Say Hi to Sem3

,Wednesday, May 30, 2012 | 7 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

18 Jun nie akan bermulalah kehidupan student sem 3 di UPSI.. sedar tak sedar hari nie genaplah 1 tahun 1 hari menjadi salah seoang warga universiti tu. 

Teringat masa orientasi masa first2 masuk Upsi dulu. Kitorang diberi rumah dan sebelum tu langsung tak kenal ngan member2 satu rumah. Tapi bila dah lama kenal kecoh la dalam rumah tu. Memang meriah betul la bila sama- sama berkumpul.

 Masa minggu orientasi =)

Geng2 Sem 1.. Sayang korang! dari kiri Nabila, Sarah,camilia, kak sehlly (plig kecik), yoke, Kak syikin, diana (bff), kak ain



Malangnya sem 2 hari tu kitorang tak dapat duk serumah. Tapi, kitorang still lagi kamcing. tak sempat pulak nak bergambar ngan housemate Sem 2. 

Bercakap mengenai Sem3 nie, memang berpulun la bijik mata bila tengok course yag kena ambil.



Semuanya 17 jam kredit. Dan subjeknya boleh buat tak tido malam bila time exam. Al maklumla, memang suka study last2 minute nie.Tapi kena gomo jugak sunjek-subjek nie.


P/s : share la apa subjek yang korang kena ambil atau tengah ambil skarang nie..


Saya Nak Free Header

,Friday, May 25, 2012 | 6 Comment
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera!


Korang sukakan free give dan nak join? Klik banner atas

Nama dah la sama ngan penganjur segmen nie..hehehe.
dan tanpa segan silu nak jugak mintak header dari adik Sarah nie. Comel tau die buat header.
Butiran header yang Sarah nak request:

DoodleDoodle Nie
Url blog : nak letak
Tajuk : Cherita Sarah
Description : Just Simply Life

Dan nak request sikit, nak mintak buatkan corak bunga rose kat header tu jugak. Klau tak boleh takpe.

Dan dengan sukacita nak tag dua orang bertuah nie:
Aznie

Yang tak ditag pun jangan segan silu nak join. Jom la join ramai-ramai!





1st Special Giveaway Contest by Qalehya Umairah

,Friday, May 25, 2012 | 3 Comment
Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera Semua


Nak join jugak eh? Tekan la banner nie.

Nak cerita sikit pasal contest nie. Special contest nie memerlukan para peserta  menulis kisah cinta Awesome Love Story Ever yang pernah korang alami.
Sarah takde la pandai sangat mengarang cerita cintan-cintun nie tapi bila tengok hadiah yang ditawarkan rase semangat pulak nak join. Lagi pula, cerita yang Sarah alami tak se best cerita orang lain.

Nak tahu apa hadiahnya?
 pertama =  topup rm100
kedua = topup rm50
ketiga = topup rm30
ketiga-tiga pemenang akan tersenarai dalam bloglist dia jugak.
Lima hadiah saguhati berupa top up rm10

Sepatutnya setiap peserta perlu letak cerita cinta tu kat blog masing-masing tapi memandangkan Sarah agak segan nak letak so Sarah mintak izin ngan tuan punya contest nak email je ceritanya.
Ucapan terima kasih kat Qalehya Umairah bagi kelonggaran kat Sarah. Cantik nama dia, macam tuan dia.


Tarikh contest nie 23 mei sampai 23 jun tau. jadi cepat la join!


Ada Apa Dengan 10 Oktober?

,Wednesday, May 23, 2012 | 6 Comment

Ada apa dengan UPSI pada 10 Oktober? Sebelum apa-apa, mari kita selidiki mengenai sejarah Upsi dan misteri-misteri yang orang selalu cakap. Maklumlah, Upsi kan antara universiti tertua malah bangunan lama-lama a.k.a menyeramkan masih ada lagi. Upsi berkembang dari sebuah kolej ke universiti dan melalui tiga era iaitu era SITC (1922-1957), era SPMI (1957-1987), era (1987-1997). Pada 1 Mei 1997 barulah dikenali sebagai sebagai Upsi. Korang mesti boring kan nak baca fakta macam nie.. ?

Berbalik kepada cerita seram tadi, dulu masa awal-awal penubuhan, Upsi nie hanya terima pelajar lelaki je.
Dan pada suatu ketika, pelajar perempuan telah diterima menjadi penentut disitu.
Dikatakan, ada la satu pelajar perempuan yang cantik menjadi rebutan ramai tapi dia telah memilih seorang lelaki untuk dijadikan kekasih hatinya. Dan dikhabarkan perempuan itu mengandung.
Tapi... lelaki tu tak nak bertanggungjawab. Maka, perempuan itu telah membunuh diri.
Itulah yang menjadi buah mulut orang ramai yang pernah Sarah dengar. Tapi tak tau kebenarannya jugak. Dikatakan, masa tu Tadahan Utara sebagai asrama lelaki. Tadahan Selatan sebagai asrama perempuan. Sekarang nie kedua-dua tadahan dibuat sebagai tempat belajar.

Tapi, dalam aku duk cari-cari info pasal misteri nie, cerita yang agak berlainan plak dapat.



Tragedi oktober.....
Lecturer kitorang pernah cerita, pada satu tarikh dalam bulan oktober (tak ingat exactly, harap ada forumer sudi bagi info) tiada aktiviti dalam kampus UPSI...kerana pada tarikh itu adalah ulangtahun satu peristiwa bunuh diri.....
Kisahnya menurut beliau: seorang siswi telah bercinta dengan seorang pemuda. Mereka terlanjur lalu siswi itu mengandung. Tapi, pemuda itu tidak mahu bertanggungjawab.
Siswi itu akhirnya bersalin, tapi oleh kerana malu, dia pun membunuh dirinya sendiri....pemuda itu mengambil bayi itu lalu pergi meninggalkan UPSI....tetapi pada ulangtahun tarikh kematiannya (dalam bulan Oktober), roh siswi itu akan merayau-rayau di UPSI untuk mencari bayinya.
Itu crita lecturer aku la...dan banyak lagi sebenarnya kejadian seram di UPSI....



