Kes: Siapakah Yang Membunuh Tongga Lalit?

,Tuesday, December 18, 2012 | 8 Comment



Ceritanya bermula macam nie :

Anda baru sahaja dilantik menjadi seorang Ketua Polis Negeri Neverland minggu lepas. Neverland adalah sebuah negeri yang penuh dengan penjenayah-penjenayah yang berkeliaran.
Pada suatu hari yang muram, anda mendapat laporan tentang suatu pembunuhan seorang remaja lelaki yang berumur 14 tahun; Tongga Lalit. Berikut adalah kronologi pembunuhan tersebut:

1 Julai :
Jam 8.30 malam :Memeh, ibu kepada Tongga Lalit masih menunggu anaknya yang masih belum pulang dari sekolah. Pada kebiasaannya, Tongga Lalit akan sampai kerumahnya tidak lewat dari jam 7.00 malam. Sehingga saat itu, bayangnya masih tidak kelihatan. Sujadu Ribo kawan Tongga Lalit telahpun sampai ke rumah beliau.

Jam 10 malam: Lilat Merudum, ayah kepada Tongga Lalit menaiki motor mencari Tongga Lalit di seluruh Pekan Eve Ebi, namun bayang anaknya masih tidak kelihatan. Memeh dirumah menalipon Sujadu Ribo dan bertanya sekiranya beliau tahu kemana Tongga Lalit pergi selepas waktu sekolah tadi. Namun Sujadi Ribo menyatakan bahawa Tongga Lalit tidakpun hadir kesekolah pada petang tersebut.

2 Julai :
En.Lilat Merudum pergi ke sekolah dimana Tongga Lalit belajar untuk berjumpa dengan Pengetua sekolah tersebut, namun tiada siapapun disekolah tersebut yang mengetahui dan menemui Tongga Lalit semenjak semalam. Beliau turut menghubungi saudara maranya yang terdekat, namun tak seorangpun yang tahu dimana Tongga Lalit berada.
Pada pukul 9.00 malam En. Lilat Merudum telah pergi ke balai polis Pekan Eve Ebi untuk membuat laporan polis mengenai kehilangan Tongga Lalit.
Ekoran daripada laporan tersebut, pihak polis bersama orang-orang kampong telah menjalankan usaha mencari dan mengesan dimana Tongga Lalit berkemungkinan berada.

3 Julai:
Pada lewat petang pasukan polis bersama penduduk tempatan telah menemui mayat Tongga Lalit terapung di Sungai Jenjuru, kira-kira 5 kilometer dari rumah beliau. Terdapat kesan-kesan lebam akibat dipukul dimerata tubuh beliau. Pihak forensic telah mengambil sampel DNA pada kuku beliau, yang mempunyai tanda-tanda beliau telah mencakar seseorang sebelum itu.
Ekoran daripada itu, pihak polis telah menjalankan sisatan rapi terhadap kes pembunuhan ini. Seramai 4 orang suspek telah dikenalpasti. Suspek-suspek tersebut ialah:




Suspek 1
Polis mendapati pada 1 Julai Tongga Lalit telah singgah di sebuah kedai buku dan selepas 30 minit beliau telah meninggalkan kedai buku tersebut bersama seorang lelaki bernama Remang Tinggi menuju ke destinasi yang tidak dikenal pasti. Menurut seorang saksi, kedua-dua mereka kelihatan tergesa-gesa dan raut wajah mereka kelihatan cemas. Polis telah menyoal Remang Tinggi dan dia telah menafikan yang dia terlibat di dalam pembunuhan ini. Walau bagaimanapun Remang Tinggi memberitahu pada hari tersebut dia telah membawa Tongga Lalit untuk bertemu dengan Guruh Kunda atas urusan untuk meminjam wang.

