Kisah Seram Kat Hostel

,Wednesday, May 16, 2012 | Comment
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Nak tanya nie, siape yang pernah ditindih hantu? Mesti time tindih tu rase tak dapat gerakkan badan and rase berat macam dihempap sesuatu yang berat kan? Tapi, wujudkah situasi ditindih hantu macam nie sebenarnya atau hanya khayalan kita semata-mata?

Sarah pernah mengalami sendiri, setakat nie dah 2 kali. Masa kali kedua la yang paling seram yang pernah Sarah rasa. Kejadian nie berlaku pada 15 Mei, baru lagi la. Tapi yang peliknya waktu tu pukul 2 petang. Macam tak lojik kan? Masa tu tertido kat ruang tamu rumah sarah nie lepas update blog. Sarah rase pelik bila tetiba badan tak dapat nak gerak. Hati dah tak sedap. Sarah cuba lagi nak gerakkan kaki. Tak dapat. Dan menjerit, suara tak keluar. Badan pulak terasa berat. Sarah cuba baca Ayat Kursi (dalam hati), tapi macam berterabur. Tiba-tiba terdengar pulak satu suara, tengah gelak2 kecik. Suara perempuan tak silap. First time dengar, memang meremang bulu roma. Setelah cuba lepaskan diri, Al Hamdulillah, Sarah dapat gerakkan kaki. Lantas anggota badan lain terasa ringan.

 Kat hostel dulu, kawan-kawan Sarah selalu mengadu cakap diorang kene tindih. Masa tu Sarah tak tau macam mana rase kene tindih tu pasal tak pernah kene. Bukan aktiviti tindih menindih je berlaku, Sarah pernah kena usik jugak tapi yang ringan-ringan je la. Kadang-kadang bile waktu malam bende tu main telinga Sarah. Geli la jugak tapi jangan dilayan sangat perasaan takut tu.

Pernah terjadi masa form 5 dulu, kejadian yang berlaku masa kat asrama jugak. Kawan Sarah, Fatin terbangun dari tidur selepas ditindih hantu. Masa tu dalam pukul 3 kot. Die tak dapat nak lelapkan mata  selepas kena tindih, so die kejutla kawan sebelah dia nie, Eya..Nak hilangkan ketakutan Fatin, Eya bagi la tido sebelah dia. Tiba-tiba Fatin dengar suara Atirah (dorm mate kitorang) sedang bercakap-cakap macam tengah gayut ngan pakwe. Fatin tak tau dari mana datang nye keberanian dan terus berjalan ke arah katil Atirah yang terletak di barisan paling hadapan sebab setiap 2 katil pelajar di pisahkan dengan dinding.
Fatin sampai kat katil Atirah dan tengok Atirah tengah tido! Die jadi menggigil bila tau yang suara yang dia dengar tadi bukan suara orang pasal semua pelajar dah tido masa tu. Die lantas berlari kearah katil Eya dan cuba lelapkan mata.

Eya : Ko pegi mana tadi?
Fatin : Esok aku cite. Eya, aku takut nie.
Eya : Relax fatin.. bace ayat Kursi...

Sambil baca ayat Kursi, diorang pegang tangan. Tangan Fatin still menggigil. Eya dapat rasakan yang Fatin benar-benar takut.

fatin: Eya, macam mana nie, aku tak dapat tido..
Eya : aku ade Fatin.. cuba tido..

Dalam mereka bercakap-cakap (tp mata pejam), tiba-tiba dengar satu isyarat
SHHHHHH.......
Bunyi seperti orang bagi isyarat diam..
dekat je kat telinga diorang.

Pegangan tangan dua gadis tadi jadi semakin kuat. Mereka tak tido lepas tu sebab terlalu takut. 
Lepas kejadian tu, bila Fatin tak boleh tido je, dia tidur sebelah aku. Aku tak kisah pasal aku pun penakut jugak sebenarnya.Tapi, tak pelik la gangguan2 macam nie berlaku kat hostel. Histeria dah jadi perkara biasa.


Something wrong with this picture,, find out what is it!


P/s : Rase skema pulak dalam post nie..

No comments:

Post a Comment

Jangan letak link tersembunyi di ruangan komen ini. Terima Kasih dan datang lagi ye

 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013