Tak kisah la yang mana satu betul tapi lebih kurang je ceritanya. Dan ada menyebut tentang tragedi 10 Oktober. Sejauh mana kebenarannya , tak tau la..
Nie ada lagi kisah yang aku dapat



Dipetik dari sebuah forum :
akak pernah mengajar kat upsi dulu tahun 2002 mula...pernah la berpejabat di tadahan selatan ni...pada tahun diadakan konvo yg ahli payung terjun jatuh tembus bumbung tu akak masih di situ...
penah satu ketika, masa akak duk kat pejabat di tadahan selatan ni, sebelah tu ada kelas dan ada sorang lecturer math tengah mengajar, tiba2 sorang anak murid dia histeria...bila azan, dia diam..abis azan, dia jerit2 balik...last2 panggil guard...hantar berubat...lecturer lelaki tu siap tunggu luar, seriau kot...akak pun sama terjengah2 tapi takut sebenarnya...;P

di bilik yg sama, waktu akak nak mulakan kelas...as usual, student akan beberapa orang datang lambat...
tiba2, terdengar orang bagi salam dekat bunyinya kat telinga akak..halus suaranya...akak pun beriya la menganggukkan kepala dan jawab salam itu...yg murid2 akak melihat tengok muka akak dan bertanya nape puan...akak toleh ke belakang akak, dan cakap kat mereka tadi saya dengar ada orang bagi salam, mana orangnya....? students akak senyap semua dgn sendirinya...akak pulak naik bulu roma kat situ...:L

baidewei, toilet kat tadahan selatan tu scary laa...pun terkena gak kat situ...masa akak baru2 masuk kerja situ, dekan akak pesan, kalau dah takde kelas, pukul 6 tu paling la dia kata, dia suh balik....tak yah nak stay2 back bagai kat tadahan tu...:L



Itu, cerita di Tadahan.. Dengar-dengar pulak ada juga cerita seram kat Bangunan Suluh Budiman.


Aku tak pernah masuk pun bangunan nie. Tapi dengar cerita ada la penunggu. Tak tau sejauh mana kebenarannya.
Nie ada satu cerita yang aku dapat.copy paste je erk

Dari sebuah forum:
aritu iols tengah lepak then ada sorang abang ni ceritalah waktu tu dorang g meeting kat dalam bangunan suluh budiman tu, dalam blik meeting tu ada dua lapis pintu,  dia tutup pintu yang mula2 then dia tutup pintu kedua, masa dia tutup pintu kedua tu tiba2 pintu pertama tu bukak balik, dia buat banyak kali then still sama...

yang kedua pula dalam bangunan suluh budiman ni ada satu piano, setiap malam akan dengar piano ni berbunyi sendiri samapai satu tahap dorang terpaksa pindahkan...
.

Dalam bangunan tu macam nie la rupanya,

Cerita lain pulak

masa aku ke UPSI dulu kitorang dibawa oleh MPP UPSI untuk melawat sekitar UPSI. tak silap masa tu lepas asar. kitorang dibawa masuk ke bangunan Suluh Budiman. Kata sorang MPP yg bawak kitorang tu Suluh Budiman ni asalnya gereja, betul ke? Tengok design memang nampak macam gereja, tapi tak kisahlah pasal tu.tengah duk melawat tu, aku dgn 3 org kawan lagi follow sorang MPP ni. dia sporting sket. dia cerita kisah2 yg menakutkan kat Suluh Budiman. orang lain duk merayau kat bawah tapi kitorang dibawa naik ke atas, tempat yg selalu ada gangguan.

seingat aku ada satu patung kepala orang ke apa kat satu sudut. patung tu ada masanya akan berpusing ke arah kita walaupun pada mulanya ia menghadap arah lain. ada lagi tapi aku dah banyak lupa.

tambah MPP tu lagi pernah dia sendiri alami masa nak dekat exam. kalau tak silap Suluh Budiman ni tempat exam kan? sorilah kalau silap, dah tak berapa ingat sangat. katanya, lepas dia siap susun semua kerusi, lepas tu dia naik atas kejap then tiba2 terdengar bunyi kecoh kat bawah. jenguk2....semua meja kerusi dah berterabur.agak dah pukul 6 gitu kitorang disuruh cepat2 keluar dari bangunan tu...takut ada perkara2 x diingini berlaku lak. risau benda tu ngikut kitorang balik ke kampus.



Kalau korang nak dapatkan cerita-cerita seram lagi klik la dekat SINI ERK
Banyak lagi cerita yang Sarah misteri nak share tapi lain kali la erk.Blog nie dah macam blog untuk cerita hantu je.

Buat korang yang nak masuk UPSI jangan la cuak sangat pasal Sarah dah duk situ 2 sem, still okey je. Yang penting jaga tingkah laku dan blejar elok2.. ok itu je.. Terserah nak percaya tak. Lain-lain cerita akan dipost lain kali InsyaAllah...



Jangan lupa klik button donatekat bawah!

Nak Beli Tapi Takde Duit? Nak Share Tips Sikit

,Tuesday, May 22, 2012 | 3 Comment


Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera.

Pernah tak korang alami terasaan tak senang apabila tak dapat membeli sesuatu?
Mesti pernah bukan? Bukan saja rase menyesal sebab tak beli malah sampai tak dapat nak tido!

