Cola Bukan Sahaja Untuk Diminum Tapi...

,Sunday, October 07, 2012 | 8 Comment

Cola, semua orang mengenai Cola sebagai satu minuman. Tapi tahukah korang yang ia bukan sekadar penghilang dahaga?
Disini saya berkongsi beberapa kegunaan sampingan Cola yang boleh korang buat serta sangat menjimatkan.




1. Menghilangkan karat
Cola mampu menghilangkan karat pada paku dan bumper kereta. bagi menghilangkan karat pada peralatan kecil, masukkan Cola ke dalam plastik dan rendamkan alatan berkarat itu selama satu malam. Kemudian, gosok karat dengan kain buruk. Bagi peralatan besar pula seperti pagar, kepingan aluminum foil diperlukan. Gulung aluminium foil menjadi bentuk bola kemudian celupkan ke dalam Cola.Pastikan semua bahagian terkena Cola. Bahagian yang berkarat itu bolehlah digosok dan pastikan Cola di sapu beberapa kali dan ia akan berkesan. Boleh juga digunakan untuk menangkalkan daki pada jubin bilik air atau mangkuk tandas.

2. Menyingkirkan kekotoran
Cola mempunyai kandunagn asid yang sangat tinggi. Sarah ada buat experiment kat lab hari tu, dan kandungan pH Cola adalah lebih rendah dari jus oren asli. Ini menunjukkan kandungan asid dalam Cola lehih tinggi dari jus oren asli!
Bagi menghilangkan kekotorang seperti minyak dan darah pada fabrik, masukkan fabrik ke dalam mesin basuh serta sabun basuh seperti biasa. Cuma, tambahkan satu tin Cola. Korang akan lihat fabrik akan jadi bersih kembali.

3. Sebagai Ubatan
Kebiasaannya Cola diminum untuk merawat sakit perut dan rasa loya.

4. Menghalau makhluk perosak
Jika rumah korang diserang siput babi, ini ada tips yang boleh korang buat untuk menghalang siput-siput itu. Cola digunakan sebagai umpan dan juga racun.Tuangkan Cola ke dalam piring kecil dan perhatikan gula dalam Cola menarik perhatian siput-siput terbabit. Apabila siput masuk ke dalam piring tersebut, acid Cola akan membunuh siput terbabit. 
Agak-agaknya, situasi ini jadi tak kat manusia?? Scary.
Selain itu, Coal dapat menghalang pepijat dari cermin kereta. Tungkan Cola ke atas permukaan cermin dan tunggu lebih kurang 10 saat. 

5. Dalam masakan
Cola boleh juga digunakan untuk melembutkan daging. Randamkan daging dengan kandungan Cola serta campuran dressing mix (aku tak tahu pe tu dressing mix)


Mari kita lihat video nie jugak.





8 comments:

  1. banyak nye kegunaan dia ! baru tahu ^^

    ReplyDelete
  2. salah satu sebab kenapa jarang yang teramat minom cola adalah kerana cola itu multipurpose.


    :)

    ReplyDelete
  3. Cola boleh tak dijadikan pengganti clorox untuk pakaian berwarna ? sebab guna vanish tak menjadi sangat pun

    ReplyDelete
  4. Thanks for the tips Maisarah ^_^
    Baru tahu nie...
    Akan dipraktikkan selepas nie :-)

    ReplyDelete
  5. tentang boleh jadi ubat tu baru tau ..

    ReplyDelete
  6. pikir-pikir kan lah..hehe..

    ReplyDelete

Jangan letak link tersembunyi di ruangan komen ini. Terima Kasih dan datang lagi ye

 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013