Bising tak?

,Friday, March 23, 2012 | 9 Comment
Assalamualaikum..

Pada pagi Jumaat yang tenang nie, rase macam sunyi pulak blog Sarah nie. Jadi, Sarah ambik keputusan untuk letak lagu. Sebenarnya dah lama nak letak tapi hari nie baru betul-betul tercapai hajat.
Sarah sebenarnya takut mengganggu pembaca je lau letak lagu.
Korang rasa ok tak?
Tu pasal Sarah pilih lagu yang tak terlalu sarat untuk didengar. Nie adalah lagu 
Bruno Mars yang bertajuk Who Is.Sarah memang minat lagu Bruno Mars...huhu


Antara lagu feveret yang dia nyanyi ialah Grenade, Talking To The Moon, The Lazy Song ,
Just The Way You Are, Billionaire dan banyak lagi la..

Kalau tak suke lagu kat blog nie bagitau ok.. Boleh je tukar. Asalkan Bruno Mars.. huhu

Bagi korang yang nak taw kat mana boleh dapat lagu untuk blog boleh klik Sini.
Then pilih lagu.Copy paste kod dia dekat HTML dan save..

Itu je untuk hari nie...
P/s : Tengah hari nie nak kuar jalan2 kat K.l..Release tension lepas exam....


Segmen Blog Baru - Follow Kami Motivasikan Kami

,Thursday, March 22, 2012 | 6 Comment
Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia semua.

Sebenarnya nie first time Sarah join segmen yang dianjurkan oleh blogger-blogger yang dah arif dan lama.
Kalau ada yang tak kene tu sorry la.
Sarah nak ajak la blogger baru untuk sama-sama kita join segmen nie dan tarikh tutup sebelum 23 Mac 2012. Walaupun last minute join namun Al Hamdulillah tercapai jugak niat nak join.
Sarah nampak segmen nie menarik dan banyak manfaat yang boleh kita kongsikan bersama.
Opps, lupa pulak. Segmen nie telah dianjurkan oleh Encik Hasrul Hassan.
dah la membebel. Sarah nak join nie..

Nama : Nurmaisarah bt Azmi... dalam surat beranak pun cam nie.

Usia : 19 tahun 13 hari

Status : Bujang dan masih belajar

Usia Blog : Bukak akaun blog pada Jun 2011 tapi mula blogging secara 
serius pada hujung Disember tahun lepas.

Berblog dari kolej dan di mana ada line internet yang laju..

Isi kandunagn blog saya adalah kisah hidup saya sebagai remaja dan mahasiswi
dan diselitkan dengan berita serta info agar pembaca tidak boring.
Tapi, kalau tema yang khusus tu takde la pasal saya akan postkan bahan yang 
sesuai mengikut masa, keadaan dan mood saya.

Harapan dalam berblog : Semoga terus blogging sampai lebam..

P/s : kepada sesiapa nak join sila ke hasrulhassan.com.





Siapa Gadis Melayu Terakhir?

,Wednesday, March 21, 2012 | 2 Comment
Sebut je gadis melayu terakhir, mesti sorang-sorang terbayang gadis melayu yang ayu, sopan santun, dan lemah lembut budi bicara..

Tapi dalam dunia serba moden apa hari nie, ade lagi ke insan-insan yang bergelar gadis melayu terakhir nie?
Kalau ada pun orang sekarang akan cakap " eh, dia pakai macam tu? Tak de gaya langsung la. Mesti orang kampung nie". Betul tak?




Ciri-Ciri Gadis Melayu Terakhir

1. Sopan-santun, dan lemah lembut. Kalau jalan depan orang tua pun tunduk hormat. Tak suke marah-marah    walaupun orang cakap ape pun kat dia..

2.Pandai masak especially masakan kampung.

