Wajah Budak Setahun Seperti Orang Tua

,Saturday, October 27, 2012 | 2 Comment

Kesian! Itu sahajalah yang mampu kita ucapkan apabila menyingkap kisah penderitaan adik Yuxin Xiaoli yang berusia setahun tetapi mempunyai rupa seperti wanita tua. Penyakit kulit yang dikenali sebagai cutis laxa  ini jarang berlaku, yang mana mengakibatkan kulit menjadi kendur dan kurang anjal. 





Ibu bayi istimewa ini, menyatakan pada mulanya dia tidak menyangka anaknya mempunyai penyakit kulit kerana anggapan awal bahawa semua bayi mempunyai kulit seperti itu. Katanya lagi, Yuxin Xiaoli normal semasa dalam kandungan dan lahir pada berat 4 kg. Neneknya,Cao Niu  pula berkata bahawa kali pertama Yuxin Xiaoli dibawa ke hospital, kanak-kanak lain ketakutan dan menangis apabila melihatnya. Tambah neneknya, dia teragak-agak untuk membawa bayi ini keluar kerana ramai orang melihatnya umpama makhluk asing.



Yuxin juga mempunyai penyakit jantung, pneumonia dan lelah. Keluarganya juga telah membelanjakan kira-kira  80,000 Yuan bagi kos perubatan Yuxin. Bagaimanapun, Yuxin sangat pintar dan juga suka meniru memek muka orang lain.


Sumber: www.dailymail.co.uk

2 comments:

  1. keciannye. ade jugak penyakit macam tu. btw,jemput la ke blog bihah..=)

    ReplyDelete
  2. ya Allah kesiannya, baru tau ada penyakit mcm ne

    ReplyDelete

Jangan letak link tersembunyi di ruangan komen ini. Terima Kasih dan datang lagi ye

 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013