai di ketuk manja  ( ditumis bersama bahan2 diatas)

2 keping Nisan
3 Sudu besar gula
Garam secukup rasa
1 keping asam keping
Sedikit minyak untuk menumis

Cara penyediaan
1.Blender semua bahan2 bertanda*. Kemudian tumis bahan2 bertanda * bersama serai  sehingga wangi, kemudian masukkan air dan santan. Kacau seketika.
2.Kemudian masukkan kacang, nisan, gula, garam, asam keping, kacau sentiasa. Gunakan api yg sederhana.
3.Masakklah sehingga pecah minyak, sesuikan rasa. Siap




Laksa Asam  @ Laksa Penang 


Bahan-bahan
1 kg laksa basah – saya guna laksa kering yng direndam kemudian celur hingga lembut
2 liter air
1 kg ikan kembung
6 keping asam gelugur
Seikat daun kesum
2 hiris lengkuas
1 batang serai di titik
1 kuntum bunga kantan di potong kecil
2 sudu besar pes udang – tak de stok! so saya ganti ngan 2 inci belacan
2 sudu teh serbuk perasa jika suka
garam secukup rasa

Bahan Kisar
3 ulas bawang merah – saya tambah dengan 2 labu bawang besar
4 tangkai cili api
4 tangkai cili merah
(kisar dengan sedikit air rebusan hingga halus)

Bahan Sampingan
1 potong nenas di hiris – tak letak
1 biji timun di potong nipis dan memanjang
2 tangkai cili merah di hiris
1 ulas bawang merah di hris – saya letak lebih
6 tangkai daun pudina – saya ganti dengan daun salad
1 sudu petis udang  jika suka
Sedikit hirisan bunga kantan
4 biji limau kasturi di belah dua

Cara-cara :
1.  Didihkan separuh air dan rebus ikan hingga masak.   Angkat dan buang tulang ikan, kemudian siat isi ikan kecil2. (saya kisar je isi ikan… )
2.  Tapis air rebusan ikan, satukan dengan lebihan air dan bahan kisar, masukkan isi ikan, asam gelugur, daun kesum, lengkuas, serai dan bunga kantan.
3.  Kemudian masukkan pes udang, serbuk perasa dan garam secukupnya.  Biarkan mendidih seketika.
4.  Hidangkan bersama laksa dan bahan sampingan.




Senarai makanan lain :

Sate


Nasi dagang Terengganu



Lontong


Rendang ayam atau daging



Ucapan : Selamat menyambut hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada pembaca blog sararose.com nie. Terima kasih banyak-banyak kepada blogger yang menghantar kad raya.


Makan makan jugak, tapi jangan membazir!



Cara Baru Main Angry Bird

,Monday, August 13, 2012 | 6 Comment


Permainan Angry Bird merupakan salah satu games yang popular beberapa tahun kebelakangan ini yang telah dimajukan oleh syarikat Finland, Rovio Moble (kini Rovio Entertainment). Dengan sedikt pengubahsuaian dan hasil kebijakan orang zaman sekarang, mereka yang bijak pandai seperti nama-nama dibawah nie telah mengubah dan meng upgrade kan Game ini menjadi lebih menarik.

Mereka yang dimaksudkan adalah :
Hideaki Matsui - hideakimatsui.com/
Andrew Spitz - andrew-spitz.com/



Nak tahu macam mana? Tengok video nie untuk dapat info selanjutnya:


Hebat tak?




Kerenah Guru di China

,Monday, August 13, 2012 | 7 Comment
Walaupun nie bukan hari guru tapi tak salah kalau aku nak share beberrapa keping gambar guru-guru di negara tembok besar nie. Macam-macam telatah dapat dilihat, nasib baik kat Malaysia nie tak de.
Layan je la.


Siap menari lagi Cikgu nie




Pembaris takde, penyodok sampah pun jadi la



Biasa anak murid yang kena diri atas meja, kat sana cikgu yang berdiri.. senang nak tengok sape yang meniru



Over gile



Sempat lagi...





Ape pon boleh













Walau macam mana cara guru mendidik kita (kearah kebaikan), mereka tetap terbaik.
Terima Kasih Cikgu!


