Info: 4 Fenomena Semulajadi Yang Patut Anda Tahu

,Thursday, October 11, 2012 | 6 Comment

Jika anda berasal dari Oklahoma, pasti anda sudah biasa dengan puting beliung (Tornadoes). Apa yang menariknya di Oklahoma, kita tidak mampu untuk meramal cuaca di sana walaupun dalam masa 5 minit. eperti yang kita semua tahu bumi mengalami 4 musim bagi sesetengah kawasan iaitu musim sejuk, panas, musim bunga dan musim luruh. Hebatnya ciptaan Allah S.W.T menciptakan bumi dengan pelbagai musim dan fenomena luar biasa. Mari kita lihat apa fenomena yang unik berlaku di bumi.


Halos:


Halos merupakan satu fenomena optical dimana terbentuk berdekatan matahari atau bulan pada cuaca yang sejuk. Ia terbentuk dari ketulan ais kristal . Terdapat banyak jenis Halos bergantung kepada penghasilan ais kristal. Pembiasan dan pantulan cahaya yang menyebabkan berlakunya pelbagai bentuk yang menarik.
Untuk ketahui lebih lanjut boleh lihat di Wikipedia.


Aurora:


Aurora, satu lagi fenomena semulajadi yang sangat indah yang berlaku di kawasan latitude tinggi. Berlaku apabila perlanggaran particle yang bercas, cahaya cantik ini terhasil. Dikenali sebagai Aurora Borealis atau Northern Lights di Kutub Selatan manakala di Kutub Utara dipanggil  Aurora Australis atau Southern Lights.


Awan Mammatus:


Awan Mammatus merupakan fenomena yang sangat jarang berlaku. Awan ini berbentuk sangat unik dan berbentik sangat cantik seperti bentuk kantung di langit. Tapi awas, kerana awan ini merupakan satu petunjuk bagi ribut atau puting beliung. Menurut sumber, ia merupakan kombinasi antara air dan ais tetapi kebiasaannya berlaku daripada ais. 


Green Flash:


Fenomena ini berlaku sangat singkat, berlaku antara satu atau dua minit sahaja. Seperti yang dapat kita lihat, ada sesuatu cahaya terbentuk di atas permukaan matahari yang sedang terbenam atau matahri terbit. Green Flash ini boleh dilihat di ufuk. Untuk tahu lebih lanjut, boleh ke Wikipedia.  






6 comments:

  1. Fenomena halo memang ajaib dan cantik

    ReplyDelete
  2. teringin nak tgk aurora tu... ohsem kot...

    ReplyDelete
  3. Cantiknya...Wilma paling suka tengok fenomena Aurora :-)

    ReplyDelete
  4. Post ni menarik..
    mohon share ya..terima kasih

    ReplyDelete

Jangan letak link tersembunyi di ruangan komen ini. Terima Kasih dan datang lagi ye

 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013