Lelaki Kelawar Lebih Hebat Dari Superhero

,Wednesday, October 17, 2012 | 3 Comment

Masih ingat lagi pada karakter kartun Keluangman ataupun wira gagah perkasa Batman? Namun, bukan superhero yang saya ingin kongsikan pada hari ini. Lelaki kelawar yang dimaksudkan dalam entri ini adalah David Blaine, yang merupakan seorang sila mata. Apa yang membuatnya dipanggil Human Bat adalah kerana kemampuannya bergantung, kepala berada di bawah dan kaki di atas sama seperti kelawar. Apa? Korang pun boleh buat? Boleh ke korang duduk tergantung selama 60 jam tanpa tidur dan makan seperti David Blaine nie?


David Blaine telah beberapa kali pecahkan rekod dunia. Mari kita selidiki siapakah beliau?

Nama: David Blaine
Panggilan: Human Bat
Asal: New York, United States
Tarikh Lahir: April 4, 1973
Profession: Ahli silap mata dan penghibur


Pencapaian beliau:

1. Kebolehan beliau bergantung seperti kelawar selama 60 jam tanpa makan dan minum


2. Berjaya pecahkan rekod dunia menahan nafas di dalam air selama 17 minit dan 4 saat.

3. Berada dalam ketulan ais selama 61 minit.

4. Tinggal di dalam air selama seminggu pada 2006

5. Berdiri di atas tiang (yang didirikan) setinggi 27 meter selama 25 jam

6. Tinggal 44 hari di dalam kotak transparent yang tergantung pada Thames River di London.


Rahsia Kejayaan:

Menyingkap profesionalnya sebagai seorang ahli silap mata, David Blaine mempunyai kekuatan dari segi mental dan fizikal. Beliau pernah muncul dalam Oprah Winfrey Show dan berkongsi serba sedikit mengenai pencapaiannya itu. Katanya dalam semasa ditemuramah , “I think we can really adapt to any situation.”
Beliau juga merupakan seorang yang yang mempunyai misi. Beliau turut menrantau ke seluruh dunia pada setiap tahun bagi membuat persembahan silap mata  kepada kanak-kanak di hospital, serta bagi kanak-kanak yang menghidap penyakit yang kronik.Beliau turut menyumbang semasa Gempa bumi Haiti hampir 100000 dollar.


Video semasa menjadi lelaki kelawar:



Sebab itulah aku cakap dia nie lebih hebat dari superhero!






3 comments:

Jangan letak link tersembunyi di ruangan komen ini. Terima Kasih dan datang lagi ye

 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013