Suspek 2
Guruh Kunda adalah seorang yang kaya dan mempunyai wang yang banyak. Beliau sering menggunakan wang kekayaannya untuk membantu remaja yang kesempitan wang. Kadang-kadang beliau turut menggunakan remaja tersebut untuk menjalankan operasi perniagaannya yang tidak sah di sisi undang-undang..

Suspek 3
Suspek yang ke 3 di dalam kes ini ialah seorang pengawal keselamatan. Seseorang telah memaklumkan kepada pihak polis bahawa mereka pernah melihat Tongga Lalit bertengkar dengan pengawal keselamatan ini. Pengawal Keselamatan ini bernama Kunang Jingga. Kunang Jingga adalah seorang yang pendiam dan suka menyendiri. Kehidupan beliau sentiasa di selubungi misteri.

Suspek 4
Suspek ke 4 ialah Jejak Mare. Belia merupakan kekasih Mia Suli iaitu anak kepada Sampang Suli. Beliau bersama Sampang Suli pernah dilihat memberi amaran kepada Tongga Lalit di hadapan pintu pagar sekolah. Semasa polis menemui beliau, beliau sedang menghadiri sesi kuliah di sebuah dewan kuliah yang besar.



ARAHAN:
1. Cuba fikirkan siapakah pembunuh yang sebenarnya.
2. Dapatkan sampel DNA dari setiap suspek di lokasi-lokasi tertentu berdasarkan keterangan diatas.
3. Lakukan PCR dan elektroforesis terhadap sampel suspek.
4. Tentukan pembunuh sebenar berdasarkan hasil ujian DNA yang telah dijalankan.




Ha. Best tak jadi penyiasat ala-ala CSI gitu. Untuk pengetahuan korang, inilah tugasan Sarah bagi subjek Bioteknologi. Syokkan? Agak-agak korang, sape la yang membunuh Tongga Lalit. Sebut Tongga Lalit, karang perasan tak nama yang digunakan dalam cerita nie agak peliks dan kelakar. First time Sarah baca cerita nie boleh gelak guling-guling (xsenonoh anak dara sorang nie) sebab nama yang digunakan macam....apekejadahnyanamamacamtakdenamalain......Kunang Jingga la,Mia Suli la,Jejak Mare la. Adoih, letak la nama sedap-sedap sikit kan. Saje je diorang nie nak buat cerita nie jadi kelakar.







Dan tadi jugak test DNA sample suspek yang diperolehi pada kuku mangsa dan match kan dengan sample DNA setiap suspek. Result yang diperolehi dari proses PCR dan elektroforesis yang mana kalau kita dapat lihat DNA fragment terbentuk seperti dibawah.


Dan Pembunuhnya adalah.....


...




...









..







 C (suspek 3) iaitu Kunang Jingga!!



P/s :Saje je nak share experiment nie kat korang. Memang best buat benda nie, tadi siap kejar-kejar suspek lagi. Dah macam CSI betul dah. First time (dalam sem nie) Sarah dapat paperwork dalam Bahasa Melayu.
Oh ya, siapa teka betul tadi?



8 comments:

  1. wahhh bestnya.. igt site betul la td.. superb la dear

    ReplyDelete
  2. Wah...betul2 macam CSI ooo ^_^
    Wilma pun jawab C coz DNAnya hampir sama...Hehehe...

    ReplyDelete
  3. tahniah awak ! http://heartylolipop.blogspot.com/2012/12/pemenang-contest-jawab-menang.html
    jom ke belog saya :)

    ReplyDelete
  4. jeng jeng jeng, ngatkan betul la td.. memang dah boleh jadi CSI ni.. hehehehe

    ReplyDelete
  5. huhu...
    xde lah susah sangat..
    lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. xsusah sangat,sebab alat dah cukup.. Jarang orang berpeluang buat experiment cam nie sebab kos tinggi

      Delete
  6. scrool bawah trus dapat jawapan.. xsempat nak teka... hehehehhe

    ReplyDelete

Jangan letak link tersembunyi di ruangan komen ini. Terima Kasih dan datang lagi ye

 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013