Saya Nak T-shirt Blog!! Awak Nak??

,Wednesday, March 06, 2013 | 9 Comment
Bismillahirahmanirahim. Tengah malam yang indah ini Sarah nak join satu segmen yang sangat menarik dari   Salju Creative. Siapa taknak kalau orang nak bagi T-shirt free kat kita, mestilah nak. Lagi-lagi kalau t-shirt tu tulis nama blog pula. Baik sungguh Salju Creative kan. 

Klik banner untuk join sama!

CARA PENYERTAAN
1. Follow Blog DAN Facebook Fanpage Salju Creative.
2. Letakkan Banner Contest yang dilinkkan ke blog saljucreative di side bar, header bar atau footer bar.
3. Buat satu entry di dalam blog anda, dan post kan link entry di bahagian komen dalam post ini. Entry anda mestilah mengandungi;
# Tajuk : SAYA NAK T-SHIRT BLOG!! AWAK NAK??
#Banner yang dilinkkan ke blog ini.
#Design baju yang dikehendaki dan saiz baju.
#Lengkapkan Slogan: Saya suka Salju Creative kerana .....


INILAH DESIGN BAJU T-SHIRT YANG SAYA NAK! SAIZ M.

Lihat sahaja pada design baju nie, sangat cantik bukan? Simple tapi ia menepati citarasa saya sendiri. Tak tipu, betul.. Dah lama saya mencari baju untuk blog berwarna hitam seperti ini. Dan dengan peluang yang diberikan oleh Salju Creative, saya terus menyertai segmen hangat ini walaupun probability untuk saya berjaya adalah tipis. Namun rezeki ada di mana-mana bukan. Bercakap mengenai  nama Salju Creative pun sudah tahu, mereka kreatif dan sangat telus dalam berniaga. 
Saya sangat menyukai Salju Creative kerana rekaan yang disediakan sangat menepati citarasa saya .Hampir sejam saya meninjau dan menjenguk di blog mereka tatkala terpegun melihat hasil kerja mereka. Cantik sungguh rekaan kad kahwin rekaan syarikat mereka. Sudah pula cantik, malah murah sahaja harga . Design yang paling saya suka adalah design yang simple tetapi sangat sweet. Sama seperti design kad kawin di bawah ini. Tatkala terpandang kad kahwin ini, fikiran saya mula melayang dan terbayang nama terukir di kad tersebut. Ahaks, umur baru 20 tahun sudah berangan kamu ya.
Saya ingin syorkan kepada bakal-bakal raja sehari di luar sana supaya menempah kad kahwin di Salju Creative disebabkan banyak pilihan design yang menarik dan sangat murah. Pelanggan juga boleh meminta pihak Salju Creative mereka kad mengikut kemahuan sendiri kerana mereka menjaga kepuasan pelanggan. Malah, tidak perlu menghabiskan duit minyak kereta untuk ke stokis mereka kerana urusan adalah secara online. Pihak syarikat Salju Kreatif juga memberi jaminan kepada pelanggan dengan penetapan harga kad kahwin walaupun harga minyak naik.Bahkan, kualiti dan perkhidmatan yang disediakan cukup baik. Jangan ridau kerana mereka adalah syarikat berdaftar dan amat menikberatkan masa supaya kad yang ditempah tiba di tangan penerima pada masa sepatutnya. Selain menyediakan perkhidmatan percetakan kad kahwin,mereka juga menyediakan perkhidmatan fotografi, guestbook, cenderahati dan hiasan hantaran.. 

Walaupun syarikat Salju Creative hanya menjalankan perniagaan secara online satakat ini, saya percaya syarikat ini mampu maju dan membuka stokis serta cawangan di seluruh negeri suatu hari nanti. Itu doa saya. Walau bagaimanapun, perniagaan secara online pada hari ini merupakan satu pendekatan yang cukup baik bagi memulakan sesuatu perniagaan kerana ianya mudah, murah dan mesra pelanggan. 
Sejauh mana kemanisan kata-kata saya tadi, saya kurang pasti namun apa yang saya coretkan di sini adalah ikhlas dari lubuk hati saya sendiri. 


The end of kad kahwin. Yang lain cepat lah join ye. Tamat 31 Mac 2013



9 comments:

  1. Assalamualaikum sara, good luck my dear! design baju tu lawa. heheheh amboiii sara

    ReplyDelete
  2. kawin jangan lpe jemput..eh?haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. citer sal kad kahwin Salju Creative je, bukan nya nak kahwin lagi pun. hu3 =D

      Delete
  3. kalo kaler baju tu selain dari hitam lg nampak meriah kot..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau turquoise pun cantik kan? emm, xde lagi baju turquoise. Tapi memandangkan ianya diberi secara percuma, hitam pun cantik

      Delete
  4. cantik... kalau ada jual, nak beli jugak satu.... baru nampak blogger tegar...
    hahaha... padahal blog dah lama tak updated....

    ReplyDelete
  5. thanks join..
    pastikan semua syarat contest dipatuhi, terutama syarat nombor 2 tu ye dear:)

    baju blogger ni kita akan buka penjualannya pabila contest dah tamat.. sesiapa yang join, akan diberi diskaun:) so, dah join contest??

    ReplyDelete

Jangan letak link tersembunyi di ruangan komen ini. Terima Kasih dan datang lagi ye

 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013