Biodata Contest By Nurra

,Thursday, May 17, 2012 | 2 Comment

Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia

contest
Nak join? tekan banner

Hari nie mood yang baik. So, nak join la satu contest yang senang nie. Contest nie dianjurkan oleh Nurul Atikah. 

Bagi join contest, kene perkenalkan diri dengan menyertakan biodata masing-masing.. Ala, macam first time masuk  kelas...Ok, nama pemilik blog nie ialah Nurmaisarah binti Azmi. Berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang, iaitu negeri Kelantan. Sarah sekarang nie belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim Perak dalam jurusan Diploma Sains. Umur 19 tahun (muda lagi)

Hobi Sarah ialah join contest. hehehe. Kalau yang serius nye Sarah suka melancong. Tapi tak banyak tempat lagi yang Sarah dah pergi. Tapi Sarah memang suka jalan-jalan kat negeri orang sebab dapat tengok pemandangan dan budaya yang berlainan dari tempat kita sendiri.

Cita-cita Sarah pulak? Kalau orang tanya Sarah akan jawab nak jadi cikgu pasal sekarang dah duk UPSI kan, senang la sikit. Tapi disudut hati sebenarnya nak jadi usahawan..=P
Sarah bercita-cita nak bukak business sendiri dan nak buat satu perniagaan yang dapat membantu golongan yang menganggur serta berangan nak pasarkan produk Sarah kat negara-negara lain. Nak tahu business ape? Sarah ingat nak buat business makanan, coklat mungkin.
Ok, tu hanyalah angan-angan Sarah la, tapi angan-angan itu boleh jadi realiti kan?

Gambar hiasan. Tak tau nak letak gambar ape.. hehe

Family Sarah pulak. Sarah anak sulung dari 5 orang adik beradik. Kalau kat rumah diorang panggil Sarah "Kak"..Kawan-kawan pulak majorotinya panggil Sarah. Tapi ada je yang panggil Mai.. Sebenarnya tak kisah panggil Sarah ke, Mai ke, President ke. 

Itu aje la kot.. Sebarang pertanyaan boleh diutarakan. Hahaha.. Mane tau ada orang nak tanya single lagi ke.=P
Lupa pulak, slogan satu lagi...

Menutup aurat itu indah kerana aurat yang halal cuma untuk yang berhak. Jika tidak dijaga auratnya maka tidak ada istimewa orang yang berhak itu. Sesungguhnya Allah suka pada keindahan. Jadi, jagalah aurat anda.

Nak tag 3 orang nie : 


P/s : contest ini akan berlangsung 14 Mei hingga 25 Mei 2012

2 comments:

  1. thanks a lot tag sy..tapi maaf sy xdan nak join..huhu good luck ye..semoga berjaya =)

    ReplyDelete

Jangan letak link tersembunyi di ruangan komen ini. Terima Kasih dan datang lagi ye

 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013