Klik! Check Alexa Ranking Dengan Mudah

,Wednesday, February 20, 2013 | 12 Comment


Klik! Satu klik sahaja anda sudah boleh tahu alexa ranking untuk sesuatu blog ataupun website tersebut. Sebelum bercakap dengan lebih lanjut, anda tahu apa itu alexa ranking yang selalu disebut-sebut golongan blogger bijak seo? Alexa Rank adalah sistem ranking untuk website diseluruh dunia yang dibangunkan oleh Alexa.com. Ia membantu mengira traffic dan pageviews di blog anda dan seterusnya menetapkan ranking untuk blog tersebut. Bagi blog yang baru, alexa rank anda adalah sangat tinggi iaitu sehingga berjuta-juta nilainya. Namun demikian, jika anda mengekalkan traffic ke blog secara konsisten, maka alexa rank tersebut akan meningkat dengan konsisten juga. Perlu diketahui, semakin rendah nilai Alexa Rank sesuatu blog itu, semakin tinggi dan konsisten aliran trafik ke blog tersebut. Semua blogger perlu tahu tentang hal ini terutamanya jika anda ingin membuat pendapatan sampingan dari blog anda.

Menurut www.jamaluddin.net lagi, Alexa rank dikira berdasarkan jumlah traffic ke blog anda sama ada jumlah unique visitors mahupun jumlah pageviews. Ia berdasarkan gabungan diantara  ranking jumlah visitors dan jumlah pageviews untuk tempoh sebulan dan 3 bulan. Ranking alexa terbahagi kepada dua iaitu ranking peringkat global yang mana jumlah trafik pengguna internet seluruh dunia ke blog anda dan juga ranking peringkat local iaitu trafik yang diperolehi dari dalam negara sendiri.

Alexa juga akan memaparkan keyword carian dari search engine yang paling banyak membawa pembaca ke blog kita. Dan ini secara tidak langsung dapat membantu kita dalam menghasilkan entry/post yang mesra SEO dikemudian hari.

Kebiasaanya blogger sering ke http://www.alexa.com/ untuk mengetahui Alexa ranking sesuatu website itu sendiri. Kadang kala ia sangat melecehkan. Hari ini, Sarah mahu berkongsi satu cara yang boleh anda lakukan bagi memudahkan anda menyemak Alexa ranking blog anda, website serta blog-blog lain dengan begitu mudah sekali. 
Pertama, anda perlu ke website Alexa dan klik pada toolbar

Untuk pengguna browser Google Crome, anda boleh install Alexa Extention dengan menekan pada butang hijau (1), bagi browser  Firefox atau Internet Explorer, klik pada pilihan kedua.


Install dengan klik pada Add to Chrome jika menggunakan browser Crome. Siap!

Dengan adanya Alexa Extention pada browser anda, maka mudahlah untuk anda menyemak alexa ranking mana-mana website dengan hanya satu klik sahaja. Dengan itu, mudahlah anda untuk mengenalpasri webssite yang mempunyai Alexa Ranking yang bagus.



Bukan itu sahaja, senarai hasil carian juga memaparkan ranking Alexa. 




P/s : Anda? Ahaks, ayat skema. n_n

12 comments:

  1. dulu masa zaman kejar rank ni akak ada letak toolbar alexa.sekarang tak dah.tak sanggup nak tengok..ekekekk

    ReplyDelete
  2. ena nak letak ritu, tapi hahaha segan la nak paparkan ranking kita... XD

    ReplyDelete
  3. Hai.. done singgah n follow d sini.. sudi2 lea follow mine back yea.. =) tQ.. senyum selalu.. =)

    http://tengkubutang.blogspot.com/

    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. da buat dan result alexa cinonet je..huhuhu

    ReplyDelete
  5. admin tolong baca artikel ini & soory sebab aku tak tau hehehehehe

    Elak Blacklisted Tolong Jangan Letak Link Di Comments Blogspot - Tips SEO Terbaik

    ReplyDelete
  6. ala..luqman ade jgk try letak,,hehe

    ReplyDelete
  7. dah letak lama..hehe..skema pun bole

    ReplyDelete
  8. Dulu masa rajin update blog dan cuba main SEO, selalu jenguk Alexa rank nie. Tapi sekarang, sedih bila tengok. Tinggi benor ranknya. :D

    ReplyDelete
  9. penting kot benda ni, baru kita boleh nilai blog kita dah berada di tahap yang mana, sekarang ni lagi mudah dah ada extension tak payah beria-ria nak buka alexa.com kan dah jimat bandwith.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye..terima kasih memahami isi kandungan entri ini.

      Delete
  10. elexa.com nie adalah cara kita nak tahu kedudukan ranking blog atau sesuatu wesite di enjin carian di google... tp sebenarnya banyak perkara lain yang dinilai..kerana ranking ini sentiasa berubah macam saya punya blog dulu terkenal dengan keyword "ashabul kahfi" sekarang dah tukar lain pulak...pape yg penting sebagai blogger yang ada kreadibiliti dah dipercayai mestilah yang utamanya :
    1-Entry ada original
    2-Blog kena ada link exchange atau pautan link2 yang berkaitan
    3-Niche blog contoh agama ke,hiburan,atau peribadi...atau tutorial
    4-kandungan entry berkenaan dengan carian google contoh...kalu carian siti nurhaliza , guna keyword siti nurhaliza tp entry x berkenaan, hanya keyword aje...nanti google anggap sesuatu blog itu dah spam...
    5. banyak lagi...ini hanya sebahagian sahaja k...

    mselim3

    pls : Kalu sudi visit me k....http://mselim3.blogspot.com

    ReplyDelete

Jangan letak link tersembunyi di ruangan komen ini. Terima Kasih dan datang lagi ye

 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013