3. Mempunyai rupa semulajadi yang menawan.. macam lirik lagu Gadis Melayu..(siapa bilang gadis melayu tak menawan, tak menarik hati tiada memikat)

4. Pandai pakai kain batik sarung.

5. Bangun pagi2, bukan waktu tengah hari baru nak bangun.

6.Taat pada perintah Allah. Means tak buat perkara yang dilarang.

7.Pandai jahit pakaian. Time raye tak payah susah2 gi tempah baju kat kedai.

8. Rajin tolong mak buat keje. Boleh kemas rumah.

9.Pakaian sopan, tak semestinya pakai baju kurung je.

10. Orang kampung pakat duk berkenan nak buat menantu..

Ha.. amacam. Korang ade tak ciri-ciri di atas? Kalau ade separuh tu kira ok la. Boleh improve lagi...
hahaha.. Sarah pulak? adeh, lambat lagi la... =(

P/s : Tak taw la nape Sarah  tulis entri nie..haha. Rase tak de kene mengena pun.. ape2 pun, jom jadi pompuan melayu terakhir...huhu
Sumber :  pakcik Google
       

Drama 3 Janji

,Tuesday, March 20, 2012 | 3 Comment
Sumber ; Google Image jek

Tamat sudah demam Vanila Coklat yang dengar-dengar berita mendapat sambutan yang luar biasa..Sarah pun suka sangat tengok Vanila Coklat dan tak pernah miss pun. Tapi, last week kan dah tamat cerita tu. Minggu nie, cerita 3 Janji pulak menggantikan Vanila Coklat dalam slot Lestary di Tv3.

Antara barisan pelakon drama nie adalah  Ana Dahlia, Idzham Ismail, Hanez Suraya, Ungku Ismail, Roy Azman, Rosnah Johari, Zara Zya. Pengarahnya pulak adalaHeykal Hanifah. 



Sinopsis cerita nie mengisahkan tentang Dalia dan Khursyi yang berkawan baik sejak kanak-kanak. Mereka saling memahami dan menyayangi akhirnya menjadi kekasih. Malangnya, sebuah tragedi telah meragut nyawa Khursyi apabila mereka dalam perjalanan ke sekolah untuk mengambil keputusan SPM.

Dalia redha dengan pemergian Khursyi dan sentisa ingat kepada 3 janji yang pernah dilafazkan oleh Khursyi untuk mencari teman hidup yang boleh menjadi sabahat terbaik, menjadi kekasih terbaik dan menjadi suami terbaik buat Dalia.. Apakah kemunculan Kamil dan Yassin dapat menggantikan tempat Khursyi dalam hati Dalia serta menepati 3 janji tersebut?

Episod pertama Insya Allah akan ditayangkan pada malam nie. Korang tengok la ye, Sarah tak dapat tengok pasal malam nie kena struggle.. haha.. esok ade exam keusahawanan la.
Btw, enjoy ye!

Video: Kahwin vs Couple

,Monday, March 19, 2012 | 4 Comment
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.
Pertama sekali Sarah nak ucap terima kasih kepada pembaca dan followers yang dah pun mencapai 80 orang nie,,Al hamdulillah, terima kasih.
Disebabkan sekarang nie busy dengan final Exam, Sarah just nak share 2 video nie sebagai ingatan dan panduan kepada kita.. Peace!

Part 1

Part 2

Kalau dah suka tu kawin kan aje.hehe..Itu aje, 
Daa..

Berat Badan Ideal

,Saturday, March 17, 2012 | 16 Comment
Opps! Bercakap mengenai berat badan mesti ramai yang tak puas hati kan?
Bukan tak puas hati dengan Sarah tapi tak puas hati dengan berat badan sekarang.
Bagi yang dah berpuas hati tu, jaga baik-baik berat anda sekarang kerana ada sesetengah orang senang nak naik tapi liat sesangat berat tu nak turun. Adaorang pula makan dah berkilo-kilo tapi tak naik-naik jugak. Ha, Sarah tergolong dalam golongan kedua nie la. Makan punye makan, tak naik-naik.. Still underweight,,sedih kan?

