Perghh! Tablet Senipis Kertas

,Monday, January 14, 2013 | 8 Comment



Hari ini persaingan antara syarikat pengeluaran gadget bersaing secara sihat bagi memasarkan produk mereka kepada pengguna di seluruh dunia. Setiap gadget yang dikeluarkan semestinya mempunyai kelebihan masing-masing. Tablet Samsung? Apple? Semuanya kalah dengan tablet yang sangat nipis ini. Sangat nipis umpama sehelai kertas. Boleh korang bayangkan?

Diberi nama PaperTab (kalau tak percaya search google), mempunyai ukuran sebesar 10.7 inci. PaperTab mempunyai flexible touchscreen yang membenarkan pengguna menghantar files and emails dengan hanya menggunakan gerakan tangan.PaperTab juga dilengkapi dengan Intel i5 processor.  Apa yang menariknya, PaperTab ini boleh dilipat dan tablet ini mampu berintegrasia dengan PaperTab lainnya. Misalnya, jika seorang pengguna ingin membuka email tanpa harus beralih dari inbox, maka tinggal sentuhkan saja PaperTab lain ke atas email tersebut. Secara otomatiknya email tersebut akan terbuka di PaperTab lain. Hebat kan? Banyak lagi kelebihan yang ada pada tab ini. Tengok video untuk info.

Bagaimanapun, harganya masih belum diketahui. Pastinya ia merupakan satu gadget yang akan mendapat sambutan nanti. 





Tonton video untuk info tambahan 



8 comments:

  1. kritikal sangat nipisnya tuu.. huhu

    ReplyDelete
  2. Gila gila siapa punya kerja nie. Hebat gila otak !

    ReplyDelete
  3. Takut kena buang je..org ingt kertas

    ReplyDelete
  4. macam tak best je.... apapun, laptop tetap di hati.. hahahaha

    ReplyDelete
  5. Tipis sangat. Macam mudah koyakmje.

    ReplyDelete

Jangan letak link tersembunyi di ruangan komen ini. Terima Kasih dan datang lagi ye

 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013