Segmen: Blog Pilihan Februari

,Saturday, February 16, 2013 | 7 Comment

Klik banner untuk join.

Senarai entry Februari Jerit Pekik, silakan terjah. Tak rugi membaca entri beliau.

5 Katagori yang dipertandingkan:
Blog pilihan|Blogger  pilihan|Blog stylish pilihan
Entry pilihan|Header Blog Pilihan

Dan yang paling best, Pemenang Top refferal-Topap RM2O
 Pemenang setiap kategori: Bloglist Khas  Sebulan|Review Blog

-Tarikh tutup penyertaan 28 februari 2013



Blog pilihan Sararose Dot My adalah.....jeng-jeng-jeng...

Sebenarnya Sarah sudah review blog Buasir Otak nie pada Januari yang lalu. Dengan itu, izinkan saya untuk "kopi pasta" entri saya sendiri. 

Aku kenal blog nie pada tahun 2012 tapi lupa sudah bulan berapa. Aku jarang tinggalkan komen, selalu jadi silent reader je. Mengenai nama blog nie, aku turut terkaget sedikit (ada ke perkataaan terkaget dalam Kamus Dewan?) apabila first time dengar nama blog Buasir Otak. Namun, bila dah lama mengenali blog nie, baru tau apa yang dimaksudkan dengan nama blog dia. Nak tahu apa maksud aku, baca lah sendiri blog beliau..Then, aku nak ucapkan congratez kepada beliau kerana dah mencapai 2000 followers. 
Tagline blog : Ada masa kami SERIUS, banyak masa kami MEREPEK. Ada masa kami MENGUTUK, banyak masa kami DIMAKI. Ada masa kami GENIUS, banyak masa kami GILA. Ada masa kami COOL, banyak masa kami MORON. Ada masa kami PENCINTA WANITA, banyak masa kami PERVERT. Ada masa kami BERBARIS dan BERPAKAT, banyak masa kami LUDAH semuanya. Never Fear, We Are Your Friendly Stupidhood!
Perghhh! Ko ada tagline macam nie? Siyess aku takde. Siapa owner Buasir Otak blog nie? Kebanyakan atau hampir keseluruhan entri dikarang oleh blogger yang menggunakan nama samaran Prince Of Noob. Ada jugak beberapa penyumbang idea yang lain seperti Pop-SoulTembikai LabuBlackbeard Heart dan Psychic Zero.

Blog Buasir Otak nie lebih menjurus kepada soal separa politik  (ceyh nak jugak guna perkataan separa tu) dan kebanyakan entri lebih kepada kupasan mengenai isu semasa serta informasi. First, soal politik dalam blog nie. Sejak dua menjak nie aku banyak pulak terbaca mengenai soal politik, almaklum lah dah masuk umo 20 tahun nie. Perasaan aku kalau baca entri beliau mengenai isu politik, mesti akan tertanya-tanya beliau nie orang belah mana (politik belah mana). Sebabnya entri yang dipaparkan lebih bersifat kesederhanaan. Nak tahu, baca sendiri.
Mohon copy paste ayat dalam blog beliau : Jenis2 orang yang perpolitik ni ada macam2 jenis seperti kategori2 berikut:

Politikfags - Taksub, fanatik dan obses kepada mana2 parti dan pemimpin politik. Kerjanya asyik mentibai dan memburukkan pihak lawan tapi keburukan pihak sendiri didiamkan atau buat tak tahu, malah siap cover backup lagi.
Atas pagar - Tak tetap hati nak sokong mana satu. Hatinya 50-50, mungkin kalau bapak suruh sokong sini dia sokong sini, kalau awek dia suruh sokong sana dia sokong sana, atau mungkin tidak keluar mengundi pun kerana tidak berminat nak ambik tahu pasal politik.
Lalang - Jenis mengikut2 dan tiada pendirian, kalau ada kepentingan di pihak sini, dia sokong sini, jika ada kepentingan di pihak sana, dia lompat pergi sokong sana.
Neutral - Tidak menyokong secara taksub atau berkecuali dari menyokong mana2 parti dan pemimpin politik. Bebas memuji dan menyokong mana2 kebaikan yang dibawa oleh mana2 pihak malah berani menegur, mengkritik dan tidak mendiamkan diri apa2 keburukan yang dilakukan oleh mana2 pihak walaupun di pihak yang kita sokong.

Mungkin beliau bersifat neutral.

 Aku tertarik pada setiap kupasan isu yang dipublish dalam blog nie kerana setiap isu pasti disertakan dengan sumber yang aku kira cukup banyak, dan banyak fakta bukan auta. Aku rasa aku sendiri tak mampu nak mengupas setiap isu dengan mendalam seperti yang dilakukan beliau.Ye lah, mana nak cari cerita yang betul, nak cari gambar, susun ayat dan isi, serta yang paling penting nak bawak minda pembaca dalam entri tersebut.  Semuanya memerlukan kesabaran dan pengetahuan yang tinggi. Boleh nampak lah blog beliau nie ramai pembaca, setiap entri ada boleh mencapai seratus komen. Entri yang ada dua gambar je pun boleh sampai berpuluh komen (muka xpuas hati). Tulah yang menunjukkan blog beliau ramai followers dan pembaca setia. Entri aku paling suka baca adalah entri mengenai Isu BenderaUlasan Perhimpuanan Kebangkitan RakyatIsu penggunaan kalimah Allah dan banyak lagilah, malas aku nak cari satu-satu.

Blog beliau jugak kerap menganjurkan Contest, Giveaway dan Segmen.Aku pernah masuk jugak satu Giveaway Contest yang dianjurkan dari blog beliau tapi aku tak menang pun sebab aku kurang kreatif. Antara segmen yang aku rasa top kat blog beliau adalah Segmen Maharaja Lawak sebab tengok kat bahagian Entri WEEKLY TOP 5 dan MONTHLY TOP 5, segmen nie lah yang mendominasi bahagian tersebut (teruk aku punya ayat). Blog beliau jugak ramai awekz. Maksud aku ramai awek yang terpilih dalam Segmen : Jom terjah Awekz sampai dah masuk siri ke 20 dah.Dulu aku pun terpikir jugak macam mana nak join segmen nie, rupanya ia dipilih secara random sahaja. kata beliau nak request pun boleh.


okey, itu sahajalah yang Sarah mampu ceritakan mengenai blog Buasir Otak selaku blog pilihan Sararose Dot My. 


P/s : saya sudah join, anda bila lagi?KLIK SINI untuk join segmen nie


7 comments:

Jangan letak link tersembunyi di ruangan komen ini. Terima Kasih dan datang lagi ye

 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013