Makan banyak2, tapi tak gemuk2..

Tapi kes Sarah nie orang cakap " Untungla...". Pasal boleh je makan tanpa rasa sangsi, yang 
penting halal. huhu.. Tapi, kalau di kira mesti ramai yang tengah berdiet, mengikat perut, 
dan sedaya upaya nak jauh dari makan coklat, KFC, nasi, sate dan banyak lagi 
makanan yang boleh menyumbang kepada penambahan berat badan.

Korang tau tak macam mana nak kira BMI (body mass index)?
Kalau nak kira boleh tekan kat SINI
BMI Categories:
Underweight = <18.5
Normal weight = 18.5–24.9
Overweight = 25–29.9
Obesity = BMI of 30 or greater      

Korang kategori mana???                          

Tips-Tips Untuk Kurus
  1. Paling penting, jangan makan makanan berat pada waktu tengah malam. Makan selewat-lewatnya pukul 8 malam.
  2. Kurangkan makan makanan yang bergoreng, berminyak, mengandungi lebih garam dan gula
  3. Tak makan coklat (tip dari kawan Sarah)
  4. Bersenam (macam biasa la)
  5. Latih diri makan salad
  6. Makan dalam kadar sederhana
  7. Penggunaan ubat kurus tu Sarah tak berapa pasti, perlukan nasihat doktor dahulu. Yang penting kesihatan.
Tips-Tips Untuk Gemuk
  1. Makan memadai dan teratur
  2. Menjadi seperti kucing.. (miau...miau...) bukan cam tu, maksudnya tabiat makan seperti kucing yang sukakan daging dan protein.
  3. Extra makan malam.. ( dah biasa buat)
  4. Pagi makan telur, malam before tidur minum susu.
  5. Isi perut 3 jam sekali.
Bagi yang ada masalah berat badan berlebihan ikutlahTips2 yang first tu.
Jangan memandai pulak ikut tips yang second tu.
Yang masalah cam Sarah pulak jom kita usaha sama-sama naikkan berat badan!


Jom kita dapatkan berat badan ideal kita! BMi 18.5 adalah target Sarah...Korang pulak?
Sama-sama usaha ye.. Cayyokkkk!!!



                                             

Kosong - Najwa Latif

,Friday, March 16, 2012 | 5 Comment

Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu,
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu


Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa
kosong .. kosong ..
Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku
Kosong .. kosong ..
Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar
Ooo..woo~
Kosong .. kosong..
Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa
kosong .. kosong ..
Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku
Kosong .. kosong ..
Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa
kosong .. kosong ..
Ooo..woo~




Terlalu Obses

,Thursday, March 15, 2012 | 2 Comment
Assalamualaikum semua..
Untuk pengetahuan semua pembaca, ini adalah post yang ke 51 dah yang telah berjaya
Sarah buat sepanjang melibatkan diri secara serius dalam blog nie. (serius sangat ke?
Walaupun follower Sarah belum mencapai 20 orang namun atas dorongan dan 
semangan menguatkan lagi Sarah dalam berkongsi cerita, idea, berita
dan perkara-perkara yang boleh Sarah kongsikan bersama.


Mengenai tajuk post hari nie.. Terlalu Obses...
Ye..Sarah memang terlalu obses bila membuat sesuatu.. dengan syarat memang Sarah
suka giler bende tu. Seperti sekarang, Sarah tengah obsessssssssssss
meng update, mencantik, men touch up dan yang sama waktu dengannya terhadap blog
Sarah yang tak seberapa nie.
Sarah jugak tak suka benda yang sama. Kalau boleh nak tukar je theme 
blog nie hari2.. Serius! bukan apa, Sarah lagi puas hati kalau macam nie..
Sebab tu la kalau korang perasan banyak bende yang berubah setiap
hari kat sini termasuk iklan, gadget dan anak beranak yg lain.

Setiap hari mesti Sarah search bende2 baru yang nak diletakkan dalam blog nie.
Dan harapan Sarah mestilah semoga lagi ramai orang yang sudi baca dan boleh
berkongsi cerita mahupun pendapat.


