Aku Pun Nak Terbang!

,Tuesday, May 15, 2012 | 6 Comment
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Ok, masa untuk remind balik 2 tahun lalu.. Ye, masa tu umur 17, muda lagi. Tapi bukan soal muda atau tua, ini soal masa sekolah. Pengalaman dan kenangan yang ada masih terpahat dalam ingatan..<---mood jiwang sikit.


Pagi---> Pukul 5.50.
Awal lagi. Masih tak bangun2. Mata berat nak bukak apatah lagi kaki nak melangkah.
Pukul 5.55 pagi. Terdengar suara orang kejut. Biasanya Mia atau Fizah. Bangun, lipat selimut, ambik tuala.
Terus jalan sambil tinjau kawan-kawan lain, semuanya dah lengkap berbaju sekolah, bertudung malah ada yang dah berlepas ke surau. Diorang pandang aku semacam je. Aku buat poyo je. Jalan sampai la kat bilik air. Kosong, dah tak de orang. Ape lagi, aku terus masuk kat bilik air feveret aku.<---bilik air pun ada yang feveret tau. Korang ade?

Pagi----> Pukul 6.10
Nasib dah kemas buku elok2 before tido malam tadi. Iye, skarang masa adalah emas. Sangat2 perlu untuk aku cabut dari dorm yang mempunyai nama hampir sama ngan nama aku. (Siti Maisarah). Macam tak de nama lain kot nak letak. Aku terus jalan + lari2 anak kucing ke pintu dorm. Opps, lampu jangan lupa. Suiz lampu aku tutup lalu dorm yang memuatkan 52 orang itu gelap. Biasenya aku la yang kena tutup pasal aku orang last kluar. Aku berlari-lari lagi, sampai di gate utama Asrama Perempuan MRSM Kuala Terengganu itu. Nampak ada lembaga, bukan 1 tapi 2 tapi aku tak pasti dek kerana pencahayaan yang kurang di kawasan itu.. Dada aku semakin berdebar-debar. Kakiku semakin hampir kearah lembaga itu, hatiku terus tertanya-tanya adakah lembaga itu...... iye..tepat sekali tekaan ku, lembaga itu bukan sebarang lembaga tapi Lembaga Disiplin Pelajar. HUH! Kena lagi aku. Lalu namaku ditanya. "Nur" jawabku pendek. Aku tak menipu, memang namaku Nur kan. hehe. Esok, bila diorang tanya lagi, aku jawab "mai", lusa pulak "sarah".
Nasib baik ada tiga nama, boleh bergilir-gilir. Harap tak de la orang perasan.

Pagi---->Pukul 6.45 
Usai menunaikan solat Subuh dan membaca surah Yassin (walaupun terlelap-lelap), aku merebahkan badanku yang masih diselimuti telekung putih. Lalu, dengan lantasnya mataku tertutup dan ..........
7.00 pagi. "Sara, bangun" satu suara mengejutkanku. Dengan lantas aku bangun dan melipat telekungku.
Mataku masih berpinar-pinar dek tido lepas Subuh. Itu la pasal orang tak bagi tido lepas Subuh kot.
Tapi, aku dah tak de masa nie. Tinggal 5 minit lagi. Aku segera ke Dewan Makan dan aku bernasib baik sebab kakak DS ade lagi. " terima kasih kak" ucapku walaupun muka diorang masam mencuka. Biasa la, keje pagi-pagi mana ade mood nak senyum lagi.

Pagi----->Pukul 7.10
"Assalamualaikum. Semua pelajar dikendaki ke tempat Roll Call sekarang."
Jeritan itu membantutkan selera makanku. Makan tak habis lagi dah jerit-jerit. Omelku dalam hati walaupun tahu itu salah diri sendiri jugak.

