Kembara Mek Mulung: Putera Cahaya Bulan

,Tuesday, March 26, 2013 | 14 Comment

Buat kali pertamanya aku tonton teater klasik. Teater free, sape tak mahu tengok. Teater nie diadakan dua hari, 22 dan 23 Mac 2013. Dua hari berturut-turut aku turun ke Fakulti Muzik, tak puas tonton sekali! 
Pertama kali dengar tajuk teater nie, ianya kedengaran seperti cerita rakyat negeri Kelantan. Tapi, rupa-rupanya ia adalah cerita rakyat negeri Kedah. Tapi walau cerita rakyat negeri manapun, jalan cerita serta para lakonan yang bergendre lawak serta romantik amat menghiburkan pasti membuatkan para penonton tak puas melihat persembahan mereka. 

Video teater bahagian semasa Putera Cahaya Bulan bertemu Awang yang dilakonkan di UPSI


Scene semasa rakyat sedang menyanyi


Last Part (nyanyian Putera Cahaya Bulan)


SINOPSIS
Putera Cahaya Bulan mendapat firasat bahawa permaisuri baginda Puteri Nang Mara yang sangat rupawan dan mempunyai kesaktian akan dilarikan oleh Raja Gergasi yang memerintah Benua Pak Kian. Raja Gergasi berharap sekiranya dapat menguasai dan menakluk Puteri Nang Mara bermakna beliau berjaya meluaskan kuasa pemerintahannya tanpa ada saingan kerana selama ini Puteri Nang Mara merupakan penghalang utama kejayaannya. Putera Cahaya Bulan menitahkan agar seluruh rakyat berjaga selama 7 hari 7 malam bagi menggagalkan niat jahat Raja Gergasi. Raja Gergasi bersama pengasuhnya iaitu Amat dan Sena Berjaya memasuki pintu Kota Negeri Selindungan Bulan apabila semua rakyat tertidur hasil permainan sakti Raja Gergasi.

Mimpi Putera Cahaya Bulan menjadi realiti baginda dibunuh dengan panah. Sena dan Amat ditugaskan memujuk dan membawa Puteri Nang Mara ke Benua Pak Kian. Putera Cahaya Bulan yang dihanyutkan ke Sungai dijumpai oleh Epong dan Edeng. Mereka merawat Putera Cahaya Bulan dengan air mawar sehingga berjaya memulihkan kembali baginda. Di Benua Pak Kian, Puteri Nang Mara diseksa kerana enggan berkahwin dan tidak menerima lamaran Raja Gergasi. Akhirnya Putera Cahaya Bulan menyelamatkan Puteri Nang Mara.

Watak utama tetater PCB ini ialah Putera Cahaya Bulan dan Puteri Nang Mara
(kredit gambar http://setitik-dakwat.blogspot.com/)

Babak gergasi dan pengikutnya 
(kredit gambar http://setitik-dakwat.blogspot.com/)

Ni babak yang paling gamat sekali...Babak 2 org dukun yang menjadi lembut kerana terminum pelembut softlan. Berangan menjadi rozita che wan dan kris dayanti.
(kredit gambar http://setitik-dakwat.blogspot.com/

Apa yang boleh aku perkatakan teater ini sangat menarik dengan diseriakan dengan beberapa buah nyanyian serta tarian tradisional. Walaupun kali pertama mendengar lagu tradisional yang dinyanyikan semasa pementasan teater tersebut, namun sehingga sekarang masih ternyiang-nyiang lagi alunan suara Puteri Nang Mara serta Putera Cahaya Bulan yang sangat menusuk kalbu itu. Adeh, benar-benar jatuh cinta dengan seni teater mereka!



Cara Menyahut Kempen Go Green

,Saturday, March 23, 2013 | 14 Comment
Bersempen hari minggu nie, mesti banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga masing-masing. Dan salah satunya dengan menyertai kempen bumi hijau 'Go Green'.Kempen Go Green dengan taglinenya Recycle, Reuse, Reduce.
Recyle bermaksud kitar semula seperti suratkhabar boleh dijual, kertas, tin aluminium, botol .Reuse pula bermaksud menggunakan barang terpakai kepada tujuan sama atau lain dengan sedikit pengubahsuaian. Reduce pula menyeru agar kita kurangkan penggunaan atau tabiat membuang atau membuat sampah.Perubahan harus dilakukan. Sekecil-kecil perubahan adalah dari diri sendiri. Kita perlu menjaga alam sekitar untuk memastikan generasi masa depan dapat menikmati alam ini.Sertai kempen bukan bermakna perlu berkumpul ramai-ramai satu kampung dan mengerah tenaga sepanjang hari. Tidak! Banyak perkara yang boleh kita buat bagi menyahut kempen sihat ini. Contohnya baru-baru ini kerajaan telah mengwar-warkan kempen hari Sabtu tanpa beg plastik yang mana pasaraya tidak akan membekalkan beg plastik kepada pelanggan. Tak tahu sama ada kempen hari tanpa beg plastik ini masih diteruskan ataupun tidak tapi bukan itu isu yang Sarah ingin kongsikan.
Reuse, menggunakan semula barangan terpakai anda. Nak tahu macam mana?

