Ada Apa Dengan 10 Oktober?

,Wednesday, May 23, 2012 | 6 Comment

Ada apa dengan UPSI pada 10 Oktober? Sebelum apa-apa, mari kita selidiki mengenai sejarah Upsi dan misteri-misteri yang orang selalu cakap. Maklumlah, Upsi kan antara universiti tertua malah bangunan lama-lama a.k.a menyeramkan masih ada lagi. Upsi berkembang dari sebuah kolej ke universiti dan melalui tiga era iaitu era SITC (1922-1957), era SPMI (1957-1987), era (1987-1997). Pada 1 Mei 1997 barulah dikenali sebagai sebagai Upsi. Korang mesti boring kan nak baca fakta macam nie.. ?

Berbalik kepada cerita seram tadi, dulu masa awal-awal penubuhan, Upsi nie hanya terima pelajar lelaki je.
Dan pada suatu ketika, pelajar perempuan telah diterima menjadi penentut disitu.
Dikatakan, ada la satu pelajar perempuan yang cantik menjadi rebutan ramai tapi dia telah memilih seorang lelaki untuk dijadikan kekasih hatinya. Dan dikhabarkan perempuan itu mengandung.
Tapi... lelaki tu tak nak bertanggungjawab. Maka, perempuan itu telah membunuh diri.
Itulah yang menjadi buah mulut orang ramai yang pernah Sarah dengar. Tapi tak tau kebenarannya jugak. Dikatakan, masa tu Tadahan Utara sebagai asrama lelaki. Tadahan Selatan sebagai asrama perempuan. Sekarang nie kedua-dua tadahan dibuat sebagai tempat belajar.

Tapi, dalam aku duk cari-cari info pasal misteri nie, cerita yang agak berlainan plak dapat.



Tragedi oktober.....
Lecturer kitorang pernah cerita, pada satu tarikh dalam bulan oktober (tak ingat exactly, harap ada forumer sudi bagi info) tiada aktiviti dalam kampus UPSI...kerana pada tarikh itu adalah ulangtahun satu peristiwa bunuh diri.....
Kisahnya menurut beliau: seorang siswi telah bercinta dengan seorang pemuda. Mereka terlanjur lalu siswi itu mengandung. Tapi, pemuda itu tidak mahu bertanggungjawab.
Siswi itu akhirnya bersalin, tapi oleh kerana malu, dia pun membunuh dirinya sendiri....pemuda itu mengambil bayi itu lalu pergi meninggalkan UPSI....tetapi pada ulangtahun tarikh kematiannya (dalam bulan Oktober), roh siswi itu akan merayau-rayau di UPSI untuk mencari bayinya.
Itu crita lecturer aku la...dan banyak lagi sebenarnya kejadian seram di UPSI....



Tak kisah la yang mana satu betul tapi lebih kurang je ceritanya. Dan ada menyebut tentang tragedi 10 Oktober. Sejauh mana kebenarannya , tak tau la..
Nie ada lagi kisah yang aku dapat



Dipetik dari sebuah forum :
akak pernah mengajar kat upsi dulu tahun 2002 mula...pernah la berpejabat di tadahan selatan ni...pada tahun diadakan konvo yg ahli payung terjun jatuh tembus bumbung tu akak masih di situ...
penah satu ketika, masa akak duk kat pejabat di tadahan selatan ni, sebelah tu ada kelas dan ada sorang lecturer math tengah mengajar, tiba2 sorang anak murid dia histeria...bila azan, dia diam..abis azan, dia jerit2 balik...last2 panggil guard...hantar berubat...lecturer lelaki tu siap tunggu luar, seriau kot...akak pun sama terjengah2 tapi takut sebenarnya...;P

di bilik yg sama, waktu akak nak mulakan kelas...as usual, student akan beberapa orang datang lambat...
tiba2, terdengar orang bagi salam dekat bunyinya kat telinga akak..halus suaranya...akak pun beriya la menganggukkan kepala dan jawab salam itu...yg murid2 akak melihat tengok muka akak dan bertanya nape puan...akak toleh ke belakang akak, dan cakap kat mereka tadi saya dengar ada orang bagi salam, mana orangnya....? students akak senyap semua dgn sendirinya...akak pulak naik bulu roma kat situ...:L

baidewei, toilet kat tadahan selatan tu scary laa...pun terkena gak kat situ...masa akak baru2 masuk kerja situ, dekan akak pesan, kalau dah takde kelas, pukul 6 tu paling la dia kata, dia suh balik....tak yah nak stay2 back bagai kat tadahan tu...:L



Itu, cerita di Tadahan.. Dengar-dengar pulak ada juga cerita seram kat Bangunan Suluh Budiman.


