Sambungan Field Trip Part 1. -Pada malamnya pula, kitorang dibawa ke Kampung Kuantan, Kuala Selangor yang sangat terkenal dengan kelip-kelipnya. Bayaran yang dikenakan adalah Rm50 untuk satu sampan yang boleh dinaiki 4 orang penumpang. Sarah rasa harganya agak mahal namun apa yang menariknya sampan yang digunakan digerakkan menggunakan tenaga manusia, bukannya enjin bot. Pengayuh digunakan bagi mengekalkan keaslian dan menjaga ekosistem tempat tersebut. Rasa lebih mesra alam apabila naik bot yang masih mengekalkan ciri tradisional ini.
Butiran pusat kelip-kelip Kampung Kuantan
Waktu operasi kaunter tiket : 7.45-10.30 malam
Tempoh: 30 minit untuk satu trip
Bayaran : RM50 untuk 4 orang penumpang
Keselamatan pengunjung juga dititikberatkan dengan pemakaian jaket keselamatan.
Butiran pusat kelip-kelip Kampung Kuantan
Waktu operasi kaunter tiket : 7.45-10.30 malam
Tempoh: 30 minit untuk satu trip
Bayaran : RM50 untuk 4 orang penumpang
Apa yang boleh Sarah cakap, suasana dan pemandangan tepian sungai di sana sangat cantik dipenuhi dengan kelipan kelip-kelip umpama pokok krismas yang dihiasi lampu. Pokok berembang yang ada di sepanjang sungai ini menjadi tumpuan kelip-kelip . Kelip-kelip hanya boleh dilihat pada waktu malam sahaja, waktu siang mereka akan masuk ke hutan. Kelip-kelip jantan akan berkelip 3 kali sesaat manakala betina hanya berkelip 1 kelipan dalam 1 saat. Kelipan jantan ini bagi menarik kelip-kelip betina. Ingatkan nak buat balik sekor dua tapi kata pakcik tu, tindakan undanga-undang akan dikenakan kepada sesiapa yang menyeludup kelip-kelip disana. Kiranya kelip-kelip di sana dijaga dan dipelihara dengan baik supaya tidak pupus.
Kuantiti kelip-kelip yang boleh dilihat bergantung kepada cahaya bulan dan kelajuan angin. Kalau cahaya bulan tak banyak dan angin malam tak kencang, korang akan dapat tengok banyak kelip-kelip. Macam Sarah hari tu, memang banyak kelip-kelip dan sangat cantik. Lagi-lagi ditambah dengan kelipan bintang dilangit. Sangat indah!
Untuk apa-apa informasi mengenai tempat nie, korang boleh rujuk Kat Sini. Tak rugi datang menikmati malam bersama kelip kelip di sana.
Bersambung.... (part 3 akan datang)
Untuk apa-apa informasi mengenai tempat nie, korang boleh rujuk Kat Sini. Tak rugi datang menikmati malam bersama kelip kelip di sana.
Bersambung.... (part 3 akan datang)
aku dtg tempat ni kononnya nak amik gmbr, sekali semua gambar x dpt tangkap sbb terlalu gelap... SLR tak dpt detect subjek...kui3..
ReplyDeletetpi kalau g honeymoon kt sini pon best jugak, siyes, memang romantik naek smpan gelap2 ditemani pendayung smpan dan kelip2...keh3..
a'ah..betul. Gambar kelip-kelip xnampk bila ambik ngan kamera. memang best. Romantik gitu
DeleteWaa..macam menarik je tempat ni kan..boleh berbulan madu tak kat sini?
ReplyDeleteterbaek... cantik gak tmpt ni
ReplyDeletepeh macam dala movie pulak.gambar yang banyak keli2 tu...
ReplyDeleteAssalamualaikum sara. bestnya! confius pula, ni dekat Kuantan ke Selangor? hehehhe
ReplyDeleteSelangor klau x silap~
Deletepergh mcm best ja..nk wat trip ke sini lah...
ReplyDeleteseronoknya makan angin ~ jeless XD
ReplyDeletesebenarnya ke sana bukan untk makan angin, tapi nak kaji ekosistem kelip2 nie.. tp 2 dalam 1 la kan, smbil makan angin sekali..hehehe..niena pun boleh ke sana
Delete