Bila la Follower nak seramai nie??


Itu saja yang dapat dicoretkan hari ni. Apa2 pun
hadapi final exam nie dengan tenang.
DOAKAN Sarah!


p/s : view la my friend blog untuk
dapatkan beberapa tip yg berguna di Ape Ape Jer

Gambar Kreatif Tanpa Photoshop

,Wednesday, March 14, 2012 | 1 Comment
Seperti yang dijanjikan, hari nie Sarah share beberapa gambar
yang menarik tanpa menggunakan photoshop.
Korang pun boleh bergambar cam nie...













Ok, gambar nie rasanya xde kena mengena dengan Photoshop pun...

Sumber : Ziaul Islam

p/s: Sebenarnya kekurangan idea nak tulis ape..
Tengah exam Mood la nak dikatakan

Gadis Thai Nyanyi Lagu Melayu

,Tuesday, March 13, 2012 | 2 Comment
Gadis Thailand nie bernama Keesamus telah memuat naik beberapa videonya
yang menyanyikan lagu2 Melayu.
Suara dia juga best walaupun sebutan agak kurang baik.

Baik-Baik Sayang

Bukan Ku Tak Sudi

Ayat-Ayat Cinta

Tinggal Kenangan

Dan banyak lagi...Boleh tengok di Youtube.
oh ya.. jangan lupa lihat jualan murah di blog saya.
Klik saja di SINI
Itu saja...=)

Sistem Pentaksiran Baharu STPM

,Tuesday, March 13, 2012 | Comment

SISTEM PENTAKSIRAN BAHARU STPM

Selaras dengan Program Transformasi Pendidikan, mulai tahun 2012, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) melaksanakan sistem pentaksiran baharu STPM bagi memperkasakan program pendidikan di tingkatan enam.

Peperiksaan STPM yang sedia ada dikendalikan berdasarkan kepada tempoh pengajian tingkatan enam selama 1½ tahun. Tempoh pengajian ini terdiri daripada tingkatan enam bawah yang meliputi penggal kedua tempoh persekolahan, dan tingkatan enam atas yang meliputi penggal pertama dan penggal kedua tempoh persekolahan. Peperiksaan bagi pengajian tingkatan enam adalah untuk mengukur dan menilai pencapaian pelajar yang dilaksanakan keseluruhannya melalui peperiksaan STPM pada penghujung pengajian, iaitu pada bulan November hingga Disember.

Pada tahun 2012, sistem peperiksaan STPM akan dijalankan dalam dua mod. Mod pertama ialah sistem peperiksaan STPM sedia ada bagi pelajar yang sedang mengikuti tingkatan enam atas pada tahun 2012. Pelajar ini merupakan kohort terakhir yang akan menamatkan sistem peperiksaan STPM sedia ada. Mod kedua ialah bagi pelajar tingkatan enam bawah pada tahun 2012, mereka merupakan kohort pertama sistem pentaksiran baharu STPM yang akan menduduki peperiksaan penggal 1 persekolahan tingkatan enam pada November 2012 dan juga buat pertama kalinya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) diperkenalkan kepada 19 mata pelajaran tingkatan enam. Sistem pentaksiran baharu STPM ini adalah cetusan idea yang amat bermakna oleh mantan Ketua Eksekutif MPM, Tuan Haji Omar bin Abu Bakar (2005-2011).

