Update : Tempoh Penebusan Rebat Rm200 Dilanjutkan

,Saturday, February 16, 2013 | 9 Comment


Anda masih belum mendaftar rebat telefon pintar? Baca di sini untuk info dan cara memohon. Selepas mendaftar, boleh lihat di sini bagi senarai syarikat selaku pengedar telefon pintar yang menerima rebat ini. 

"Mereka yang telah berjaya mendaftar dan telah menerima pengesahan pada awal Januari tidak perlu mendaftar semula jika belum menebus rebat anda kerana tempoh  sah telah DILANJUTKAN KE 3 BULAN bermula tarikh pendaftaran asal dan bukannya 1 bulan. 
Kami dalam proses menghantar email kepada semua yang telah mendaftar bagi memaklumkan mengenai perkembangan terbaru ini", kata Dato' Mohamed Sharil Tarmizi. Pengerusi SKMM.
Menurut beliau, syarikat-syarikat komunikasi dan wakil-wakil penjual yang dilantik juga telah dimaklumkan mengenai lanjutan tempoh tersebut. Sehingga hari ini, sudah lebih 440,000 beia yang berumur 21 hingga 30 tahun telah berjaya mendaftar untuk mendapatkan rebat Rm200 dan daripada jumlah tersebut, hampir 60,000 telah membeli telefon pintar baru. Skim Pakej Komunikasi Belia ini telah dilancarkan pada 1 Januari lalu. 


9 comments:

  1. yg akak mintak pon bulan 3 nie last date dia .heee

    ReplyDelete
  2. smpt la simpan duit..wakakka

    ReplyDelete
  3. Fie pun baru dapat nie. yeayyyy

    ReplyDelete
  4. tak cukup uumor lagi..hehe

    ReplyDelete
  5. rupanye rebat ni yg utk tepon yg rm500 ke bawah je.
    samsung s3 tak boleh la nampaknye..hahah

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum. sheila pun dapat email pemberitahuan! hehe harus menyimpan sekarang. boleh bagi hadiah anniversary :)

    ReplyDelete

Jangan letak link tersembunyi di ruangan komen ini. Terima Kasih dan datang lagi ye

 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013