Sistem Pentaksiran Baharu STPM

,Tuesday, March 13, 2012 | Comment

SISTEM PENTAKSIRAN BAHARU STPM

Selaras dengan Program Transformasi Pendidikan, mulai tahun 2012, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) melaksanakan sistem pentaksiran baharu STPM bagi memperkasakan program pendidikan di tingkatan enam.

Peperiksaan STPM yang sedia ada dikendalikan berdasarkan kepada tempoh pengajian tingkatan enam selama 1½ tahun. Tempoh pengajian ini terdiri daripada tingkatan enam bawah yang meliputi penggal kedua tempoh persekolahan, dan tingkatan enam atas yang meliputi penggal pertama dan penggal kedua tempoh persekolahan. Peperiksaan bagi pengajian tingkatan enam adalah untuk mengukur dan menilai pencapaian pelajar yang dilaksanakan keseluruhannya melalui peperiksaan STPM pada penghujung pengajian, iaitu pada bulan November hingga Disember.

Pada tahun 2012, sistem peperiksaan STPM akan dijalankan dalam dua mod. Mod pertama ialah sistem peperiksaan STPM sedia ada bagi pelajar yang sedang mengikuti tingkatan enam atas pada tahun 2012. Pelajar ini merupakan kohort terakhir yang akan menamatkan sistem peperiksaan STPM sedia ada. Mod kedua ialah bagi pelajar tingkatan enam bawah pada tahun 2012, mereka merupakan kohort pertama sistem pentaksiran baharu STPM yang akan menduduki peperiksaan penggal 1 persekolahan tingkatan enam pada November 2012 dan juga buat pertama kalinya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) diperkenalkan kepada 19 mata pelajaran tingkatan enam. Sistem pentaksiran baharu STPM ini adalah cetusan idea yang amat bermakna oleh mantan Ketua Eksekutif MPM, Tuan Haji Omar bin Abu Bakar (2005-2011).

Dalam sistem pentaksiran baharu STPM, tempoh pengajian tingkatan enam adalah sama dengan tempoh persekolahan mengikut kalendar persekolahan yang dilaksanakan pada masa ini. Peruntukan waktu pengajaran juga adalah sama seperti jadual waktu persekolahan yang sedia ada bagi tingkatan enam, iaitu lapan (8) waktu seminggu bagi setiap mata pelajaran (1 waktu pengajaran = 40 minit). Oleh itu, sistem pentaksiran baharu STPM ini tidak menganggu dan tidak mengubah sistem persekolahan sedia ada.
Dari segi penawaran bilangan mata pelajaran juga tidak berubah, iaitu masih 23 mata pelajaran yang ditawarkan seperti yang berikut:


Kalendar Akademik
Kalendar akademik sesi 2012/2013 bagi Sistem Pentaksiran Baharu STPM untuk negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Putrajaya:


Kalendar akademik sesi 2012/2013 bagi Sistem Pentaksiran Baharu STPM untuk negeri Kedah, Kelantan, dan Terengganu:


Nota: Tarikh-tarikh di atas tertakluk kepada perubahan, manakala kalendar penggal 2 dan 3 sesi  persekolahan tingkatan enam tahun 2012/2013 akan dikeluarkan dalam portal MPM www.mpm.edu.my.


Kadar Yuran
(a)   Yuran Asas         RM120.00
(b)   Yuran setiap mata pelajaran      RM 90.00
(c)   Caj menduduki semula peperiksaan akhir per kertas   RM 50.00               

Calon sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan dikecualikan daripada membayar yuran ini.  Walau bagaimanapun, calon yang ingin menduduki semula peperiksaan akhir sesuatu penggal akan dikenakan caj sebanyak RM50.00 per kertas. 


Sumber :
http://www.moe.gov.my/



No comments:

Post a Comment

Jangan letak link tersembunyi di ruangan komen ini. Terima Kasih dan datang lagi ye

 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013