Aku tak pernah masuk pun bangunan nie. Tapi dengar cerita ada la penunggu. Tak tau sejauh mana kebenarannya.
Nie ada satu cerita yang aku dapat.copy paste je erk

Dari sebuah forum:
aritu iols tengah lepak then ada sorang abang ni ceritalah waktu tu dorang g meeting kat dalam bangunan suluh budiman tu, dalam blik meeting tu ada dua lapis pintu,  dia tutup pintu yang mula2 then dia tutup pintu kedua, masa dia tutup pintu kedua tu tiba2 pintu pertama tu bukak balik, dia buat banyak kali then still sama...

yang kedua pula dalam bangunan suluh budiman ni ada satu piano, setiap malam akan dengar piano ni berbunyi sendiri samapai satu tahap dorang terpaksa pindahkan...
.

Dalam bangunan tu macam nie la rupanya,

Cerita lain pulak

masa aku ke UPSI dulu kitorang dibawa oleh MPP UPSI untuk melawat sekitar UPSI. tak silap masa tu lepas asar. kitorang dibawa masuk ke bangunan Suluh Budiman. Kata sorang MPP yg bawak kitorang tu Suluh Budiman ni asalnya gereja, betul ke? Tengok design memang nampak macam gereja, tapi tak kisahlah pasal tu.tengah duk melawat tu, aku dgn 3 org kawan lagi follow sorang MPP ni. dia sporting sket. dia cerita kisah2 yg menakutkan kat Suluh Budiman. orang lain duk merayau kat bawah tapi kitorang dibawa naik ke atas, tempat yg selalu ada gangguan.

seingat aku ada satu patung kepala orang ke apa kat satu sudut. patung tu ada masanya akan berpusing ke arah kita walaupun pada mulanya ia menghadap arah lain. ada lagi tapi aku dah banyak lupa.

tambah MPP tu lagi pernah dia sendiri alami masa nak dekat exam. kalau tak silap Suluh Budiman ni tempat exam kan? sorilah kalau silap, dah tak berapa ingat sangat. katanya, lepas dia siap susun semua kerusi, lepas tu dia naik atas kejap then tiba2 terdengar bunyi kecoh kat bawah. jenguk2....semua meja kerusi dah berterabur.agak dah pukul 6 gitu kitorang disuruh cepat2 keluar dari bangunan tu...takut ada perkara2 x diingini berlaku lak. risau benda tu ngikut kitorang balik ke kampus.



Kalau korang nak dapatkan cerita-cerita seram lagi klik la dekat SINI ERK
Banyak lagi cerita yang Sarah misteri nak share tapi lain kali la erk.Blog nie dah macam blog untuk cerita hantu je.

Buat korang yang nak masuk UPSI jangan la cuak sangat pasal Sarah dah duk situ 2 sem, still okey je. Yang penting jaga tingkah laku dan blejar elok2.. ok itu je.. Terserah nak percaya tak. Lain-lain cerita akan dipost lain kali InsyaAllah...



Jangan lupa klik button donatekat bawah!

6 comments:

  1. salam..seramnya..tapi alhmdulllah dah bljar kt situ hmpir setahun masih ok lagi..tp pernah kena kacau ngan bunyi flash kat e-learning..hihi..sera..

    ReplyDelete
  2. wasalam.. saya pula tak pernah kena kacau masa dalam kuliah tapi pernah alami masa di kolej..

    ReplyDelete
  3. byk nye kisah seram UPSI. meremang bulu roma sy

    ReplyDelete
  4. serem yer...
    phewww....

    salam kenall..done follow u :)

    nati free-free jum la singah blog saya ea..

    http://ceriazaitul.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. tgk dari luar pn tau da haha..

    ReplyDelete
  6. Jgn ckp camtuh.. Upsi ade identiti klasik nye yg tersendiri.sy bekas plajr upsi.setiap tempat sy dah redah.penah lepak kat labry, tempat pljar jatuh bngunan, fakulti muzik dan suluh budiman sampai subuh. Gare2 siapkn keje.kadang2 boring2 saje naik moto ronde2 dlm kampus.bangunan suluh budiman tuh sy penah ukur setiap inci luas dan struktur bangunannye dan bangunkn semula guna autocad.dan hasil design tu biase dipamer di ruang galeri perpustakaan upsi. Pasai tadahan selatan dan utara mmg klasik.. Sy suke lah study kat sane sbb bile kite masuk dlm tuh kite mcm berada dizaman lain. Cume. Pasal rumah NC tu pasukan kami asalnya dikehendaki design sekali rumah tuh. Last minit xjadik. Sbb prog DR.M dibatalkn.. Yg itu gegel kit.. Mmg bile kate batal rase pale otak nih lega sgt2..

    ReplyDelete

Jangan letak link tersembunyi di ruangan komen ini. Terima Kasih dan datang lagi ye

 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013