Kahwin Tapi Dengan Siapa??

,Sunday, May 13, 2012 | Comment


Di Ulu Baram, sebuah suku kaum Penan masih mengamalkan perkahwinan sesama ahli keluarga termasuk anak dengan ibu, anak dengan bapa atau abang dengan adik.

Menurut harian Metro, mereka mendapati  kira-kira 15 keluarga yang mendiami kawasan itu secara berpindah-randah walaupun disediakan rumah panjang, mempunyai pertalian darah, malah 10 pasangan berkahwin dengan darah daging sendiri.


Hal ini menyebabkan  kebanyakan remaja dan kanak-kanak di situ tidak memiliki kad pengenalan kerana mereka biasanya tidak mendaftarkan kelahiran hasil perkahwinan cacamarba itu, selain tidak sempat ke klinik.

Jika dahulu, masyarakat tempatan memandang hal ini sebagai perkara biasa kerana mereka yang hidup nomad dalam jumlah komuniti kecil menyebabkan mereka tidak banyak pilihan untuk mencari pasangan hidup, namun ia adalah perbuatan yang pelik bagi masyarakat luar.

SEIRAS... pasangan muda yang mendakwa suami isteri.


Sumber : myMetro


* Begitulah yang berlaku di negara kita sendiri. Kes yang berlaku di Indonesia pula hampir sama dengan kes di atas.  


Pengakuan seorang ibu yang sanggup berkahwin dengan anak lelakinya menggemparkan Indonesia dan negara-negara jiran lain. Pengakuan itu dirakam di progran d'show di negara itu.

Indon Sengal - Mak Kahwin Anak Kandung Sendiri

Para penonton yang menghadiri d'show itu juga ada kalanya bersorak dan bergelak seperti hal yang dibincangkan itu adalah perkara yang remeh.

Saya mendapati  anak lelakinya itu seperti dipaksa oleh ibunya dan dia juga ada menyatakan yang dia terpaksa, jika tidak ibunya akan menghalaunya.

Si Ibu itu pula menyatakan dia tidak malu kerana dia hanya berzina dengan anaknya bukan dengan orang lain.

* Harap benda jijik macam nie tak berlaku la di negara kita sebab hal macam nie la yang boleh membawa kepada bencana, Sesungguhnya hal nie benar-benar serius dan boleh membawa kepada kemurkaan Allah S.W.T.


No comments:

Post a Comment

Jangan letak link tersembunyi di ruangan komen ini. Terima Kasih dan datang lagi ye

 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013