Sarah pun pernah alami perasaan nie.Memang masa kat kedai dah berkenan sangat tapi bila tengok bab harganya pulak memerlukan kita berfikir sejenak.
"Nak beli ke tak nak" perkara yang akan berlegar-legar kat fikiran.

Korang mesti nak tau kan macam mana nak dapatkan barang yang korang nak tu tapi takde duit. Nie ada tips   untuk korang dapatkan barang tu:

1. Tunggu Sales
Kalau sesuatu barang yang new arrival off course la harganya banyak punye naik. Tapi, cuba la korang bawak bersabar sikit. Tunggu diorang buat sales dan nie la masa korang serang! Biasanya jualan akhir tahun la banyak potongan yang dirtawarkan. So, simpan duit korang untuk sales nanti ye..



2. Survey kat tempat lain.
Kalau korang rajin dan ada masa, cuba buat survey dan window shoping sikit . Tengok mana-man kedai yang mempunyai barang dan design yang sama atau hampir sama. Seterusnya, bandingkan harga pulak. Kadang-kadang survey nie penting pasal takut menyesal plak bila dah jumpa kedai yang lagi murah.

Window shopping ke mengintai tu?

3. Suruh orang lain belikan
Senario macam nie memerlukan lakonan korang. hehe.. Buat muka kesian sikit dan mintak la mama, papa, pakwe,makwe belikan. Kalau tak pun, mintak tolong mereka bayarkan separuh, korang bayarkan separuh. Cara macam nie tak la terlalu membebankan,

4.Kerja kat kedai tu
Kalau korang bekerja kat sesuatu tempat yang ada jualan, korang semestinya akan dapat harga pekerja atau lebih mudahnya diskaun. Diskaun yang biasa diberikan bila jadi pekerja nie memang berbaloi .Selain dapat gaji, korang dapat barang yang diinginkan dengan jimat.

5. Tawar menawar
Yang nombor lima nie korang boleh buat masa kat pasar malam atau pasar-pasar yang sama waktu dengannya je ye.Jangan pulak korang jerit-jerit dalam shopping mall mintak kurang harga.



Tips tawar menawar pun ada.........

1. Muka msti manis ma..
Buatla muka kesian sikit. Masa nie la nak bukak bakat korang yang pandai berlakon tu.

Manis Macam Doodle yang BT buatkan

2. Jadi peramah dengan penjual
Korang pandai-pandai la bukak cerita sikit biar penjual tu ringan mulut layan korang. Puji-puji la sikit. Nak bukak cerita tu biarla kena dengan orangnya.  Bila hati dah suka, dia akan bagi la korang diskaun sikit. Tak percaya? Try buat..

3.Mintak diskaun yang masuk akal
Korang mintakla penjual tu bagi kurang tapi jangan la sampai penjual tu rugi pulak. Mintak dengan harga yang berpatutan la. Misalnya harga t-shirt tu Rm 30, korang boleh la mintak kurang jadi Rm26. InsyaAllah dengan sedikit kepandaian korang merayu dia bagi dengan harga tu. Kalau tak pun, dia akan bagi diskaun sikit walaupun seringgit.


 Itu aje tips yang dapat Sarah kongsikan... Selamat mencuba..=)

Giveaway Contest By Nur Faizuddin Fuad

,Sunday, May 20, 2012 | 2 Comment
Assalamualaikum Semua

Ok, mungkin terlebih rajin hari nie dek kerana Kelantan berjaya menjulang piala FA.Di hari yang istimewa nie (istimewa ke), Sarah nak join satu Giveaway yang telah dibuat oleh Nur Faizuddin Fuad.


Nak join??? Klik pada banner..

Korang mesti nak tau ape hadiahnya kan?
Hadiahnya :
Tempat Pertama: Top up Rm15
Tempat Kedua : Top up Rm10
Tempat Ketiga: Top up Rm5

Hadiah yang ditawarkan tu dah cukup okey pasal Sarah sendiri pun tak mampu buat GA macam nie.
hehe.. join je rajn tapi tak dapat2 jugak. Takpe, itu dikira nasib la kan?

Sape-sape yang tak follow Nur lagi boleh la follow die kat  faizuddinpro.blogspot.com
Blog dia menarik pasal ada pelbagai info, siap ada tutorial lagi.
Lagipun, blog dia loading kejap je, so senang la nak masuk walaupun line internet slow.
Apa yang membuatkan Sarah tertarik pada blog dia nie ialah font die yang smart, background menarik dan Nur yang rajin membalas setiap komen. Jarang nak jumpe blogger balas komen nie.

Mengenai GA yang dianjurkan oleh Nur nie diharap dapat mengeratkan silaturrahim antara blogger.
Kata Nur lagi : .Siapa yang dapat manghantar trafik paling banyak ke Nur akan mendapat hadiah

Nak tag blogger:

Yang tak ditag pun jom la, join sekali..Join, jangan tak join..=)

Resipi Ringkas Tapi Sedap

,Sunday, May 20, 2012 | 6 Comment
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia
Malam nie Sarah nak share satu resipi yang mudah dan enak iaitu Maggi Pizza.
Biasa Maggi dimasak secara rebus atau goreng sahaja, tapi kali nie kite boleh buat pizza pulak.

