Ping Entri Untuk Tingkatkan Trafik Blog

,Thursday, January 03, 2013 | 13 Comment


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Anda pernah ping entri? Bagi blogger yang mengejar trafik tinggi semestinya tidak melepaskan peluang untuk ping entri korang di banyak-banyak kan? Semestinya banyak pilihan website yang memberi kemudahan untuk anda ping entri anda. Antara tempat best yang anda boleh ping adalah :

1. Ping Busuk.org
Busuk merupakan salah satu website untuk ping entri terbesar di Malaysia. Rata-rata blogger Malaya submit entri di sini kerana trafik yang diterima tidak pernah mengecewakan. Apa yang penting, tajuk entri mesti menarik dan bermanfaat untuk pembaca.

2. Kartikel.com
Sarah baru sahaja berjinak-jinak ping dekat Kartikel nie dan sangat mengejutkan bahawa hasil trafiknya sangat bagus, sama seperti ping di Busuk. Cuba lah ping di sini, tak mustahil trafik akan meningkat dua kali ganda.

3. Blogr
Ping di Blogr juga best. Sekarang sudah lebih 2000 blogger Malaysia berdaftar. Joinlah Blogr sekarang, tak rugi. Cara daftar melalui facebook ataupun twitter dan letakkan banner kecil BLOGR.MY di blog korang. Web ni pun bagus juga, cuma entri terkini je yang dapat korang pingkan, macam busuk juga.

Bukti ping entri adalah sangat berkesan!

4. Group di Facebook
Kalau diperhatikan, memang banyak group untuk blogger berkongsi entri di facebook. Kelebihannya ping di group ini supaya orang ramai (friends yang bukan blogger) rasa tak tertanggu dengan entri-entri kita. Takut diorang kata kita menyemakkan mata diorang dengan entri kita pula. Jadi, apa kata berkongsi entri korang di page dengan orang yang sama minat (blogger), disamping boleh meningkatkan trafik kita juga boleh menambah kenalan. Jadi salah seorang members group Kelab Blogger Ben Ashaari dan sekarang sudah hampir 23 Ribu members. Selain itu,korang boleh join Blogger MalayaDiari Sahabat Blogger,dan What Trending Now. Jangan ketinggalan untuk daftarkan diri dalam Team Blogger + Reward.

5. GuaBlog.com
Suatu masa dulu Sarah pernah menggunakan GuaBlog nie tapi sekarang memang dah jarang submit entri di situ. Guablog menggunakan sistem timbal balas, kalau ada unique visitor yang masuk ke guablog, pasti akan ada yang masuk ke blog korang juga. Jadi situasi win-win. Cara guna, register dan tampal widget GuaBlog. Kelemahan, korang kena masukkan data entri secara manual.So leceh sikit laa. Sama lah jugak dengan Apesal.com.


Banyak lagi tempat untuk kita ping entri cuma dari segi penambahan trafik adalah tidak begitu memberangsangkan. Jika korang ada penambahan bagi tempat ping entri yang bagus bolehlah berkongsi pada ruangan komen. Semoga info ini dapat memberi manfaat kepada semua.



13 comments:

  1. Bagusnya Cik Sara nie... Terima kasih banyak-banyak atas perkongsian yang sangat-sangat-sangat bermanfaat... Selama nie Ping kat Busuk jer... Nanti nak try jugak la.... Hehehe...

    Terima kasih sudi berkongsi... Bagus2....

    ReplyDelete
  2. selalu ping kat busuk ja...yg lain xtau sgt..blogr jrg buka...hehe

    ReplyDelete
  3. ena selalu ping blog kat busuk.org... now nak try ping kat kartikel.com tu.. hehe terima kasih sharing

    ReplyDelete
  4. ien selalu gak ping..

    aien datang dari Ina 1st Giveaway

    ReplyDelete
  5. Mende la ping bagai ni bodoh benar ko ni..
    Orang tak ping lg berjaya dari ko bodoh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboiii ayat~~
      satu jari tunjuk kt orang,,4 jari tunjuk kt ko~~
      apa lar~~ slalunya org jels cam ko jer yg slalu kata camtuu

      Delete
  6. bodoh betol anon tu.
    blogger yg dah berjaya pun still ping entry lg la.
    orang nak ping entry pun jeles.
    takde keje betol!

    ReplyDelete
  7. ishh anon tu.. tu hak induvidu oke.. sara ke tag :)

    ReplyDelete
  8. salam, time kasih bg tips berguna ni..hee...nak try la jugak..

    ReplyDelete
  9. Sepenting itukah ping blog?

    ReplyDelete
  10. SAYA MASIH DITAKUK LAMA
    aisyyyy

    ReplyDelete

Jangan letak link tersembunyi di ruangan komen ini. Terima Kasih dan datang lagi ye

 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013