Field Trip Part 1: Bukit Malawati

,Sunday, February 03, 2013 | 17 Comment
Sudah beberapa hari menyepi, akhirnya aku gagahkan jugak untuk menulis entri pembuka bulan Februari nie. Ke mana Sarah menghilang? Jeng-jeng-jeng..Kasi suspen sikit walaupun tajuk entri sudah bilang Bukit Malawati, Kuala Selangor. Sebenarnya Jumaat lepas Sarah ada ikut field trip ke Kuala Selangor dan lawatan nie bertujuan untuk membuat kajian terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan haiwan serta tumbuhan bagi subjek Biology Conservation. 

Butiran perjalanan:
Tarikh bertolak: Jumaat, 1 Febuari 2013 jam 3.30 petang.
Masa sampai : Waktu asar
Jarak perjalanan : Kira-kira 72 KM mengambil masa dalam 1 jam 15 minit dari Tanjung Malim.
Jumlah pelajar: Kurang lebih 75 orang.

Untuk part 1 nie, lawatan pertama yang kitorang pergi adalah di Bukit Malawati untuk mengkaji hidupan yang bernama Silver Leaf Monkey ataupun dalam bahasa melayu dipanggil Lutung (bukan lontong ye). Nama saintifik Lutung pulak Trachypithecus cristatus
Sebelum tiba ke atas puncak (puncak lah sangat!) bukit, kitorang ada melihat kawasan sekitar tempat tu. Rupa-rupanya wujud perigi beracun, kupikir selama ini ianya hanya dongengan semata. 

Okey, aku kesana bukan untuk melihat atau mengkaji sejarah tapi nak mengkaji social lifestyle of lutong, kan budak sains (terasa sangat nerd bila dipanggil budak sains). Setelah berjalan hampir 200 meter dari pintu masuk, kitorang sampai ditempat tu.. Awesome! Banyak giloss kera dan lutung. Jangan confius dengan dua jenis makhluk nie, lutung nie berwarna kelabu + hitam dan anaknya yang masih kecil berwarna coklat keperangan.Serius comel anak dia. 


Mereka jugak sangat friendly dengan pelancong, maklumlah rakyat Malaysiakan peramah, haiwan pun kena peramah jugak maa..

Banyakkan lutung kat sana?

Kitorang buat kajian dalam masa lebih kurang sejam lebih sahaja sebab sampai kat sana pun dah lewat. Takut-takut pun kena lah jugak perhati dan catit aktiviti lutung kat sana. Lutung kat sana tak agresif sangat sebab dah terbiasa dengan manusia. KECUALI... ha ada kecuali tau.. kecuali kalau kita membawa makanan untuk diorang dan mereka akan serang beramai-ramai untuk dapatkan makanan tu.. Serang!!! bukan nak attack tapi sebab diorang nie agak gelojoh, tak reti nak bersabar. Tu memang masalah binatanglah kan. Menjerit minah saleh tu bila lutung nie bergantungan kat bahu dia. Kalau drive kereta kat kawasan tu kena hati-hati sebab takut ada yang terkorban nanti. Dinasihakan supaya jangan parking kat tempat diorang berkumpul sebab nanti peninglah nak halau diorang dari kereta sebab diorang nie suka landing-landing atas bumbung kereta, siap main intai-intai lagi dengan driver. Pelakuan mereka sangat menarik, keci-kecik pun taknak share makanan dengan yang lain. Bila dah dapat makanan, lutung nie akan cuba untuk menjauhkan diri dari yang lain supaya yang lain tak rampas makanan tu dari dia, pastu dah dapat port baik punya, terus dia melahap sengsekor.

Taknak turun!

Satu situasi yang sangat menarik yang aku dapat tengok kat sana jugak masa aku tengah buat penyelidikan kat situ, ada segerombolan lutung dan ada jugak ibu yang mendukung anaknya masih kecil. Tak boleh jalan pun lagi anaknya. Tiba-tiba diorang semua berlari (gaya monyetlah takkan lari gaya manusia), dan ibu lutung tu tak semena-mena tertinggalkan anaknya sengsekor di suatu sudut berdekatan tempat kitorang berkumpul . Maklumlah, mereka gelojoh bab makanan, sampai anak pun boleh tertinggal. Anak tu tak boleh nak buat apa-apa, sebab dia masih tak boleh berjalan lagi. Kitorang tengok pun kesian, nak tolong takut dituduh menculik anaknya pulak. Tapi, atas rasa berkebitangan yang tinggi, ada seekor ibu yang membawa anak masih kecil jugak datang dari sebatang pokok bila dia tengok anak yang tersisish tadi di tepi jalan sengsekor. Dia datang dan peluk anak tu, mungkin memujuk si anak walaupun itu bukan anak dia. Tak lama lepas tu si ibu lutung yang cuai tu datang kembali mengambil anaknya dan mendakapnya dengan erat. Masa tu boleh nampaklah satu peristiwa perpisahan dan pertemuan antara ibu dan anak lutung. Sweet sangat lutung nie, menjaga anak dengan penuh kasih sayang.

Kecomelan ibu dan anak lutung.


Pemandangan di bukit Malawati, di waktu senja.


Itu sahaja Part 1 di Kuala Selangor. Entri nie khas untuk orang yang mencari tempat menarik di Selangor.Tunggu part 2 untuk perkongsian tempat menarik sekitar Kuala Selangor.



P/s : Report lutung belum dibuat, tapi update blognya rajin pulak.


17 comments:

  1. 2 tahun duk kat tnjg malim x smpai lg kat bukit malawati ni..tapi bukit tinggi dah smpai..yg tmpt ala2 oversea tu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukit Larut a.k.a Maxwell eh? kat taiping kalo xsilap..sarah xpernah pergi lagi sana

      Delete
  2. eh eh, sejam lebih je dari tg malim.. serius ena tak pernah pergi tempat ni.. cantiknyaaa permandangan.... wahhhhh

    ReplyDelete
  3. sis klu nmpak lutong/kera/monyet mmg larik..sanggup dok dlm kete je..

    ReplyDelete
  4. Lawa gambar lontong tu...issk..lutung...hahaha

    ReplyDelete
  5. seronoknyee..nak pegi la nanti..muehehehe :P

    ReplyDelete
  6. anak lutung tuh kaler lain pulak

    ReplyDelete
  7. seronoknya... belum pernah sampai tempat ni :)

    ReplyDelete
  8. best main ngn kera :D hehe hati2 kena serang :D

    Cara Lajukan Internet Di Rumah – Teknologi
    Klik Sini ! Klik Sini ! Klik Sini !

    Jomlah Sertai Segmen Mega 3000 Follower By Blog 3 Dalam 1
    Klik Sini ! Klik Sini ! Klik Sini !

    ReplyDelete
  9. hai anda telah di tagged http://belogdura.blogspot.com/2013/02/me-with-25-facts.html

    ReplyDelete
  10. laen plak anak, huhu

    ReplyDelete
  11. Kenapa anak lutung color oren, mak dia hitam? Comellllnya anak dia, rasa nak bela. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah..anak dia color oren..memang comel

      Delete
  12. Lawanya tempat tu! Nak pergi la lepas ni.. haha

    ReplyDelete
  13. dok dgr org ckp ja xpernah smpai lg..pdhal xjauh mn pn..haha

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum sara, uniknya lutung ni. adoiiii tak sedap hati nak mkn lontong pasni. punca sara lah kenalkan si lutung ni. adehhh hahahhahahahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. lutung comel..lotong sedap... =)

      Delete

Jangan letak link tersembunyi di ruangan komen ini. Terima Kasih dan datang lagi ye

 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013