Bahan-bahan yang diperlukan :
-2 biji telur ayam, bukan telur itik..
-sebungkus mee segera@maggi.. lebih sedap guna perisa kari
-daging burger (cincang)
-sayur mayur (kalau suka)
-sedikit lada hitam


Langkah-langkah:
1. Rebus mee segera dan toskan 
2. Pecahkan 2 biji telur dan sebatikan dengan perencah mee segera
3. Apabila dah sebati, masukkan daging burger dan sayur  yang telah dicincang dan gaul bersama 
4. Campurkan mee segera ke dalam kesemua sebatian tadi.
5. Panaskan kuali dan minyak dan humbankan kesemua sebatian kedalam kuali.
6. Goreng sehingga masak (biasa warna keperangan)
7. Hidangkan bersama baun dawang.( xde pun tak pe)

Hidangan yang ringkas ini cukup untuk 3 orang.
Sedap! cubalah..... =)
Comelkan doodle nie.. amik kat blog BT




Live Streaming Kelantan Vs Sime Darby Fc (Final Piala FA)

,Saturday, May 19, 2012 | Comment
Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia


Perlawanan bagi merebut piala Fa antara The Red Worrior dengan Sime Darby semakin terasa bahangnya. Perlawanan itu dijangka bermula jam 8.45 malam ini.
Bagi sesiapa yang tidak dapat ke stadium Bukit Jalil boleh mengikuti siaran langsung melalui Astro Arena 801 dan RTM tv 1.


LIVE STREAMING ONLINE KELANTAN VS SIME DARBY FC 19 MEI 2012





Sumber dan kredit to: Info Ammboi dot com




Segmen Header For Blogger II

,Thursday, May 17, 2012 | Comment

Assalamualaikum Semua


Nak join? Klik banner yang kat atas nie

Petang nie Sarah bersekempatan join Hanis punye segmen yang kedua. Hari tu Sarah dah join and dapat blogger card, tapi kali nie nak mencuba nasib pulak supaya dapat header.
hehehe.. Mintak-mintak la dapat, aminnn

Nak tag 3 orang nie :

Biodata Contest By Nurra

,Thursday, May 17, 2012 | 2 Comment

Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia

contest
Nak join? tekan banner

Hari nie mood yang baik. So, nak join la satu contest yang senang nie. Contest nie dianjurkan oleh Nurul Atikah. 

Bagi join contest, kene perkenalkan diri dengan menyertakan biodata masing-masing.. Ala, macam first time masuk  kelas...Ok, nama pemilik blog nie ialah Nurmaisarah binti Azmi. Berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang, iaitu negeri Kelantan. Sarah sekarang nie belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim Perak dalam jurusan Diploma Sains. Umur 19 tahun (muda lagi)

Hobi Sarah ialah join contest. hehehe. Kalau yang serius nye Sarah suka melancong. Tapi tak banyak tempat lagi yang Sarah dah pergi. Tapi Sarah memang suka jalan-jalan kat negeri orang sebab dapat tengok pemandangan dan budaya yang berlainan dari tempat kita sendiri.

Cita-cita Sarah pulak? Kalau orang tanya Sarah akan jawab nak jadi cikgu pasal sekarang dah duk UPSI kan, senang la sikit. Tapi disudut hati sebenarnya nak jadi usahawan..=P
Sarah bercita-cita nak bukak business sendiri dan nak buat satu perniagaan yang dapat membantu golongan yang menganggur serta berangan nak pasarkan produk Sarah kat negara-negara lain. Nak tahu business ape? Sarah ingat nak buat business makanan, coklat mungkin.
Ok, tu hanyalah angan-angan Sarah la, tapi angan-angan itu boleh jadi realiti kan?

Gambar hiasan. Tak tau nak letak gambar ape.. hehe

Family Sarah pulak. Sarah anak sulung dari 5 orang adik beradik. Kalau kat rumah diorang panggil Sarah "Kak"..Kawan-kawan pulak majorotinya panggil Sarah. Tapi ada je yang panggil Mai.. Sebenarnya tak kisah panggil Sarah ke, Mai ke, President ke. 

Itu aje la kot.. Sebarang pertanyaan boleh diutarakan. Hahaha.. Mane tau ada orang nak tanya single lagi ke.=P
Lupa pulak, slogan satu lagi...

Menutup aurat itu indah kerana aurat yang halal cuma untuk yang berhak. Jika tidak dijaga auratnya maka tidak ada istimewa orang yang berhak itu. Sesungguhnya Allah suka pada keindahan. Jadi, jagalah aurat anda.

Nak tag 3 orang nie : 


P/s : contest ini akan berlangsung 14 Mei hingga 25 Mei 2012

Segmen Doodle Part 1

,Thursday, May 17, 2012 | Comment
ASSALAMUALAIKUM

Malam nie terasa ringan tangan nak join satu segmen yang dibuat oleh Apit nie. Comel betul doodle die buat, so nak try join la. Segmen nie untuk 50 orang yang terawal je. So, tanpa membuang masa Sarah join la.

Nak join? Klik Banner

Nama : Sarah
Untuk doodle pulak, warna baju :  deep pink #E4287C
Warna seluar : Hitam

Nak tag 2 orang nie:



Kisah Seram Kat Hostel

,Wednesday, May 16, 2012 | Comment
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Nak tanya nie, siape yang pernah ditindih hantu? Mesti time tindih tu rase tak dapat gerakkan badan and rase berat macam dihempap sesuatu yang berat kan? Tapi, wujudkah situasi ditindih hantu macam nie sebenarnya atau hanya khayalan kita semata-mata?

Sarah pernah mengalami sendiri, setakat nie dah 2 kali. Masa kali kedua la yang paling seram yang pernah Sarah rasa. Kejadian nie berlaku pada 15 Mei, baru lagi la. Tapi yang peliknya waktu tu pukul 2 petang. Macam tak lojik kan? Masa tu tertido kat ruang tamu rumah sarah nie lepas update blog. Sarah rase pelik bila tetiba badan tak dapat nak gerak. Hati dah tak sedap. Sarah cuba lagi nak gerakkan kaki. Tak dapat. Dan menjerit, suara tak keluar. Badan pulak terasa berat. Sarah cuba baca Ayat Kursi (dalam hati), tapi macam berterabur. Tiba-tiba terdengar pulak satu suara, tengah gelak2 kecik. Suara perempuan tak silap. First time dengar, memang meremang bulu roma. Setelah cuba lepaskan diri, Al Hamdulillah, Sarah dapat gerakkan kaki. Lantas anggota badan lain terasa ringan.