Kertas terpakai boleh dibuat sebagai bunga hiasan.

Tingkap lama dibuat sebagai tempat letak surat

Siapa sangka potongan tong boleh dibuat sebagai bingkai cermin

Tingkap lama juga boleh digunakan sebagai satu dekorasi dinding,




Variasi rekaan menggunakan test tube. Elegan dan menjimatkan!
Jangan buang briefcase lama  anda, Mungkin boleh buat macam nie jugak

Pinggan bercorak dibuat sebagai hiasan dinding

Tangga lama sebagai rak buku.


Lain-lain benda kreatif yang anda boleh buat dengan barangan terpakai boleh juga rujuk entri lama Sarah:

Good luck!

Stok Shiseido Mask Sudah Sampai

,Friday, March 22, 2013 | 16 Comment

Maaf atas kelewatan mengupdate blog....lagi sekali. Memang tidak dinafikan sekarang nie agak sibuk sebab sekarang nie Sarah dah start berniaga lah pulak. Okey, pasal entri Sarah Mask untuk hilangkan blackhead&whitehead hari tu, ramai yang macam berminat nak mencuba dan ada yang request kalau stok sampai bagitau. So, nak bagitau semua yang stok Shiseido mask tu dah sampai! Sesiapa yang berminat boleh order dengan Sarah. Price? Okey, Sarah jual murah-murah sahaja. Hanya Rm1.50 satu. 


Harga untuk semenanjung sahaja  :
6 paket + postage = Rm15
10 paket + postage = Rm20
20 paket +postage = Rm36 

Untuk order boleh pm di facebook saya
Okey, banyak lagi sebenarnya barang yang Sarah jual. Tapi, modal kecil-kecil sahaja so setiap item ada limited lah. Alhamdulillah, permintaan setakat ini menggalakkan. Nak tahu apa lagi yang ada di 'kedai' boleh check dekat page De'sara Shop (LIKE plezzz) atau tunggu sahaja next entri. InsyaAllah. 



Sararose Coming Back!

,Thursday, March 21, 2013 | 8 Comment

Ceyh, tajuk style orang puteh gitu. Ada ke yang perasan blog comot nie tidak diupdate hampir dua minggu? Maaf kalau ada yang singgah dan komen di sini namun tidak berbalas kunjungan. Bukan sombong, bukan juga merajuk. Sebenarnya Sarah ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada final exam yang telah berlangsung 12 hingga 19 Mac yang lepas. Memang agak tought untuk study semua subjek dalam satu minggu sahaja, lebih-lebih lagi kami penuntut Diploma tidak ada study week pun! tempoh exam juga singkat dan Sarah tidak ada pilihan lain untuk melupakan blog untuk seketika. Dan Alhamdulillah exam telah tamat dan dah merdeka untuk sem nie!YEY


Namun, walaupun exam Sarah tetap ada plan lain untuk dilakukan sepanjang cuti semestar nanti. Nak tahu apa plan Sarah, tunggu entri esok. Harap korang support kerjaya Sarah yang baru nie. 



Cara Semakan Keputusan SPM 2012

,Sunday, March 10, 2013 | 12 Comment

Para calon SPM 2012 boleh mula membuat semakan SPM 2012 result online pada tarikh 21 Mac 2013 ini. Keputusan SPM 2012 boleh mula disemak bermula pukul 10 pagi di sekolah atau tempat para pelajar mengambil peperiksaan tersebut tahun lalu.


Untuk membuat semakan keputusan SPM 2012 secara online, ikut langkah berikut :
2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak
3.  Pilih Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah
4. klik butang Semak Laporan.


