Apa Berita Lahad Datu 6 Mac 2013?

,Wednesday, March 06, 2013 | 3 Comment

Berita di Lahad Datu pasti ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia. Gelisah, takut dan marah. Semua bercampur aduk apabila tanah negeri Sabah cuba diusik. Berikut adalah laporan Terkini Krisis Pencerobohan Di Lahad Datu, Sabah

7.30 ptg - Seorang wartawan tercedera semasa operasi mengejar dan menahan pengganas oleh pasukan Paskal. Tindakan anggota keselamatan menahan seorang pemandu bot di pantai berhampiran Felda Residence Sahabat, dekat sini menarik perhatian media yang berada di kawasan tetersebut.Bot yang dinaiki seorang lelaki ditahan pihak keselamatan yang mengawal perairan di sekitar Kampung Tanduo. Aksi penahanan tersebut ternyata menarik minat pihak media yang bertindak menyerbu ke arah perairan pantai. Namun begitu, malang buat salah seorang daripada kumpulan media itu apabila jurugambar tersebut jatuh ketika berlari bagi merakam aksi yang jarang diperoleh itu. Jurugambar tersebut difahamkan terkehel di bahagian lutut dan menerima bantuan perubatan daripada pihak pengurusan Felda Residence Sahabat. - UTUSAN

7.10 ptg - Pasukan keselamatan yakin masih ada saki baki pengganas di Kg Tanduo. Operasi diperluas hingga ke Kampung Tanjung Batu - Panglima Angkatan Tentera.
- Operasi penggeledahan diteruskan untuk mencari senjata yang dipercayai ditanam di Kampung Tanduo - Panglima Angkatan Tentera

6.50 ptg - KPN mengesahkan beberapa pengganas berjaya ditembak mati di 3 lokasi tembak menembak di sekitar Tanjung Batu (kejadian kira-kira pd jam 4.15 ptg) Jumlah kematian belum dapat disahkan.

6.25 ptg - Tidak ada sebarang laporan diterima berhubung dakwaan rakyat Malaysia ditawan penceroboh - KPN

6.00 ptg - Pusat Media di Felda Residence Gempar apabila sebuah bot cuba mendarat di pantai berdekatan (kira-kira jam 3.30 ptg) - Susulan itu, pasukan paskal mengejar dan berjaya menahan 2 individu lelaki yang berada dalam bot berkenaan

4.50 ptg - Gambar kubur penceroboh yang ditunjukkan oleh Zahid kepada media. Menteri Pertahanan Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi Dalam Sidang Media Sebentar tadi Menunjukan Sebahagian Gambar Pengganas Bersenjata yang mati dalam Ops Daulat yang bermula 7 Pagi Semalam.
-Kredit Photo NST
13 Mayat ditemui. Sembilan daripada 13 mayat pengganas ditemui dalam sebuah liang kubur yang ditutup dengan kepingan papan.



4.35 ptg - Lagi Gambar Suspek yang ditangkap di Semporna


  
4.25 ptg - Sidang Media DS Hishamudin dan Zahid Hamidi
-13 Mayat Penceroboh ditemui ketika ini
-CID dan Forensik Menemui Kubur 7 Penceroboh
-Pasukan Forensik diserang ketika membuat pemeriksaan dan pengesahan kubur dan mayat penceroboh kira-kira jam 1.45 ptg
-Anggota keselamatan menemui sejumlah senjata yang digunakan penceroboh)
-Tiada Anggota Keselamatan yang tercedera pada Ops Daulat Hari Kedua
-Kedua-dua Menteri Menekankan bahawa orang ramai perlu yakin dan mempercayai kemampuan anggota keselamatan dari PDRM dan ATM
-Pengamal media sosial khususnya perlu lebih bertanggungjawab dan menghormati anggota keselamatan serta keluarga-keluarga wira yang terkorban
-Gambar-gambar di lokasi serangan dipertontonkan kepada media

 


3.40 ptg - Kawalan Di Felda Sahabat

3.30 ptg - Anggota Keselamatan memulakan operasi menggeledah rumah ke rumah di Kg. Tanjung Batu. bagi memburu pengganas.

3.05 ptg - Suspek yang ditahan juga memiliki syabu
Polis menahan empat lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh yang terlibat dalam kejadian serangan hendap di Kampung Sri Jaya Simunul, di sini, Sabtu lepas. Empat lelaki yang ditahan dalam operasi khas oleh sekumpulan anggota polis dari jabatan cawangan jenayah berat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah itu berusia dalam lingkungan 20-an hingga 50-an. Menurut polis, operasi yang dijalankan di Jalan Lapangan Terbang, kira-kira lima kilometer dari Pekan Semporna, bertujuan menangkap penceroboh yang didakwa menyamar sebagai penduduk kampung di beberapa kawasan di Semporna.
Operasi itu bermula pada pukul 12 tengah hari dan berakhir 1.15 tengah hari. dua rumah diperiksa dan polis berjaya menahan dua lelaki di rumah itu manakala seorang lelaki ditahan ketika keluar dari belukar dan seorang lagi ditahan dalam pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan yang mencurigakan.


3.00 ptg - 4 Suspek Penceroboh Ditahan Jalan Lapangan Terbang 5 KM Dari Pekan Semporna Dalam Operasi Khas jam 12 Tengahari tadi.

1.45 tengah hari- pasukan forensik kita diserang kumpulan penceroboh ketika menjalankan siasatan di kawasan kubur di mana mayat anggota mereka ditanam di kawasan kampung itu," kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengesahkan tiada anggota pasukan keselamatan yang cedera.


3 comments:

  1. banyak nye information... seriusly, better baca bende ini... daripada duk baca berita yang dipolitikkan... asyik tahu nak salahkan orang lain jer.... ermmm....

    ReplyDelete
  2. Isk... betul ke nie ??? apa pon tahniah atas info ni.
    . saya hargai penulisan awak.

    Also visit my web page ... Facebook Robot

    ReplyDelete

Jangan letak link tersembunyi di ruangan komen ini. Terima Kasih dan datang lagi ye

 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013