 Kat hostel dulu, kawan-kawan Sarah selalu mengadu cakap diorang kene tindih. Masa tu Sarah tak tau macam mana rase kene tindih tu pasal tak pernah kene. Bukan aktiviti tindih menindih je berlaku, Sarah pernah kena usik jugak tapi yang ringan-ringan je la. Kadang-kadang bile waktu malam bende tu main telinga Sarah. Geli la jugak tapi jangan dilayan sangat perasaan takut tu.

Pernah terjadi masa form 5 dulu, kejadian yang berlaku masa kat asrama jugak. Kawan Sarah, Fatin terbangun dari tidur selepas ditindih hantu. Masa tu dalam pukul 3 kot. Die tak dapat nak lelapkan mata  selepas kena tindih, so die kejutla kawan sebelah dia nie, Eya..Nak hilangkan ketakutan Fatin, Eya bagi la tido sebelah dia. Tiba-tiba Fatin dengar suara Atirah (dorm mate kitorang) sedang bercakap-cakap macam tengah gayut ngan pakwe. Fatin tak tau dari mana datang nye keberanian dan terus berjalan ke arah katil Atirah yang terletak di barisan paling hadapan sebab setiap 2 katil pelajar di pisahkan dengan dinding.
Fatin sampai kat katil Atirah dan tengok Atirah tengah tido! Die jadi menggigil bila tau yang suara yang dia dengar tadi bukan suara orang pasal semua pelajar dah tido masa tu. Die lantas berlari kearah katil Eya dan cuba lelapkan mata.

Eya : Ko pegi mana tadi?
Fatin : Esok aku cite. Eya, aku takut nie.
Eya : Relax fatin.. bace ayat Kursi...

Sambil baca ayat Kursi, diorang pegang tangan. Tangan Fatin still menggigil. Eya dapat rasakan yang Fatin benar-benar takut.

fatin: Eya, macam mana nie, aku tak dapat tido..
Eya : aku ade Fatin.. cuba tido..

Dalam mereka bercakap-cakap (tp mata pejam), tiba-tiba dengar satu isyarat
SHHHHHH.......
Bunyi seperti orang bagi isyarat diam..
dekat je kat telinga diorang.

Pegangan tangan dua gadis tadi jadi semakin kuat. Mereka tak tido lepas tu sebab terlalu takut. 
Lepas kejadian tu, bila Fatin tak boleh tido je, dia tidur sebelah aku. Aku tak kisah pasal aku pun penakut jugak sebenarnya.Tapi, tak pelik la gangguan2 macam nie berlaku kat hostel. Histeria dah jadi perkara biasa.


Something wrong with this picture,, find out what is it!


P/s : Rase skema pulak dalam post nie..

Aku Pun Nak Terbang!

,Tuesday, May 15, 2012 | 6 Comment
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Ok, masa untuk remind balik 2 tahun lalu.. Ye, masa tu umur 17, muda lagi. Tapi bukan soal muda atau tua, ini soal masa sekolah. Pengalaman dan kenangan yang ada masih terpahat dalam ingatan..<---mood jiwang sikit.


Pagi---> Pukul 5.50.
Awal lagi. Masih tak bangun2. Mata berat nak bukak apatah lagi kaki nak melangkah.
Pukul 5.55 pagi. Terdengar suara orang kejut. Biasanya Mia atau Fizah. Bangun, lipat selimut, ambik tuala.
Terus jalan sambil tinjau kawan-kawan lain, semuanya dah lengkap berbaju sekolah, bertudung malah ada yang dah berlepas ke surau. Diorang pandang aku semacam je. Aku buat poyo je. Jalan sampai la kat bilik air. Kosong, dah tak de orang. Ape lagi, aku terus masuk kat bilik air feveret aku.<---bilik air pun ada yang feveret tau. Korang ade?

Pagi----> Pukul 6.10
Nasib dah kemas buku elok2 before tido malam tadi. Iye, skarang masa adalah emas. Sangat2 perlu untuk aku cabut dari dorm yang mempunyai nama hampir sama ngan nama aku. (Siti Maisarah). Macam tak de nama lain kot nak letak. Aku terus jalan + lari2 anak kucing ke pintu dorm. Opps, lampu jangan lupa. Suiz lampu aku tutup lalu dorm yang memuatkan 52 orang itu gelap. Biasenya aku la yang kena tutup pasal aku orang last kluar. Aku berlari-lari lagi, sampai di gate utama Asrama Perempuan MRSM Kuala Terengganu itu. Nampak ada lembaga, bukan 1 tapi 2 tapi aku tak pasti dek kerana pencahayaan yang kurang di kawasan itu.. Dada aku semakin berdebar-debar. Kakiku semakin hampir kearah lembaga itu, hatiku terus tertanya-tanya adakah lembaga itu...... iye..tepat sekali tekaan ku, lembaga itu bukan sebarang lembaga tapi Lembaga Disiplin Pelajar. HUH! Kena lagi aku. Lalu namaku ditanya. "Nur" jawabku pendek. Aku tak menipu, memang namaku Nur kan. hehe. Esok, bila diorang tanya lagi, aku jawab "mai", lusa pulak "sarah".
Nasib baik ada tiga nama, boleh bergilir-gilir. Harap tak de la orang perasan.

