Semua Tentang Aku

,Wednesday, May 09, 2012 | 8 Comment
Assalamualaikum semua.

Hari nie mood Sarah ok dan nak share sikit rahsia Sarah kepada reader.
Hal ini adalah kerana Sarah takde idea nak tulis ape.
hehehe..ok, Rahsia yang first adalah..
....
...
..
 Aku seorang yang takut pada ketinggian
ade readers yang ada masalah sama tak? memang aku sangat takut ada kat bangunan yang tinggi.
Masa kat sekolah dulu, aku jarang sangat naik tingkat 4 pasal aku rase tempat tu
paling ngeri kat sekolah. Kalau naik pun, memang berpeluh-peluh la,
rase nak merangkak je kat situ. Serius!! sekarang nie pun, time nak naik jejantas la 
paling mencabar. Menggigil! kena ada bodyguard nak naik bende tu.
Kawan-kawan aku yang rapat memang dah paham sangat dengan semangat
aku yang lemah bab-bab tempat tinggi nie. Tapi aku terima la..
Nak buat macam mana kan.

gambar hiasan..sarah amik kat blog fizi..
kraetif kan


Rahsia kedua....
......
...

Mata alah pada matematik.
Ha.. ini ada satu lagi masalah aku. Memang tak paham betul la. Time cikgu atau lecture tengah
mengajar maths je, mata mesti mengantuk je. Subjek lain takpe plak.
hal nie berlaku start masa aku form 1 lagi sampai la sekarang.
time ngantuk, kadang-kadang terlelap terus la. Lepas cikgu ajar, baru la sedar balik. Masa tu baru la kelam kabut. Mula la pusing sana, pusing sini tanya kawan apa yang cikgu ajar tadi.
Nasib baik kawan2 aku tak kedekut ilmu.. 
Teruk betul aku kan? hahaha..

Sekadar gambar hiasan.


Rahsia lain? ada lagi....
...
..
Aku memang suka tengok bola sepak.. Maybe sebab abah aku selalu tengok
maka terjangkit kat anak pompuan dia nie..
Kat kolej pun, kawan-kawan serumah aku asyik kutuk aku je.
"tengok bola lagi, minat betul sarah nie erh"
Aku rela bersesak-sesak kat bawah semata mata nak tengok Malaysia vS indOnesia
hari tu. Masalah nye adalah, aku suka tengok je tapi banyak perkara yang
aku tak taw pasal bola nie. contohnya, bila bola tu dikira offside erk?
aku cube nak tanya tapi segan plak..
sape-sape, tolong la bagitau aku erk... kesian kat aku. hahaha.

Ok, tu je la rahsia aku yang boleh dishare. nak bagitau banyak-banyak turun saham pulak.
Al maklumla rahsia aku banyaknye pasal kelemahan aku je.
Tapi kelemahan yang kita hadapi boleh kite baiki. Insya Allah.

P/s : Maaf la ber 'aku' dalam entri nie..




8 comments:

  1. samala..masa math je ngantuk..tapi paksakan diri fokus sbb ambik admath

    ReplyDelete
  2. ye kan Azzah.. same species kite nie

    ReplyDelete
  3. heheehe...cam same jeekkk,..

    ReplyDelete
  4. masih tak de org yg sudi jawab soalan sarah..

    somebody, jawab la..
    * muke sedihhh

    ReplyDelete
  5. rahsia kena simpan sorang2.haha..ini dah bukan rahsia nie,haahha

    ReplyDelete
  6. pasal nak dapat jwapan pasal bola tu kena jugak luahkan..

    ReplyDelete
  7. sama la kita,suka tengok bola..tapi taktau pun permainan dia mcm mna..janji gol je,bersorak..kehkeh

    ReplyDelete
  8. offside sbb player tu da lbeh kwsn pihak lwn kot..huhu

    ReplyDelete

Jangan letak link tersembunyi di ruangan komen ini. Terima Kasih dan datang lagi ye

 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013