Field Trip Part3: Taman Alam Kuala Selangor

,Friday, February 08, 2013 | 9 Comment

Field Trip part 3 lah pulak dan nie adalah last part untuk field trip ke Kuala Selangor. Kalau belum baca part sebelum nie, boleh baca Part 1 dan Part 2. Taman Alam Kuala Selangor terletak berdekatan dengan Bukit Malawati yang Sarah ceritakan dalam Part 1 hari tu. Kalau inginkan percutian bersama flora dan fauna boleh lah ke sini. Bayaran masuk hanya Rm 4 sahaja. 
Taman Alam Kuala Selangor telah dibuka pada tahun 1987. Berkeluasan 296 hektar yang terbahagi kepada 2 bahagian utama, iaitu seluas 201 hektar meliputi Hutan Hujan Tropika dan selebihnya merupakan Hutan Paya Bakau. Taman ini dibawah pengurusan Persatuan Pencinta Alam Malaysia. Oleh sebab itu keindahan alam semulajadinya terus kekal tanpa sebarang gangguan yang boleh merosakkan habitat yang menjadi penghuni setia di sana. Serius cantik pemandangan di sana.

Pemandangan cantik kat sana

Taman Alam berkonsepkan Taman Burung , dimana pelancong boleh melihat sendiri pelbagai jenis spesis burung yang hidup liar. Habitat burung ini sering dijadikan bahan kajian oleh para saintis dan para pelancong yang meminatinya. Bukan sahaja melihat pelbagaia jenis burung, banyak perkara yang boleh kita lihat di sana. Antaranya kita boleh meninjau hutan payau bakau di sana.  Hutan paya bakau disana berkeluasan 95 hektar. Hutan paya bakau di sana bukan sahaja berfungsi sebagai pengekal ekosistem malah turut menjadi habitat semulajadi kepada berbagai jenis haiwan liar di taman tersebut.

Ikan belacak.
Monyet, Lotong dan kera pun ada di sana. Secara umumnya terdapat dua jenis spesis yang terkenal yang senang dapat dilihat di sana iaitu ‘Makonka' dan ‘Long Tail Silver Leaf' . Walaupun haiwan ini adalah dari keluarga yang sama namun ia mempunyai sifat berbeza. Kera bersifat ganas dan suka menghidu. Terdapat beratus-ratus ekor kera ditaman ini . Korang akan dapat menyaksikan gelagat mereka yang hidup liar. Manakala lotong pula merupakan haiwan yang jinak . Anak-anak lotong berwarna ‘oren'. Haiwan-haiwan ini hidup dengan bebas dengan memakan pucuk-pucuk kayu dan buah-buahan hutan yang terdapat disekitarnya.
Silver Leaf Monkey
Orite, maka tamatlah cerita bersiri Field Trip ke Kuala Selangor. Walaupun bukan ke sana untuk bercuti dan makan angin, tapi ternyata buat kajian kat sana sangat menyeronokkan. Jadi, buat korang yang ingin bersantai bersama flora dan fauna, Sarah syorkan korang ke Kuala Selangor. Tak payah pergi jauh-jauh.

P/s : tak sempat buat entri panjang-panjang.. n_n

9 comments:

  1. Assalamualaikum, bestnya buat kajian. hehe

    ReplyDelete
  2. yg ni dekat dengan taman kelip2 tuh ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang nie dekat ngan tmpat tengok monyet, kat bukit malawati.. tempat kelip2 tu jauh sikit

      Delete
  3. mcm best ja tmpt ni...klo g rmai2 meriah jga ni..

    ReplyDelete
  4. ikan belacak tu memang tinggal dalam lumpur ehh..
    x boleh makan kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikan belacak biasa org buat minyak..xtau la, sebab dia duk dua alam kan..=)

      Delete
  5. urghhh fobianyaaa ngan kera tu... hurmm.. apapun, bestnyaaa tengok suasana kat Taman Alam tu.. wahhhhhh teringin nk pergi...

    ReplyDelete
  6. Kajian flora dan fauna....

    ReplyDelete

Jangan letak link tersembunyi di ruangan komen ini. Terima Kasih dan datang lagi ye

 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013