Dalam sistem pentaksiran baharu STPM, tempoh pengajian tingkatan enam adalah sama dengan tempoh persekolahan mengikut kalendar persekolahan yang dilaksanakan pada masa ini. Peruntukan waktu pengajaran juga adalah sama seperti jadual waktu persekolahan yang sedia ada bagi tingkatan enam, iaitu lapan (8) waktu seminggu bagi setiap mata pelajaran (1 waktu pengajaran = 40 minit). Oleh itu, sistem pentaksiran baharu STPM ini tidak menganggu dan tidak mengubah sistem persekolahan sedia ada.
Dari segi penawaran bilangan mata pelajaran juga tidak berubah, iaitu masih 23 mata pelajaran yang ditawarkan seperti yang berikut:


Kalendar Akademik
Kalendar akademik sesi 2012/2013 bagi Sistem Pentaksiran Baharu STPM untuk negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Putrajaya:


Kalendar akademik sesi 2012/2013 bagi Sistem Pentaksiran Baharu STPM untuk negeri Kedah, Kelantan, dan Terengganu:


Nota: Tarikh-tarikh di atas tertakluk kepada perubahan, manakala kalendar penggal 2 dan 3 sesi  persekolahan tingkatan enam tahun 2012/2013 akan dikeluarkan dalam portal MPM www.mpm.edu.my.


Kadar Yuran
(a)   Yuran Asas         RM120.00
(b)   Yuran setiap mata pelajaran      RM 90.00
(c)   Caj menduduki semula peperiksaan akhir per kertas   RM 50.00               

Calon sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan dikecualikan daripada membayar yuran ini.  Walau bagaimanapun, calon yang ingin menduduki semula peperiksaan akhir sesuatu penggal akan dikenakan caj sebanyak RM50.00 per kertas. 


Sumber :
http://www.moe.gov.my/



Koleksi Kenderaan Yang Cool

,Tuesday, March 13, 2012 | Comment
Hari nie Sarah  nak share sikit beberapa foto kenderaan yang cool dan tak ade kat Malaysia nie..
Kereta Rumput.. Mesra Alam la katakan

Memandu sambil mandi

Kereta kasut.. Pompuan punye la nie

No komen..


Rajin betul kan nak hias cam nie skali

Antik

Kerje plumber ke?


Comel

Lepas cerai
nantikan gambar yang lagi cool untuk post esok!


Sumber: Ziaul Islam

Oh ya... ada jualan meja snooker.. Kalau nak tengok klik kat jualan murah di atas..

Release Your Stress

,Sunday, March 11, 2012 | 5 Comment
Salam Pembaca Semua...

Entri nie khas buat orang2 yang stress.Yang tak stress pun boleh join jugak.
Tak semestinya bila stress kena cari blog Aku Stress Giler kan...

Sarah tau sebahagian dari korang nie sedang menghadapi final exam yang sangat 
menakutkan tu. Maka timbul la stress, muka pun dah tak senyum2 lagi.
tak cute tau.

Ok, korang mesti tengok lawak nie..
Lawak Ke Der nie memang lawak tahap dewa la..
Sarah bagi 5 star la kat lawak diorang nie...
Boleh menghilangkan kekusutan wajah korang yang masam macam cuka tu.

Ha... tu baru opening Lawak Ke Der...
Kalau nak tengok sampai habis klik SINI


Emm.. lapar nie. Bila time dekat exam cam nie memang selalu lapar.
Jawabnya hadap Maggi je la.
Tapi bukan orang kata tak elok ke kalau nak exam makan Maggi?
Tak taw la sejauh mana kebenarannya sebab Sarah selalu je makan benda nie.
Memang tak makan saman bab2 nak berpantang nie.
Bukan apa, dulu best student kat sekolah Sarah selalu jugak cari Maggi, nak makan.
Tapi still pandai jugak, best student lagi.
Tu yang membuatkan Sarah yakin bahawa tak effect pun kalau makan Maggi.
Yang effectnya bila tak baca buku.



Mau botak kepala makan benda nie hari2...
Bahaya, tapi aku makan jugak.


Jadi, Sarah ambik inisiatif lain. Bila lapar je Sarah makan


Google Image je nie..



Emm, walaupun tak de la sedap sangat tapi bila dah lapar tu makan je la.....
Ok.. Take Care. Jangan makan Maggi banyak sangat, bahaya.
hahaha..



