Jadi Sahabat Kepada Orang Lain Dahulu

,Thursday, June 14, 2012 | 3 Comment
Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera


Orang cakap kawan tika senang senang dicari, kawan tika duka sukar didapati. Ada betulnya jugak.
Manusia nie ada macam-macam karakter yang kita tak boleh nak jangka. Janji kadang kala macam menanam tebu dibibir sahaja. Tak kisah la kalau jumpa kat mana-mana pun tak pernah nak tegur kita.
Kadang kala kita bagi tangan nak salam pun dia tak sambut. Ada jugak orang macam nie. Tapi, bila dah tahu perangai dia macam tu, jangan disimpan di dalam hati, maafkan je dia walaupun dia tak datang mintak mantak maaf pun kat kita. Jadilah orang yang memaafkan orang lain, tak payah la nak bermusuh-musuh sangat.

Dalam mencari seorang teman sejati, bukan senang. Perkara asasnya kita sendiri perlu menjadi kawan sejati kepada orang lain dahulu. Berbuat baik, senang menolong dan jangan sesekali menyakiti hati kawan kita merupakan titik asas dalam menyatukan persaudaraan dengan orang lain. Dan paling penting jangan memungkiri janji yang kita taburan kepada orang lain. Kalau rasa tak nak ambil risiko, tak usah la nak buat janji-janji. Nanti orang mengharap pulak.

Layanan kepada seorang sahabat perlulah dengan hati yang ikhlas. Jangan mengharap sebarang bentuk pemberian. Tapi, kalau kawan tu nak bagi, itu dikira rezeki la tu. Selalunya, seseorang yang mengharap pemberiaan orang lain merupakan seorang yang materialistik! Bersahabat la dengan hati yang ikhlas, bukan memandang kebendaan atau ada tujuan tertentu dalam berkawan nie. 

Terus terang Sarah cakap bahawa Sarah tak berapa setuju kalau orang cakap kita kena cari kawan yang pandai. Habis, yang kurang pandai tu macam mana? Nak berkawan dengan orang pandai sahaja, tapi kalau berkawan tidak ikhlas rasanya tali persahabatan tu tidak akan kekal lama. Kalau kekal tu Al Hamdulillah...
Macam mana pulak nasib orang kurang pandai? dan bagaimana kalau kita ditempat orang itu? Mesti sedih kan? Pandai atau tak itu soal yang subjektif sebenarnya. Bijak bukan hanya pada pointer...  Maaf kalau salah tapi Sarah agak tertarik denga ayat nie..tengok kat FB sebenarnya..

Jika lama tak berjumpa sekalipun, tegur atau tanyalah khabar kawan-kawan lama. Mereka mungkin agak dingin dengan kita. Al maklumla bila dah jumpa teman baru masing-masing dah buat lupa pada teman lama. Dah ramai species macam nie yang Sarah jumpa. tapi kita paham la.. Bila lama tak jumpa, kawan yang datang kat rumah dilayan macam orang asing. keadaan ini akan menyebabkan kawan kita terasa hati, dan segan untuk berkunjung lagi ke rumah kita lantas tali persahabatan akan longgar dan putus. 

Jagalah sahabat kita sekarang baik-baik. Jangan sesekali memingkirkan mereka.
Terima kasih kepada sahabat-sahabat saya yang sentiasa berada di sisi saya tika duka dan duka..
Diana Shamssudin
Athirah Zaini
Dan ramai lagi...
jangan terasa pulak kalau nama tak di mention disini


3 comments:

  1. kwn yg sama2 senag sgt ramai tapi yang nak sama2 susah. susah juga nak cari.. :)

    ReplyDelete
  2. mmg susah nak cari teman sejati dik!

    ReplyDelete
  3. susah nak cari kawan rapat sampai dah beranak pinak..selalunya terputus bila masing2 habis belajar..

    ReplyDelete

Jangan letak link tersembunyi di ruangan komen ini. Terima Kasih dan datang lagi ye

 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013