Keputusan atau result SPM 2012 juga boleh dilakukan melalui sistem pesanan ringkas (SMS).Apa yang perlu dilakukan ialah menaip seperti di bawah ini.
SPM (jarak)Nombor KP(jarak)Nombor Giliran
lepas tu hantar ke 15888
Contohnya :SPM 900104038776 BC0001A044 dan hantar ke 15888. Setiap semakan Keputusan SPM 2012 (Semakan SPM 2012) akan dicaj RM 0.35 sahaja

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah sangat penting bagi seseorang pelajar itu untuk menentukan halatuju dia yang seterusnya. Keputusan yang bagus akan memudahkan para pelajar mencapai cita-citanya, tetapi sekiranya keputusan kurang baik, bukan bermakna semuanya sudah habis. Anda masih tetap ada peluang untuk memperbaiki keputusan tersebut.
Semoga berjaya buat para pelajar membuat semakan SPM 2012 (SPM result) nanti dan mendapat result yang setimpal dengan usaha yang dilakukan.


Personal :Tiada Lagi Belasan Tahun

,Sunday, March 10, 2013 | 14 Comment
Alhamdulillah, masih lagi diberi nafas dan kesihatan yang baik pada hari ini.  Semalam (9 Mac) hari paling gembira dan satu pengalaman manis bagi Sarah kerana kawan-kawan serumah membuat surpise yang cukup bermakna sempena birthday Sarah yang ke..... ok, yang ke 20. Yey, tahun nie dah cukup 20 tahun dan bermakna tiada lagi belasan tahun. Sekejap masa berlalu, dan sampai ke alam 20 tahun sudah. Rasa macam tak matured lagi.Kih-kih-kih..

Entri nie sebenarnya ditujukan buat teman-teman yang sudi wish birthday dan khas juga buat housemate yang bersusah payah buat surprise semalam. Patutlah dua tiga menjak nie Sarah tengok pelik semacam je tingkah laku diorang nie. Pandai diorang cover line semata-mata nak buat kejutan semalam. 

*gambar rosak sikit, tapi yang penting kek nie sedap!

Pemberian dari kawan Sarah yang lahir pada tarikh sama. :thanks Ayu kak farah, Diela

Dah dapat kek, dapat hadiah jugak. 


Terharu sangat dengan sambutan birthday semalam. Sob-sob-sob. Tak pernah-pernahlah sambutan gempak macam nie. Sayang kamu semua! Wishlist? Tak mau sharelah, simpan dalam hati. Hehe



P/s: Blogger Nick Nashram juga sama tarikh lahir dengan saya.







I Setia Sampai U Jadi Zombie

,Friday, March 08, 2013 | 9 Comment



Agak-agaknya ada ke lelaki yang setia macam nie. Kalau ada, angkat tangan tinggi-tinggi, nak intai sikit.





LOL! Serius Tapi Kelakar

,Thursday, March 07, 2013 | 11 Comment

Pagi tadi terjumpa persoalan yang diutarakan oleh seorang lelaki kepada doktor di facebook mengenai telur lalat. Lelaki tu menggelabah dan takut telur itu menetas dalam perutnya selepas secara tak sengaja dia termakan telut lalat. Baca bawah nie.

Nama dirahsiakan. 

Kalau saya yang jadi doktor tu, mesti gelak guling-gulinglah time nak memberi jawapan kat dia. Kuat betul imiginasi lelaki ie. Mana boleh telur tu menetas dan membiak dalam perut cik abang oi. Kena cirit birit adalah nanti. Nasib baik doktor sporting kan. Nak tanya pasal kesihatan korang jugak, like dan tanyalah doktor di page tanyaDoktor ini.




Fuh! Teddy Bears Yang Paling Horror

,Thursday, March 07, 2013 | 9 Comment

Kalau sebut teddy bears sahaja, mesti akan terbayang patung beruang yang sangat comel dengan bulunya yang lembut dan warnanya yang menarik bukan. Lagi-lagi teddy bears menjadi satu pilihan untuk diberikan sebagai hadiah ataupun cenderamata. Bagaimana kalau kita tukarkan teddy bears yang kiut miut itu dengan teddy beras yang sangat RARE ini? Berani korang buat sebagai peneman tidur?









Berminat? Check it out http://undeadteds.com/

Apa Berita Lahad Datu 6 Mac 2013?