A teacher affects eternity:

he can never tell where his influence stops.

Henry Adams



*jangan lupa klik button donate kat bawah nie
                    thanks tau!

Terbaik! Gambar Sekitar Olimpik Yang Kelakar

,Sunday, August 12, 2012 | 5 Comment
Berikut merupakaan beberapa gambar sekitar Olimpik yang mana korang takkan dapat tengok situasi cam nie kat mana-mana siaran tv.



Weightlifter Matthias Steiner dengan Success Kid:



Prince Harry





Yang nie kuar Tv tapi dia tak mention sangat la. 
Nama dia... Saeid Mohammadpourkarkaragh . Mungkin pihak Olimpik yang silap tertinggal space antara Mohammad dengan pourkarkaragh . Andaian aku la.




Duck Face?? Againnnn





Bruce Lee masuk Olimpik?? Haha




Sama tak?




Menari sambil main tenis



Seiras , Gymnast Tomás González dan Kip dari “Napoleon Dynamite:”






Penyokong mereka adalah kuda!







Tengok aje??




Setiap orang ada cara tersendiri mengutip emas untuk negara masing-masing. Begitu jugak lelaki nie...





Muka-muka cuak





*klik Donate dan Like button jika rasa entri nie menarik. Terima Kasih!

|
|
|
|
V


Keciknya Planet Kita

,Saturday, August 11, 2012 | Comment
Sekadar perkongsian.

Kalau ingat dah pergi seluruh dunia tu dah rasa hebat, sebenarnya itu belum cukup hebat lagi kerana dunia sebenar adalah jauh lebih luas dari yang kita sangkakan.

Tak mungkin manusia biasa dapat mengembara seluruh alam terbentang luas ciptaan yang Maha Esa ini.







 Be gentle with the earth.

Salam Ramadhan Semua!


Muka Baru Marlie

,Friday, August 10, 2012 | 14 Comment
Salam Ramadhan

Kes ini dah berlalu beberapa tahun lepas. Mungkin ada sesetengah pembaca pernah mendengar kisah malang seorang gadis yang berasal dari Port-au-Prince, Haiti ini. Kes yang terjadi terhadap dirinya adalah sangat jarang berlaku dan dilaporkan tiada ubat yang dapat mengubati penyakit misterinya. Lebih buruk lagi, dia hanya bergantung kepada lubang saluran yang ditebuk di tengkuknya dan dia hampir buta disebabkan tekanan tumor itu terhadap soket matanya . Marlie dilahirkan secara normal tetapi semasa umurnya 4 tahun penyakit pelik itu telah mengubah struktur mukanya sedikit demi sedikit dan sehinggalah berat mukanya 16 pound. 

Namun, atas rasa empati, satu organisasi telah membawa Marlie ke  Jackson Memorial Medical Center in Miami    
untuk mendapat rawatan di sana. Kutipan derma dari seluruh dunia telah dibuat bagi membantu Marlie untuk menjalani pembedahan membuang tumor tersebut.

 Wajah Marlie sebelum pembedahan. Siapa yang melihatnya pasti berasa simpati terhadap gadis ini.


Pembedahan pertama mengambil masa 17 jam bagi membuang lendiran atau bendalir yang terdapat pada tumor tersebut.

Sebelum dan selepas pembedahan


17 Desember 2005


Pembedahan kedua Marlie pada 26 Januari 2006 . Pembedahan kedua ini untuk membantu Marlie makan dan mengunyah secara normal semula .


Pembedahan kedua Marlie


Gambar selepas pembedahan ketiga pada 14 Julai 2006.



Marlie ternyata gembira melihat muka barunya. Dengan sokongan dari banyak pihak, Marlie dapat hidup secara normal semula.

10 Mei 2006, Marlie menjalani pembedahan kali ke 4.Pembedahan berlangsung selama 6 jam. Pembedahan ini menukarkan titanium plate lama dengan yang beru . Dikatakan dia dalam keadaan kritikal pada masa itu.

Selepas pembedahan keempat



Video sepanjang penderitaan dan Marlie mendapat muka baru

Part 1


part 2





Kini dia telah mendapat kehidupannya semula.








 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013