Pagi------>Pukul 7.20
Tak ade tanda tanda lagi Roll Call nie nak mula. Biasa la, budak laki tak datang-datang lagi. Kaki aku dah lenguh nak menunggu. Roll Call dimulakan dengan mengalunkan Asma Ul'Husna.
Diikuti dengan ucapan oleh BWP, HEA dan para warden.( ayat skema)
Dan last, aku paling cuak. Laporan Pagi yang dibuat oleh Lembaga berbaju kelabu tu la. 
Seperti biase, jangan buat-buat tak biasa, aku beratur bersama-sama dengan 'pesalah-pesalah' lain. "Kenapa Sarah?" tanya kawan aku yang turut sekali beratur apabila namanya dipanggil. "Biase la keluar lambat, awak plak kenapa?"
 "Satu dorm kene, kasut tak susun"jawabnya ringkas.
Macam-macam kesalahan yang ada. Ada yang cadar tak tegang. Biasa la, benda macam tu patut dibiasakan masa duk hostel cam nie pasal nanti masuk U terurus la sikit. Kami beratur dan menunggu hukuman yang akan dijatuhkan. 
"Lari 3 round" 
HUH! Pagi-pagi dah lari. Memang macam tu la, sebab tu aku slim... hahaha. Habis je lari 3 round ( xjauh pun, saje buat gempak), aku segera ke kelas aku, 5 Al-Khindi.. Peluh tak hilang lagi, cikgu dah masuk.
Bahasa Inggeris. Ya, subjek tu boleh membelai aku pagi-pagi nie. Lagi-lagi kelas jadi sunyi sepi. Nasib baik, susunan meja menyelamatkan aku dari pandangan cikgu terhadap aku. apa lagi, ambik kesempatan untuk tido la... Sesi pembelajaran terus berjalan. Otak bekerja, mata mengantuk. Kedua-dua memainkan peranan masing-masing. 

Tengah hari--->Pukul 12
"Pres, mari sini jap."kata mc yus.PRESIDENT.. bukan asing panggilan tu untuk aku.
Korang jangan nak confuse sangat eh, aku bukan presiden Lembaga, bukan presiden kelas apatah lagi president BWP.. tapi aku adalah president KBL (Kelab Bangun Lewat) ok, bunyinya cam jelek tapi  tu la kebenarannya.. bukan sekelas tapi satu batch kot panggil macam tu. First2 memang la tak suke tapi lama2 ok dan bangga plak dapat title President tu.. ye la nak harapkan title President dekat kelab Badminton Negara memang tak tercapai la kan..ok, dah start mengarut la plak..

Sebelum aku teruskan, korang perasan tak yang tajuk entri nie tak de kene mengena ngan cerita aku?
OK, aku  straight to the point je la. 

Sekarang, 15 Mei 2012..

Jika ditinjau status kawan-kawan yang lain, Wow, gempak diorang kan, dapat blajar kat tempat2 yang best. Ada yang tengah buat foundation, ada yang dah blajar kat oversea pun..Kawan yang still kat sini lagi tu diorang tengah tunggu masa je nak orang panggil masuk kapal terbang. (bahasa kg sikit)

Jadi, aku nak jerit kat sini jugak. AKU PUN NAK FLY!!
Nak jugak main salji, pastu buat salji tu bentuk hati, snap-snap gambar.
Aku nak jugak jalan-jalan kat taman bunga kat sana.
Nak tu, nak nie...
Aku pun nak merasa duk kat negara orang jugak!!

Sebelum aku melalut lebih2 aku rasa itu je yang sempat aku kongsikan dalam mengimbau nostalgia lama serta sempat aku luahkan isi hatiku.
mengarut betul post nie. nak blajar oversea? haha.. nak capai pointer tinggi kat upsi pun aku tak mampu.
Tapi aku tetap bersyukur la dengan apa yang aku ada...Al hamdulillah...
P/s: maaf ber aku dalam entri nie...


6 comments:

  1. rindunye nak dengar mc yus panggil gitu...

    ReplyDelete
  2. sarah,, aku ni,, sri la..
    ingat tak???
    haha,, memang best baca blog ka..
    habis semua watak lam maktb ka bw kuar..(tp ak xda :p)
    jmpa lg.. ^^

    ReplyDelete
  3. hehe,, ingat la Sri.. sorry tak masukkan semua ahli PAPS pasal nie nak ceruta pasal fly je.. nanti ade masa la crite tntang sume classmate InsyaAllah.. Btw, sarah rindu semua..

    ReplyDelete
  4. Blogwalking di sini, jom singgah ke http://www.budakblogspot.com/

    Budak Blogspot memberikan panduan dan tips blog dalam bahasa Melayu kepada blogger Malaysia untuk menghasilkan blog yang berkualiti, mesra SEO dan trafik tinggi. Budak Blogspot juga menerapkan pendekatan SEO, Google PageRank serta Alexa Rank yang baik.

    ReplyDelete

Jangan letak link tersembunyi di ruangan komen ini. Terima Kasih dan datang lagi ye

 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013