Dipetik dari page I ♥ KELANTAN. Cerita yang dikupas sebelum ini ada yang sangsi mengenai penemuan terowong di Palekbang. Bagi mereka yang sangsi, inilah pintu masuk terowong yang dijumpai oleh kontraktor tersebut.
Pihak Bomba Malaysia menyedut keluar air didalam terowong tersebut kerana pihak arkeologi hanya dapat memasuki sebahagian saja daripada laluan terowong ini ekoran ditenggelami air.
Terowong ini dikatakan bersambung sehingga ke Tak Bai, Thailand sehingga Lapangan Terbang Bawah Tanah Lalang Luas. Jika dilihat, struktur konkrit yang digunakan di terowong in kemungkinan digunakan oleh tentera Jepun ketika menyerang Tanah Melayu suatu ketika dulu. Kemungkinan besar terowong ini adalah terowong purba, tentera Jepun hanya menggunakan terowong ini. Panjang terowong ini dikatakan hampir 100 KM.
Dikhabarkan, seluruh kawasan terlibat di Palekbang ditutup rapi oleh pihak polis semalam dan semua kawasan dipagar. Polis dan beberapa jabatan kerajaan mula berkampung disana kerana ia amat penting dalam menjaga kerahsiaan tempat ini. Berikut merupakan mitos mengenai terowong ini.
- terowong rahsia yang sangat panjang merentasi Sungai Kelantan
- kubu bawah tanah Tentera Jepun
- kubu bawah tanah Tentera Jepun
- Kota Purba Raja siam + harta karun
- Tempat simpanan emas Kerajaan Melayu Purba
Update *
Dipetik dari Sinar Harian artikel bertajuk Misteri terjawab: 'Itu bukan terowong, tetapi hanya telaga'