Di India kanak-kanak perempuan dianggap beban kerana tradisi perkahwinan mereka yang memerlukan wang hantaran besar oleh pihak perempuan diberi kepada pihak lelaki.
Hal tersebut menyebabkan banyak kematian kanak-kanak perempuan di negara itu dek kerana keluarga tidak mahu terbeban apabila kanak-kanak itu dewasa nanti. Di samping itu, ada juga masyarakat yang mempercayai kepercayaan karut. Hal ini kerana keadaan merekamiskin dan buta huruf menyebabkan mereka menerima kepercayaan itu supaya jauh dari nasib buruk.
Harian Metro melaporkan seorang bapa cuba menanam anak perempuannya hidup-hidup namun berjaya diselamatkan apabila seorang pekerja di tanah perkuburan menyedari perbuatannya itu.
Dipetik dari myMetro:
Dinesh Kumar, bapa Radhika dan adiknya mendakwa seorang guru agama mengarahkan mereka melakukan perbuatan itu sebagai usaha mengelak nasib malang keluarga itu selepas anak mereka meninggal dunia akibat sakit, tahun lalu.
Radhika, kini berusia dua bulan, dirawat di hospital kerana kekurangan air dan zat.
Dalam kes yang mungkin menjadi kes ketiga bulan lalu, seorang wartawan mengatakan ia berlaku kerana kemiskinan dan buta huruf, menjadikan orang ramai percaya kepada kepercayaan karut.
Ibu Radhika, Bharati Rani, menafikan terlibat dalam kejadian itu dan berkata: “Beritahu saya ibu mana yang sanggup membunuh anaknya sendiri?”Penjaga kubur, Sriram Kore berkata: “Anda lihat sendiri bukti kubur digali.”
Katanya bapa dan bapa saudara Radhika menggali kubur itu dan membuat upacara keagamaan.
“Mereka membawa bungkusan kecil, bayi perempuan yang sudah mati dan mahu menanamnya. Tapi, saya dapat lihat dia masih hidup, jadi saya cepat-cepat menelefon polis,” katanya.
Setakat ini, polis masih belum menjejaki guru agama yang terlibat.
* berbeza pulak kat negara kita, banyak lagi kes bunuh bayi tak kira laki ke perempuan.
Gamak depa kan...ermmm..=(
ReplyDeleteaiyoo.. mcm2 :(
ReplyDeletekesian :(
ReplyDeleteKesian~ baby tu xbersalah :(
ReplyDelete