,Wednesday, March 06, 2013 | 3 Comment

Berita di Lahad Datu pasti ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia. Gelisah, takut dan marah. Semua bercampur aduk apabila tanah negeri Sabah cuba diusik. Berikut adalah laporan Terkini Krisis Pencerobohan Di Lahad Datu, Sabah

7.30 ptg - Seorang wartawan tercedera semasa operasi mengejar dan menahan pengganas oleh pasukan Paskal. Tindakan anggota keselamatan menahan seorang pemandu bot di pantai berhampiran Felda Residence Sahabat, dekat sini menarik perhatian media yang berada di kawasan tetersebut.Bot yang dinaiki seorang lelaki ditahan pihak keselamatan yang mengawal perairan di sekitar Kampung Tanduo. Aksi penahanan tersebut ternyata menarik minat pihak media yang bertindak menyerbu ke arah perairan pantai. Namun begitu, malang buat salah seorang daripada kumpulan media itu apabila jurugambar tersebut jatuh ketika berlari bagi merakam aksi yang jarang diperoleh itu. Jurugambar tersebut difahamkan terkehel di bahagian lutut dan menerima bantuan perubatan daripada pihak pengurusan Felda Residence Sahabat. - UTUSAN

7.10 ptg - Pasukan keselamatan yakin masih ada saki baki pengganas di Kg Tanduo. Operasi diperluas hingga ke Kampung Tanjung Batu - Panglima Angkatan Tentera.
- Operasi penggeledahan diteruskan untuk mencari senjata yang dipercayai ditanam di Kampung Tanduo - Panglima Angkatan Tentera

6.50 ptg - KPN mengesahkan beberapa pengganas berjaya ditembak mati di 3 lokasi tembak menembak di sekitar Tanjung Batu (kejadian kira-kira pd jam 4.15 ptg) Jumlah kematian belum dapat disahkan.

6.25 ptg - Tidak ada sebarang laporan diterima berhubung dakwaan rakyat Malaysia ditawan penceroboh - KPN

6.00 ptg - Pusat Media di Felda Residence Gempar apabila sebuah bot cuba mendarat di pantai berdekatan (kira-kira jam 3.30 ptg) - Susulan itu, pasukan paskal mengejar dan berjaya menahan 2 individu lelaki yang berada dalam bot berkenaan

4.50 ptg - Gambar kubur penceroboh yang ditunjukkan oleh Zahid kepada media. Menteri Pertahanan Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi Dalam Sidang Media Sebentar tadi Menunjukan Sebahagian Gambar Pengganas Bersenjata yang mati dalam Ops Daulat yang bermula 7 Pagi Semalam.
-Kredit Photo NST
13 Mayat ditemui. Sembilan daripada 13 mayat pengganas ditemui dalam sebuah liang kubur yang ditutup dengan kepingan papan.



4.35 ptg - Lagi Gambar Suspek yang ditangkap di Semporna


  
4.25 ptg - Sidang Media DS Hishamudin dan Zahid Hamidi
-13 Mayat Penceroboh ditemui ketika ini
-CID dan Forensik Menemui Kubur 7 Penceroboh
-Pasukan Forensik diserang ketika membuat pemeriksaan dan pengesahan kubur dan mayat penceroboh kira-kira jam 1.45 ptg
-Anggota keselamatan menemui sejumlah senjata yang digunakan penceroboh)
-Tiada Anggota Keselamatan yang tercedera pada Ops Daulat Hari Kedua
-Kedua-dua Menteri Menekankan bahawa orang ramai perlu yakin dan mempercayai kemampuan anggota keselamatan dari PDRM dan ATM
-Pengamal media sosial khususnya perlu lebih bertanggungjawab dan menghormati anggota keselamatan serta keluarga-keluarga wira yang terkorban
-Gambar-gambar di lokasi serangan dipertontonkan kepada media

 


3.40 ptg - Kawalan Di Felda Sahabat

3.30 ptg - Anggota Keselamatan memulakan operasi menggeledah rumah ke rumah di Kg. Tanjung Batu. bagi memburu pengganas.

3.05 ptg - Suspek yang ditahan juga memiliki syabu
Polis menahan empat lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh yang terlibat dalam kejadian serangan hendap di Kampung Sri Jaya Simunul, di sini, Sabtu lepas. Empat lelaki yang ditahan dalam operasi khas oleh sekumpulan anggota polis dari jabatan cawangan jenayah berat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah itu berusia dalam lingkungan 20-an hingga 50-an. Menurut polis, operasi yang dijalankan di Jalan Lapangan Terbang, kira-kira lima kilometer dari Pekan Semporna, bertujuan menangkap penceroboh yang didakwa menyamar sebagai penduduk kampung di beberapa kawasan di Semporna.
Operasi itu bermula pada pukul 12 tengah hari dan berakhir 1.15 tengah hari. dua rumah diperiksa dan polis berjaya menahan dua lelaki di rumah itu manakala seorang lelaki ditahan ketika keluar dari belukar dan seorang lagi ditahan dalam pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan yang mencurigakan.


3.00 ptg - 4 Suspek Penceroboh Ditahan Jalan Lapangan Terbang 5 KM Dari Pekan Semporna Dalam Operasi Khas jam 12 Tengahari tadi.

