Dari negeri Che Siti Wan Kembang merantau ke negeri Perak. Tapi apa yang special Perak ye?
Selama lebih kurang 9 bulan lebih duk belajar kat sini, ada la jugak jenguk-jenguk kat kedai-kedai makan,
nak cari makanan istimewa orang Perak.
Tapi, apa yang Sarah tengok bukan makanan Perak yang menjadi famous kat sini tapi
Nasi kerabu!
Nasi kerabu kan dari negeri ambo.. Tapi kenapa orang dari Sabah, Sarawak, Johor dll negeri
yang sama waktu dengannya kenal atau mula merasa nasi kerabu di negeri Perak.
Salah satu sebabnya, Ramai pelajar kat sini orang Kelate. Penjual makanan
pun ramai dari Kelate. Oleh sebab itu lah Nasi kerabu boleh didapati di mana-mana di
daerah Tanjung Malim nie (daerah lain tak taw la)
Ada kawan Sarah tanya, pernah makan budu?
Mesti la kan, orang Kelantan.
Kawan Sarah nie asal dari negeri lain...
Dia cakap dia tak nak kawin dengan orang Kelantan pasal tak nak
makan budu. Sarah tanya dia Pernah makan nasi kerabu?
Dia jawab ye, selalu.
Tu, makan budu la tu.. Dalam nasi kerabu ada budu. Budu tu penyedap nasi kerabu sebenarnya.
Terkejut dia bila dengar... kih3...
Tu la, jangan ingat hampa semua boleh tolak nasi kerabu bila dah try sekali.
Ramai orang Sabah Sarawak suka makan. =)
Tapi rasanya sedap nasi kerabu yang mak buat lagi...
Sebab kat sini rasanya tak berapa nak ori sanagt.
tu pun orang dah cakap sedap (orang negeri lain).. Belum lagi cuba yang Ori punya.
Sarah masih duk mencari-cari makanan asli negeri Perak nie.
Bila ditanya apa yang special kat sini, jawabnya
PAU YIK MUN
Setakat duk sini, tak pernah try lagi pau yang famous nie.
Walaupun hari2 duk lalu lalang depan kedai nie (dengan bas la )
tapi tak terasa nak cuba. Kawan pernah beli dan bagi tapi Sarah tak makan pun.
Sekarang nie, masih meninjau dekat pasar malam makanan special Perak nie..
Tapi macam biasa la, kedai jual nasi kerabu banyak la.
Itu la sesuatu yang tak kutemu di Tanjung Malim nie.
Harap dapat la jumpa sejenis dua makanan...
boring sangat dah makan nasi kerabu nie...
SUMBER: GOOGLE IMAGE JE... |
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesarah: nk tukar selera yer..jom make nsi ayam..hehe..
ReplyDeletetq sarah tlg promosi mknan PERAK....
ReplyDeletemakanan jgk hok dio cari(atiq)
ReplyDeletemakan untuk hidup!hahaha
Delete