Baca Sambil Senyum tau

,Saturday, March 10, 2012 | 1 Comment
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Post kali ini mungkin akan membuatkan korang tersenyum apabila mengimbau 
zaman kanak2 yang comel sangat kan...

Kenangan zaman kita kanak-kanak tak sama dengan budak2 zaman sekarang.
Mungkin diorang dah pun tak kenal apa tu main teng-teng..

Tapi, korang pernah main tak benda nie

hehehe... pernah kan.. tekan-tekan buih angin sampai pecah..
memang syok main..

Yang nie korang ingat lagi tak?

Main lawan-lawan pemadam.. Sape menang dapat pemadam tu.
Biasa budak laki la yang suka main benda nie.
Kadang2 penuh satu pencil box diorang dapat... Terer la katakan...

Kalau tak ingat pasal main pemadam tu, yang nie mesti korang ingat..

Suka kan main tiup2 belon nie..
tapi cepat sangat rosak.. Dulu, time balik sekolah selalu beli benda nie sebab dia murah kan.
Kalau tak silap harga seposen je.


Gula-gula getah warna warni nie pun seposen jugak harganya..
sedap kan? 


Nie dia..Gula gambir. Tapi kawan Sarah panggil Gula Asam Sekupang..
Bentuk dia bulat macam duit seposen, warna merah coklat..
Dulu seposen je harganya. Tapi sekarang tak taw la...


Nie pulak Gula2 Udang.. Yang peliknya, kenapa letak cap udang 
walaupun tak rasa udang langsung..
Tapi memang best la pasal gula2 nie ada benda cam plastik
bila masuk mulut dia kecut...

suka tak? suka tak?

Dan korang masih ingat tak lagi :
kat sekolah ada salesman jual buku .Ari nie bagi list, esok bawak duit. Beli walaupun citer tu dah taw.
Salesman susu pun sama.

Bila ada program nilam kat sekolah, sume busy pinjam buku.
Padahal tak baca pun.

RMT kat sekolah makan tak best.. tapi yang 
berduit pun join gak.. Tak paham2..

Pakai pembaris bergerigi.Kat dalam ada air pastu ada benda kilat
dalam air. Pompuan biasa ada pembaris nie.

Time pendidikan seni, lukis semua leh tapi
bial dah kaler hampeh. Paling best bila buat anyaman
pakai kertas warna.

Balik sekolah beli Jojo tak pun Dendang Tora.
Beli semata-mata nak mainan. 
Coklat tak makan pun

Gambar dari Google... =)

Kenangan masa kecik dulu sweet sangat kan.
Bila dikenang rasa kejap je masa berlalu.
OK, Selamat menyengih la korang!

Special Post Today

,Friday, March 09, 2012 | 4 Comment
Hari ini hari special sikit. Untuk diri Sarah la sebab hari nie birthday Sarah yang ke 19 dah.. Alamak, dah dekat 20 la. Takutnye..Sekejap je masa berlalu kan? Ingat baru je jadik budak skolah rendah tapi sekarang dah boleh jadi mak orang dah.


Teringin nak makan kek 


Sarah nak ucapkan terima kasih kat sape2 yang wish sama ada tertengok kat Fb ataupun ingat birthday Sarah kat dalam kepala.. Apa-apa pun terima kasih...

Thanks banyak2 kat my best friend, Diana yang bagi hadiah. Terharu pagi2 dah dapat hadiah.. =)
Hadiah first dapat...dari Diana


 Bantal comel nie pulak Asyen bagi...
.
Bercakap mengenai birthday, kita sebenarnya semakin menghampiri kematian. Sebagai hamba Nya, kita perlu bersedia menghadapinya. Itu sahaja yang dapat dikongsikan pada hari ini memandangkan keadaan yang busy dekat nak final exam nie..

Doakan Sarah ye...


p/s : Sedih tak dapat nak gi kenduri kawin kak Mirah (sedara bau2 bacang) hari nie...
       Untung la, muda2 dah kawin kan...




 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013