Pagi---->Pukul 6.45 
Usai menunaikan solat Subuh dan membaca surah Yassin (walaupun terlelap-lelap), aku merebahkan badanku yang masih diselimuti telekung putih. Lalu, dengan lantasnya mataku tertutup dan ..........
7.00 pagi. "Sara, bangun" satu suara mengejutkanku. Dengan lantas aku bangun dan melipat telekungku.
Mataku masih berpinar-pinar dek tido lepas Subuh. Itu la pasal orang tak bagi tido lepas Subuh kot.
Tapi, aku dah tak de masa nie. Tinggal 5 minit lagi. Aku segera ke Dewan Makan dan aku bernasib baik sebab kakak DS ade lagi. " terima kasih kak" ucapku walaupun muka diorang masam mencuka. Biasa la, keje pagi-pagi mana ade mood nak senyum lagi.

Pagi----->Pukul 7.10
"Assalamualaikum. Semua pelajar dikendaki ke tempat Roll Call sekarang."
Jeritan itu membantutkan selera makanku. Makan tak habis lagi dah jerit-jerit. Omelku dalam hati walaupun tahu itu salah diri sendiri jugak.

Pagi------>Pukul 7.20
Tak ade tanda tanda lagi Roll Call nie nak mula. Biasa la, budak laki tak datang-datang lagi. Kaki aku dah lenguh nak menunggu. Roll Call dimulakan dengan mengalunkan Asma Ul'Husna.
Diikuti dengan ucapan oleh BWP, HEA dan para warden.( ayat skema)
Dan last, aku paling cuak. Laporan Pagi yang dibuat oleh Lembaga berbaju kelabu tu la. 
Seperti biase, jangan buat-buat tak biasa, aku beratur bersama-sama dengan 'pesalah-pesalah' lain. "Kenapa Sarah?" tanya kawan aku yang turut sekali beratur apabila namanya dipanggil. "Biase la keluar lambat, awak plak kenapa?"
 "Satu dorm kene, kasut tak susun"jawabnya ringkas.
Macam-macam kesalahan yang ada. Ada yang cadar tak tegang. Biasa la, benda macam tu patut dibiasakan masa duk hostel cam nie pasal nanti masuk U terurus la sikit. Kami beratur dan menunggu hukuman yang akan dijatuhkan. 
"Lari 3 round" 
HUH! Pagi-pagi dah lari. Memang macam tu la, sebab tu aku slim... hahaha. Habis je lari 3 round ( xjauh pun, saje buat gempak), aku segera ke kelas aku, 5 Al-Khindi.. Peluh tak hilang lagi, cikgu dah masuk.
Bahasa Inggeris. Ya, subjek tu boleh membelai aku pagi-pagi nie. Lagi-lagi kelas jadi sunyi sepi. Nasib baik, susunan meja menyelamatkan aku dari pandangan cikgu terhadap aku. apa lagi, ambik kesempatan untuk tido la... Sesi pembelajaran terus berjalan. Otak bekerja, mata mengantuk. Kedua-dua memainkan peranan masing-masing. 

Tengah hari--->Pukul 12
"Pres, mari sini jap."kata mc yus.PRESIDENT.. bukan asing panggilan tu untuk aku.
Korang jangan nak confuse sangat eh, aku bukan presiden Lembaga, bukan presiden kelas apatah lagi president BWP.. tapi aku adalah president KBL (Kelab Bangun Lewat) ok, bunyinya cam jelek tapi  tu la kebenarannya.. bukan sekelas tapi satu batch kot panggil macam tu. First2 memang la tak suke tapi lama2 ok dan bangga plak dapat title President tu.. ye la nak harapkan title President dekat kelab Badminton Negara memang tak tercapai la kan..ok, dah start mengarut la plak..

Sebelum aku teruskan, korang perasan tak yang tajuk entri nie tak de kene mengena ngan cerita aku?
OK, aku  straight to the point je la. 

Sekarang, 15 Mei 2012..

Jika ditinjau status kawan-kawan yang lain, Wow, gempak diorang kan, dapat blajar kat tempat2 yang best. Ada yang tengah buat foundation, ada yang dah blajar kat oversea pun..Kawan yang still kat sini lagi tu diorang tengah tunggu masa je nak orang panggil masuk kapal terbang. (bahasa kg sikit)

Jadi, aku nak jerit kat sini jugak. AKU PUN NAK FLY!!
Nak jugak main salji, pastu buat salji tu bentuk hati, snap-snap gambar.
Aku nak jugak jalan-jalan kat taman bunga kat sana.
Nak tu, nak nie...
Aku pun nak merasa duk kat negara orang jugak!!

Sebelum aku melalut lebih2 aku rasa itu je yang sempat aku kongsikan dalam mengimbau nostalgia lama serta sempat aku luahkan isi hatiku.
mengarut betul post nie. nak blajar oversea? haha.. nak capai pointer tinggi kat upsi pun aku tak mampu.
Tapi aku tetap bersyukur la dengan apa yang aku ada...Al hamdulillah...
P/s: maaf ber aku dalam entri nie...


Anak Perempuan Dianggap Beban di India

,Monday, May 14, 2012 | 4 Comment
Di India kanak-kanak perempuan dianggap beban kerana tradisi perkahwinan mereka yang memerlukan wang hantaran besar oleh pihak perempuan diberi kepada pihak lelaki.

Hal tersebut menyebabkan banyak kematian kanak-kanak perempuan di negara itu dek kerana keluarga tidak mahu terbeban apabila kanak-kanak itu dewasa nanti. Di samping itu, ada juga masyarakat yang mempercayai kepercayaan karut. Hal ini kerana keadaan merekamiskin dan buta huruf menyebabkan mereka menerima kepercayaan itu supaya jauh dari nasib buruk.

Harian Metro melaporkan seorang bapa cuba menanam anak perempuannya hidup-hidup namun berjaya diselamatkan apabila seorang pekerja di tanah perkuburan menyedari perbuatannya itu. 

