Hangat!! Domain Dot my Percuma Setahun

,Thursday, December 13, 2012 | 13 Comment


Berita gembira untuk semua blogger terutamanya yang menggunakan domain blogspot (free), korang sekarang sudah boleh mendapatkan domain DOT MY dengan kadar PERCUMA untuk setahun dan  hanya RM20 untuk tahun-tahun berikutnya. 

Bagi yang masih baru dalam dunia blog nie mungkin tertanya-tanya apa pulak kelebihan dot my berbanding dengan blogspot kan?Seperti yang kita sedia maklum domain domain dot com dot my (.com.my) dan domain dot my (.my) adalah domain khas untuk Malaysian sahaja . Mengikut sumber dari blog darxniq.blogspot.com, apa yang aku tahu adalah jika kita menggunakan domain yang berbayar, lebih banyak faedah yang kita bakal perolehi.
 Antaranya :
1) Kita mempunyai hak penuh ke atas web/blog kita. Dari pembacaan blog sebelum ni, pernah terjadi kepada blog Dr. Mahathir yang mempunyai trafik yang hebat tiba2 problem dan hilang begitu sahaja kerana di tarik balik oleh blogspot. (sori kalau salah info) Tapi yelah barang orang bagi free. Bila2 masa boleh amik balik. Buruk siku! hehe...

2) Nama domain yang lebih mudah diingati kerana nama domain berbayar lebih pendek. Contohnya di bawah, yang mana lagi mudah diingati?? Apabila domain itu lagi mudah diingati akan memberi peluang untuk korang kembali berkunjung lagi.
Contohnya;
domain berbayar: www.sararose.my
domain percuma: sararose-93.blogspot.com

3) Domain berbayar lebih dipercayai dan lebih selamat. Kerana domain berbayar ni memerlukan maklumat yang lagi detail manakala yang percuma ni boleh buat banyak mana nak.

4) Blog yang menggunakan domain berbayar jugak menjadikan blog lagi mesra SEO. SEO tue enjin carian di blog. 

5) Domain berbayar menunjukkan yang kita memang serius untuk menceburi dalam bidang blog.

6) Syarikat pengiklanan lebih yakin untuk mengiklan iklan diorang di blog yang domain berbayar.

Jadi, apa tunguu lagi. Jom ramai-ramai rebut peluang yang terbuka luas dari AGENSI DIBAWAH KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI IAITU PROGRAM 1MYID. 

Untuk keterangan lanjut. boleh lah ke BLOG AWESOME INI kerana INNANIE ARIFFIN sedia membantu korang. Tawaran ini sah sebelum 25 Disember sahaja dan terhad kepada 1500 orang terawal. Cepat!! Rebutlah peluang ini sekarang. Terima kasih kepada blogger ini memberi hadiah yang sangat awesome gilerrr kat follower blog beliau tak kira sama ada follower baru atau lama. Saya sudah daftarkan domain impian saya, anda bila lagi?





P/s : Tak sabar nak tunggu blog nie dapat domain www.sararose.my..pergghhhh..Kelas betoll


13 comments:

  1. xsabar nak dapat domain free setahun...hehe

    ReplyDelete
  2. Sarah join tak ? fie tak join, hehe. rasa tak mampu lagi lah. Blog pun tak berapa ramai viewers lagi nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..sarah dah try register dan sekarang dalam proses..excited giler nie..jom la fie, viewers mungkin boleh meningkat kalo tukar.. InsyaAllah

      Delete
  3. xmampu lagi nk beli,blog sy biasa2 jer

    ReplyDelete
  4. ena dah tukar domain, tapi .com.my la.. huhuhu kalau dah ada domain, boleh ke?? kang kena byr double lak

    ReplyDelete
  5. tahniah sarah~ sbab dah dpt .my tuuu ~ hehe :D

    ReplyDelete
  6. jika still pakai blogspot,google boleh tarik balik kalau die nak :p
    sebab tu kene pakai hosting sendiri, hahahah walaupun saya pakai blogspot jugak
    bukan apa. blogspot lebih secure sebb x pakai pluign berbanding wp... :p
    -

    ReplyDelete

Jangan letak link tersembunyi di ruangan komen ini. Terima Kasih dan datang lagi ye

 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013