Mask Untuk Menghilangkan Blackhead & Whitehead

,Tuesday, March 05, 2013 | 22 Comment


Shiseido Blackhead Removal Mask ini dibuat di Tokyo, Jepun .Aku tak lepaskan peluang untuk cuba guna mask nie. Lagipun harganya murah sahaja. Boleh dapat dalam harga Rm1.80 -Rm2.50 satu bergantung kepada peniaga yang menjualnya. Blackhead & Whitehead Shiseido Blackhead Remover Mask sangat  berfungsi untuk membersihkan dan menanggalkan sel kulit mati, blackheads dan whiteheads, mengecilkan pori-pori, memutihkan dan mencerahkan kulit muka. 


Jangan pandang kualiti pada kehitaman nya. Mask ini berbentuk cecair yang likat serta melekit. Hanya perlu tempekkan di muka dan biarkan ia kering. Aku suka bau dia, lembut sahaja. Kalau diikutkan procedure yang telah di suggestkan, cara penggunaannya :
1) Cuci muka terlebih dahulu seperti biasa 
2) Steam atau wapkan muka dengan air panas agar pori2 terbuka lebih kurang 5 minit. (tidak diwajibkan, kalau rajin buat la yer..
3) Sapukan masker di muka anda, terutama bahagian yg diinginkan seperti hidung atau di kawasan yang byk blackhead dan whitehead. (Jauhkan dari terkena pada kening, bibir dan kawasan mata)
4) Boleh gunakan dangan jari. Kalau pakai jari lebih mudah untuk disapu supaya lebih rata di muka 
5) Biarkan selama lebih kurang 30 minit hingga masker benar2 kering  dan keras.
6) Cabut masker perlahan dari bawah ke arah atas wajah anda dan anda akan lihat sendiri blackhead dan whitehead melekat di mask.
7) Bersihkan wajah dengan air dingin agar pori-pori tertutup dengan sempurna.Dapat digunakan 2 hingga 3 kali dalam seminggu. Jika hanya digunakan untuk daerah hidung, 1 sachet dapat digunakan untuk 2 kali penggunaan. Simpan baki masker yang belum digunakan dalam bekas bertutup.

Tapi memandangkan sedikit malas, aku tak buat pun step nombor 2 tu. Terus pakai dan biarkan ia dimuka. Rasa sejuk je. Lagipun, satu paket boleh pakai 2 hingga 3 kali. Kalau pakai kat bahagian hidung je boleh bertahan 5 kali . Jimat! Keberkesanan mask ini kita boleh lihat selepas kita cabut mask tadi setelah kering. Strappppp! Hati-hati sebab rasa pedih sikit semasa nak mencabut tu.. 
Gambar nie mungkin terover sikit sebab takde lah sampai boleh nampak macam tu sekali. Sebab yang aku punya nampak samar-samar je blackhead dan whitehead yang keluar. Mungkin aku tak buat step nombor 2 tadi.Tapi memang best pakai benda nie. sebab boleh menghilangkan kita punya blackhead yang ada kat hidung tu. 

Kalau korang belum pernah cuba lagi bolehlah order kat facebook 1,  Miz Hann ataupun Si Gadis Pelangi. Kalau rajin cuba godek-godek kat FB sebab rasanya ramai yang jual mask nie. Sarah pun baru nak start berniaga benda nie. Ada sesiapa nak? Tapi stok belum sampai lagi. hehe



22 comments:

  1. nak jugak try bnde ni tp takot2 tak sesuai ngan kulit paly, huhu

    ReplyDelete
  2. eh...sara jual ke mende nie??lau jual t..gtao akak ek..akak nk try gak :)

    ReplyDelete
  3. zam pnh pki yang bioglo .. best je rs ms cabut mask yg kering tu

    ReplyDelete
  4. Sarahhhh thanks bagi link kat mana nak dapatkan benda ni. Whitehead dekat hidung ni teruk lahh T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama. Ramai je peniaga online yg jual nie.. kalau google mesti jumpe

      Delete
  5. berseri2 lepas pakai mask tu..menegangkan kulit

    ReplyDelete
  6. die mcm charcoal mask yg daiso tuh an...

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah.. pernah dengar mask tuh..hampir sama rasanya.

      Delete
  7. Lelaki blh guna jg ka? Cm nak test la,
    baby face gtu urg bilang, heheheee :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh..laki pompuan semua boleh pakai. try lah, best taw

      Delete
  8. Rasa cam nak mencuba la pulak. Nanti kalau sampai stock story la sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah bila stok sampai nanti..hehe..payment pun belum bayar sebenarnya.kih3

      Delete
  9. iskkkkk menarik lah plak.....

    kalo yg bermasaalah jerawat mcm akak ni camana dik? boleh ke guna ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh2 akak..lagipun ia sesuai untuk kulit sensitif jugak.

      Delete
  10. belum pernah cuba ni... bagus ke?

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum sara, sheila pun nak cuba ni gak hehehe

    ReplyDelete
  12. berkesan ke? ada jaminan dari dokterrr? hehe

    - Admins Blog 3 Dalam 1

    Berita Terkini Pencerobohan Lahad Datu, Perkembangan Militan Di Lahad Datu - Kisah Seluruh Dunia

    http://blog3dalam1.blogspot.com/

    ReplyDelete

Jangan letak link tersembunyi di ruangan komen ini. Terima Kasih dan datang lagi ye

 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013