Dipetik dari myMetro:

Dinesh Kumar, bapa Radhika dan adiknya mendakwa seorang guru agama mengarahkan mereka melakukan perbuatan itu sebagai usaha mengelak nasib malang keluarga itu selepas anak mereka meninggal dunia akibat sakit, tahun lalu.
Radhika, kini berusia dua bulan, dirawat di hospital kerana kekurangan air dan zat.


Dalam kes yang mungkin menjadi kes ketiga bulan lalu, seorang wartawan mengatakan ia berlaku kerana kemiskinan dan buta huruf, menjadikan orang ramai percaya kepada kepercayaan karut.


KELUARGA Radhika yang miskin.

Ibu Radhika, Bharati Rani, menafikan terlibat dalam kejadian itu dan berkata: “Beritahu saya ibu mana yang sanggup membunuh anaknya sendiri?”Penjaga kubur, Sriram Kore berkata: “Anda lihat sendiri bukti kubur digali.”
Katanya bapa dan bapa saudara Radhika menggali kubur itu dan membuat upacara keagamaan.
“Mereka membawa bungkusan kecil, bayi perempuan yang sudah mati dan mahu menanamnya. Tapi, saya dapat lihat dia masih hidup, jadi saya cepat-cepat menelefon polis,” katanya.
Setakat ini, polis masih belum menjejaki guru agama yang terlibat.

* berbeza pulak kat negara kita, banyak lagi kes bunuh bayi tak kira laki ke perempuan.



Kahwin Tapi Dengan Siapa??

,Sunday, May 13, 2012 | Comment


Di Ulu Baram, sebuah suku kaum Penan masih mengamalkan perkahwinan sesama ahli keluarga termasuk anak dengan ibu, anak dengan bapa atau abang dengan adik.

Menurut harian Metro, mereka mendapati  kira-kira 15 keluarga yang mendiami kawasan itu secara berpindah-randah walaupun disediakan rumah panjang, mempunyai pertalian darah, malah 10 pasangan berkahwin dengan darah daging sendiri.


Hal ini menyebabkan  kebanyakan remaja dan kanak-kanak di situ tidak memiliki kad pengenalan kerana mereka biasanya tidak mendaftarkan kelahiran hasil perkahwinan cacamarba itu, selain tidak sempat ke klinik.

Jika dahulu, masyarakat tempatan memandang hal ini sebagai perkara biasa kerana mereka yang hidup nomad dalam jumlah komuniti kecil menyebabkan mereka tidak banyak pilihan untuk mencari pasangan hidup, namun ia adalah perbuatan yang pelik bagi masyarakat luar.

SEIRAS... pasangan muda yang mendakwa suami isteri.


Sumber : myMetro


* Begitulah yang berlaku di negara kita sendiri. Kes yang berlaku di Indonesia pula hampir sama dengan kes di atas.  


Pengakuan seorang ibu yang sanggup berkahwin dengan anak lelakinya menggemparkan Indonesia dan negara-negara jiran lain. Pengakuan itu dirakam di progran d'show di negara itu.

Indon Sengal - Mak Kahwin Anak Kandung Sendiri

Para penonton yang menghadiri d'show itu juga ada kalanya bersorak dan bergelak seperti hal yang dibincangkan itu adalah perkara yang remeh.

Saya mendapati  anak lelakinya itu seperti dipaksa oleh ibunya dan dia juga ada menyatakan yang dia terpaksa, jika tidak ibunya akan menghalaunya.

Si Ibu itu pula menyatakan dia tidak malu kerana dia hanya berzina dengan anaknya bukan dengan orang lain.

* Harap benda jijik macam nie tak berlaku la di negara kita sebab hal macam nie la yang boleh membawa kepada bencana, Sesungguhnya hal nie benar-benar serius dan boleh membawa kepada kemurkaan Allah S.W.T.


Giveaway Dari Blog Asyraf

,Sunday, May 13, 2012 | 2 Comment
Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia semua...

Pada hari elok bulan elok nie dengan sukacitanya saya nak menyertai GA dari blog Asyraf nie. 
Banyak pulak bulan nie join aktiviti macam nie tapi tak pe sebab hadiahnya cukup-cukup best
especially buat orang yang liat nak mandi macam.....Eh, kesitu pulak.
Nie hadiahnye



Nak Join?? Tekan banner atas nie.

I LOVE SHOPPING at ONLINE SHOP MHS
LIKE page> ONLINE SHOP MHS<

5 kawan facebook yang telah dipaksa like page ONLINE SHOP MHS


Sarah sendiri pun dah like. fb Maisarah Azmi

Sape-sape yang nak join boleh.. Tarikh last  9 June 2012

Bloglist

,Saturday, May 12, 2012 | 16 Comment
lHi dan Assalamualikum...

Perhatian semua. Saya bukan nak buat segmen tapi bunyinya macam segmen sikit. Saya nak nak letak bloglist  kat blog saya nie dan tak tau nak letak blog sape. Tak banyak dalam 5 atau kalau ramai 10 blog pun tak pe.

Ramai blogger buat segmen sekarang nie and rasenya cukup la korang komen kat bawah nie kalau nak jadi bloglist kat blog Sarah yang tak seberapa nie.(merendah diri) hehe..

Nanti Sarah akan view blog anda dan pemilihan akan dibuat kalau terlalu ramai. Sarah akan bagitau kepada blog yang terpilih untuk bloglist kat Sararose.com nie.


Burung nie pun dah pesan, jadi ape  lagi



Segmen Review Newbie By SI CADBURRY

,Friday, May 11, 2012 | 6 Comment
Salam 1 Malaysia


Nak Join? Klik pada banner yg comel kat atas nie.

Dah nak tido sebenarnya tapi terjumpa pulak segmen nie. "MENARIK NIE" (dalam hati)
Ape lagi, dah memang hantu segmen, join je la. Lagipun segmen nie simple je.

