Hari ini merupakan hari keusahawanan yang bertemakan Toys For Children.
Setelah penat berbulan2 memaksa otak mencari idea, mereka produk, membuat alat permainan dan akhirnya hari ini merupakan hari Presentation.
Kitorang buat snooker untuk budak2 yang berumur 5 tahun keatas yang diberi nama Portable Snooker. Eh, tiba2 rasa skema plak buat ayat untuk post nie. Macam tulis report pulak... huhuhu...
Diana, Sarah, Liana |
Portable Snooker nie boleh lipat taw. Itu yang membezakan meja pool nie dengan meja pool yang biasa di jumpai.
Cara main ( copy and paste dari report)
1. . Pemainan ini memerlukan pemain seramai 2 sehingga 3 orang .
2. Susun semua bola di tangah-tengah meja. Cue ball yang berwarna putih diletakkan diluar dari kumpulan bola tersebut.
3. . Halakan kayu snooker ke arah cue ball untuk memecahkan kumpulan bola tersebut.
4. . Masukkan bola yang berwarna putih atau kuning ke dalam salah satu dari empat lubang yang terdapat pada setiap penjuru dengan memukul cue ball.
5. . Kreativiti dalam berfikir diperlukan untuk memasukkan bola yang berwarna ke dalam lubang.
6. . Jika cue ball bergolek ke luar meja snooker, maka pemain itu akan kehilangan satu pusingan sebagai denda. .Pemain yang memasukkan cue ball ke dalam lubang akan ditolak markah sebanyak 2 markah.
7. . Markah bagi setiap bola mengikut warna iaitu bola kuning 1 markah dan bola putih 2 markah.
8. Pengiraan markah dilakukan di akhir permaianan. Pemain yang mempunyai markah yang paling tinggi dikira sebagai pemenang.
Portable Snooker... |
Eh, ada gambar Sarah kat belakang... Malunye.. |
Tak taw la apa nama game nie.. |
Comel kan.. Toys 2 dalam 1. |
Game yang kreatif tapi tak sempat nak ambik video |
Game lontar bola masuk mulut |
wasalam... =)
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
Delete