1.45 tengah hari- pasukan forensik kita diserang kumpulan penceroboh ketika menjalankan siasatan di kawasan kubur di mana mayat anggota mereka ditanam di kawasan kampung itu," kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengesahkan tiada anggota pasukan keselamatan yang cedera.


Saya Nak T-shirt Blog!! Awak Nak??

,Wednesday, March 06, 2013 | 8 Comment
Bismillahirahmanirahim. Tengah malam yang indah ini Sarah nak join satu segmen yang sangat menarik dari   Salju Creative. Siapa taknak kalau orang nak bagi T-shirt free kat kita, mestilah nak. Lagi-lagi kalau t-shirt tu tulis nama blog pula. Baik sungguh Salju Creative kan. 

Klik banner untuk join sama!

CARA PENYERTAAN
1. Follow Blog DAN Facebook Fanpage Salju Creative.
2. Letakkan Banner Contest yang dilinkkan ke blog saljucreative di side bar, header bar atau footer bar.
3. Buat satu entry di dalam blog anda, dan post kan link entry di bahagian komen dalam post ini. Entry anda mestilah mengandungi;
# Tajuk : SAYA NAK T-SHIRT BLOG!! AWAK NAK??
#Banner yang dilinkkan ke blog ini.
#Design baju yang dikehendaki dan saiz baju.
#Lengkapkan Slogan: Saya suka Salju Creative kerana .....


INILAH DESIGN BAJU T-SHIRT YANG SAYA NAK! SAIZ M.

Lihat sahaja pada design baju nie, sangat cantik bukan? Simple tapi ia menepati citarasa saya sendiri. Tak tipu, betul.. Dah lama saya mencari baju untuk blog berwarna hitam seperti ini. Dan dengan peluang yang diberikan oleh Salju Creative, saya terus menyertai segmen hangat ini walaupun probability untuk saya berjaya adalah tipis. Namun rezeki ada di mana-mana bukan. Bercakap mengenai  nama Salju Creative pun sudah tahu, mereka kreatif dan sangat telus dalam berniaga. 
Saya sangat menyukai Salju Creative kerana rekaan yang disediakan sangat menepati citarasa saya .Hampir sejam saya meninjau dan menjenguk di blog mereka tatkala terpegun melihat hasil kerja mereka. Cantik sungguh rekaan kad kahwin rekaan syarikat mereka. Sudah pula cantik, malah murah sahaja harga . Design yang paling saya suka adalah design yang simple tetapi sangat sweet. Sama seperti design kad kawin di bawah ini. Tatkala terpandang kad kahwin ini, fikiran saya mula melayang dan terbayang nama terukir di kad tersebut. Ahaks, umur baru 20 tahun sudah berangan kamu ya.
Saya ingin syorkan kepada bakal-bakal raja sehari di luar sana supaya menempah kad kahwin di Salju Creative disebabkan banyak pilihan design yang menarik dan sangat murah. Pelanggan juga boleh meminta pihak Salju Creative mereka kad mengikut kemahuan sendiri kerana mereka menjaga kepuasan pelanggan. Malah, tidak perlu menghabiskan duit minyak kereta untuk ke stokis mereka kerana urusan adalah secara online. Pihak syarikat Salju Kreatif juga memberi jaminan kepada pelanggan dengan penetapan harga kad kahwin walaupun harga minyak naik.Bahkan, kualiti dan perkhidmatan yang disediakan cukup baik. Jangan ridau kerana mereka adalah syarikat berdaftar dan amat menikberatkan masa supaya kad yang ditempah tiba di tangan penerima pada masa sepatutnya. Selain menyediakan perkhidmatan percetakan kad kahwin,mereka juga menyediakan perkhidmatan fotografi, guestbook, cenderahati dan hiasan hantaran.. 

Walaupun syarikat Salju Creative hanya menjalankan perniagaan secara online satakat ini, saya percaya syarikat ini mampu maju dan membuka stokis serta cawangan di seluruh negeri suatu hari nanti. Itu doa saya. Walau bagaimanapun, perniagaan secara online pada hari ini merupakan satu pendekatan yang cukup baik bagi memulakan sesuatu perniagaan kerana ianya mudah, murah dan mesra pelanggan. 
Sejauh mana kemanisan kata-kata saya tadi, saya kurang pasti namun apa yang saya coretkan di sini adalah ikhlas dari lubuk hati saya sendiri. 


The end of kad kahwin. Yang lain cepat lah join ye. Tamat 31 Mac 2013



 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013