Nama sy Nurmaisarah bt Azmi. Panggil Sarah.
Warna kegemaran ialah warna biru terquoise dan purple.
Purple sebab warna pembalut coklat Cadburry.

Itu je..

p/s : saye pun suka coklat... =)

Kartun Yang Patut Korang Tengok

,Friday, May 11, 2012 | 5 Comment
Hai semua

Minggu nie agak banyak Sarah join segmen  segmen.. emm, 5 semuanye. Tamak betul kan.
hahaha. Ok, nak share nie. Citer kartun yang best. Ok, jangan gelak. Relax dulu. Jangan 
keluar dulu, bace sampai habis. Ini kartun bukan sebarang kartun tau.



Kucing kat atas nie comel kan?? nie punye kucing tak de kene mengena pun dengan cerita yang 
Sarah nak cakap tu. Itu sekadar hiasan.

OK, pernah dengar  Happy Tree Friends. Pernah tengok tak?
kalau tak pernah tengok jom tengok video nie kat bawah.




Nie ade satu lagi...


 Ade lagi yang lebih best.. tapi korang cari sendiri la kat youtube.
Kalau malas tekan je SINI

Ok la.. selamat menonton..

Blog alyzafisol.com Giveaway

,Thursday, May 10, 2012 | 5 Comment
Assalamualikum..

 


Kalau nak join tekan banner.
Rasa macam rajin betul hari nie. Tak sempat makan pulak tu.  So, join je la GA akak Alyza nie.
Nampak macam ramai giler yang join. Aissh.. susah la nak 
dapat hadiah macam nie. hehehe.Takpe, kalau ade rezeki ada la kan.

Nak tag 3 orang nie : kak ain   norasyimah   zell


p/s : last minute nie.. tapi mintak2 la dapat..=)

Segmen : Up Follower & Tambah Kenalan

,Wednesday, May 09, 2012 | 12 Comment
miss Z berceloteh
Malam nie rase nak join segmen la pulak. Jumpe segmen nie masa blokwalking.
Segmen nie dibuat oleh Miss Z. Kalau nak join klik banner.

Jumlah follower Sarah sekarang nie 158 orang. tak la seramai miss Z tapi
tak pe la.

Sarah orang Kelantan dan penyokong The Red Worrior. hehehe. sempat lagi.

Nak tag 2 orang nie : Hana dan Miera.

Tukar Background

,Wednesday, May 09, 2012 | 4 Comment
Hari nie Sarah tukar backgroud lain pulak.. Bukan ape, saja nak tukar selera.
Amacam? ok tak? mane lagi ok, yang dulu ke sekarang?

Sarah biase ambik background kat http://shabbyblogs.com/

Banyak pilihan menarik yang boleh kita pilih. Bukan background je yang boleh kita dapat malah
header, serta hiasan-hiasan yang sangat sweet boleh kita dapat secara percuma.
So, tak payah susah-susah nak tempah ke ape.



Semua Tentang Aku

,Wednesday, May 09, 2012 | 8 Comment
Assalamualaikum semua.

Hari nie mood Sarah ok dan nak share sikit rahsia Sarah kepada reader.
Hal ini adalah kerana Sarah takde idea nak tulis ape.
hehehe..ok, Rahsia yang first adalah..
....
...
..
 Aku seorang yang takut pada ketinggian
ade readers yang ada masalah sama tak? memang aku sangat takut ada kat bangunan yang tinggi.
Masa kat sekolah dulu, aku jarang sangat naik tingkat 4 pasal aku rase tempat tu
paling ngeri kat sekolah. Kalau naik pun, memang berpeluh-peluh la,
rase nak merangkak je kat situ. Serius!! sekarang nie pun, time nak naik jejantas la 
paling mencabar. Menggigil! kena ada bodyguard nak naik bende tu.
Kawan-kawan aku yang rapat memang dah paham sangat dengan semangat
aku yang lemah bab-bab tempat tinggi nie. Tapi aku terima la..
Nak buat macam mana kan.

gambar hiasan..sarah amik kat blog fizi..
kraetif kan


Rahsia kedua....
......
...

Mata alah pada matematik.
Ha.. ini ada satu lagi masalah aku. Memang tak paham betul la. Time cikgu atau lecture tengah
mengajar maths je, mata mesti mengantuk je. Subjek lain takpe plak.
hal nie berlaku start masa aku form 1 lagi sampai la sekarang.
time ngantuk, kadang-kadang terlelap terus la. Lepas cikgu ajar, baru la sedar balik. Masa tu baru la kelam kabut. Mula la pusing sana, pusing sini tanya kawan apa yang cikgu ajar tadi.
Nasib baik kawan2 aku tak kedekut ilmu.. 
Teruk betul aku kan? hahaha..

Sekadar gambar hiasan.


Rahsia lain? ada lagi....
...
..
Aku memang suka tengok bola sepak.. Maybe sebab abah aku selalu tengok
maka terjangkit kat anak pompuan dia nie..
Kat kolej pun, kawan-kawan serumah aku asyik kutuk aku je.
"tengok bola lagi, minat betul sarah nie erh"
Aku rela bersesak-sesak kat bawah semata mata nak tengok Malaysia vS indOnesia
hari tu. Masalah nye adalah, aku suka tengok je tapi banyak perkara yang
aku tak taw pasal bola nie. contohnya, bila bola tu dikira offside erk?
aku cube nak tanya tapi segan plak..
sape-sape, tolong la bagitau aku erk... kesian kat aku. hahaha.

Ok, tu je la rahsia aku yang boleh dishare. nak bagitau banyak-banyak turun saham pulak.
Al maklumla rahsia aku banyaknye pasal kelemahan aku je.
Tapi kelemahan yang kita hadapi boleh kite baiki. Insya Allah.

P/s : Maaf la ber 'aku' dalam entri nie..




 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013