Kerja Kursus PSV SPM 2012

,Tuesday, June 19, 2012 | 16 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Mungkin ramai budak-budak seni yang tengah bertungkus lumus menyiapkan folio kerja kursus pendidikan seni visual. Korang hantar bila erk folio tu?

Post kali nie khas untuk orang yang buat tugasan satu yang mana korang kena design corak untuk kasut kanvas bertemakan hidupan laut.
Folio itu mestilah merangkumi :

1. Koleksi beberapa kasut kanvas.
Nak cari senang je. Taip je kasut kanvas kat google image



2. Koleksi gambar hidupan laut sebagai sumber ilham.
Korang  hanya perlu mendapatkan gambar-gambar sama ada dari internet, akhbar, majalah atau gambar 
.yang diambil sendiri dan dicetak. Tak payah la lebih-lebih sangat untuk koleksi gambar ini kerana ia hanyalah sebagai bahan kajian bagi memulakan tugasan korang. Pastikan bahan kajian yang korang akan pilih nanti juga terdapat dalam koleksi gambar-gambar tersebut. Kalau tak yakin, pilih je yang simple2.



Cari la gambar-gambar lain dalam 5 atau 6 keping.

3. Lakaran reka bentuk kasut kanvas
Lakarkan kasut kanvas yang korang ilhamkan. Guna pensil je tau.



4.Lukisan realistik hidupan laut yang dipilih.
Buat la lukisan realistik berdasarkan gambar hidupan laut yang korang pilih tadi. Buat guna pensil satu dan satu lagi guna beberapa media lain untuk mencantikkan lukisan korang tu.
contohnya kalau korang pilih penyu, korang lukis semula apa yang ada dalam gambar tadi. Memadai lukis penyu je, tak payah nak tambah ikan ke apa lagi.

5. Lakaran Olahan Idea
Olahkan apa-apa haiwan yang korang pilih tadi. buat dalam 4 olahan.
Olahan tu buat simple2 je, nanti senang sikit kerjanya.
contoh kat sini, goldfish. tapi jangan dibuat goldfish pasal dia kan nak hidupan marin.
Olahan satu

Olahan dua

6. Lakaran reka letak reka corak yang dipilih.
Idea yang telah anda pilih tadi cubalah gubah pada kasut korang. Buat beberapa cadangan sehingga korang berpuas hati dengan kedudukan yang paling sesuai. 
7. Kajian warna pada reka letak.
Buat beberapa cadangan warna daripada idea dan reka letak yang telah ditetapkan tadi. Pilih warna yang sesuai dan buatkan kajian warna dalam 4 jenis sebaik-baiknya.


8. Lukisan dari tiga sudut pandangan berbeza.
Setelah berpuas hati dengan pemilihan warna tadi, buatlah lukisan dari 3 sudut pandangan. Bermakna korangboleh menghasilkan 3 sudut pandangan sekurang-kurangnya pada 1 muka surat.


9. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.
Lukislah kasut anda di rak kasut, tangga, dan dimana-mana kawasan yang sesuai.


                                 10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.






16 comments:

  1. oh nostalgik pulak baca entry ni..serius teringat zaman-zaman amik subjek psv untk SPM dulu ( bukan kelas formal,sebab amik sbg tmbhan,so kena blaja sendiri)... task pilihan: corak beg kertas tema rama-rama..rindunya,sampai ta tido malam nak siapkan... so some advise, wat jangan last2 minit..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. zaxx ambik seni jugak ke? sama la.. tapi seni la paling best, tak stress pun.. walaupun tak berseni asal ade minat dan kesungguhan dapat jugak score paper tu

      Delete
  2. Seronoknya pandai lukis. Hmm, ee tak ambik psv ==

    http://thenurulee.blogspot.com/2012/06/mid-year-exam-result.html

    ReplyDelete
  3. kreatifnye.. all d best dik

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. bukan sya lukis.. semua gambar dari google image.. entri nie adalah untuk guide plajar spm yg ambik seni

      Delete
  5. Replies
    1. Itu bukan saya buat.. just guide je nie. gambar semua dari google

      Delete
  6. setakat ckap macam 2 budak tadika bleh buat!!!!!Trima Kaseh.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. habis nak suruh saya buatkan untuk awak ke adik oii? dah namanye guide...

      Delete
  7. saya sayang awak......

    ReplyDelete
  8. smart gila yg ksut tu

    ReplyDelete
  9. best klau jd hebat

    ReplyDelete
  10. yay!!aq wan zulhusni org kedua terbanyak lepas maisarah azmi!

    ReplyDelete

Jangan letak link tersembunyi di ruangan komen ini. Terima Kasih dan datang lagi ye

 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013