1000 Wakil Jualan Rebat Rm200 Akan Disenaraikan

,Sunday, January 13, 2013 | 19 Comment

Dipetik dari Berita Harian ,
Kuala Penyu: Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) mengemukakan 70 model telefon pintar yang boleh dipilih belia bagi mendapat rebat RM200 Pakej Telekomunikasi Belia (PKB).
Menterinya, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata model telefon berkenaan akan dipapar menerusi laman sesawang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membolehkan belia membuat perbandingan harga di pasaran. “SKMM akan terus memantau pendaftaran itu menerusi Internet dan kini 187,000 mendaftar untuk mendapatkan rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia bagi pembelian telefon pintar,” katanya. SKMM akan terus memantau pendaftaran itu menerusi Internet dan kini 187,000 mendaftar untuk mendapatkan rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia bagi pembelian telefon pintar” Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan

Senarai premis terpilih
Beliau berkata, kementerian juga akan menyenaraikan 1,000 premis dan penjual alat telekomunikasi yang menyertai PKB di seluruh negara.
Sementara itu, SKMM berkata, sebanyak 1,000 wakil jualan dilantik oleh syarikat telekomunikasi yang terbabit dalam PKB. SKMM berkata, perkara itu dimaklumkan oleh syarikat telekomunikasi terbabit kepadanya yang mana jumlah itu akan ditingkatkan dari semasa ke semasa di seluruh negara bagi memastikan belia dapat membeli telefon pintar 3G dengan lebih mudah.

Mereka yang berjaya mendaftar juga diminta bersabar dan menyemak senarai wakil penjual yang dilantik di laman sesawang setiap syarikat telekomunikasi atau pemberi perkhidmatan di https://komunikasibelia.skmm.gov.my/plain/dealer.html
Model terbabit ialah iPhone 5, Samsung Galaxy S3, Samsung Galaxy Mini 2, Samsung Galaxy Y 5, Samsung Galaxy Note 2, Samsung Galaxy Ace Plus, Samsung Galaxy S3 Mini, Samsung Galaxy Note, Samsung Galaxy Nexus 10, LG Optimus LE E400, HTC Desire C, HTC One X dan HTC Wildfire S.Yang lain ialah HTC Desire X, HTC One S, Nokia Asha 311, Sony Xperia Tipo Single, Sony Xperia SL, Sony Xperia Ion, Sony Xperia S, Huawei Ascend P1, Windows Phone 8X By HTC, Ninetology Blackpearl 2 i9400, Ninetology Stealth 2 i9500, Palette i5300, ZTE Acqua, Buzz 4G Cloud Phone dan Insight i9430. - BERNAMA


Klik LINK untuk daftar rebat telefon pintar anda sekarang
UPDATE : SENARAI PENGEDAR
Entri berkaitan : Info Rebat Telefon Pintar Rm200

19 comments:

  1. ipong 5 gajet idaman gua!hehe

    ReplyDelete
  2. terlupa pulak psl rebat rm200 ni..hahah
    saya punye kad siswa baru je amik kat upsi.
    xtau nak guna utk pe..

    ReplyDelete
  3. Tak ada blackberry :(

    ReplyDelete
  4. Boleh cuba isi ni, mana tahu ada rezeki dapat, boleh upgrade ip4s

    ReplyDelete
  5. okey, masing2 boleh dapatkan smartphone impian masing2,, =)

    ReplyDelete
  6. kalau bole bg la senarai penuh 1000 wakil yg dilantik..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum dikeluarkan lagi kalau tak silap saya.. harap bersabar.

      Delete
  7. sya nak kan senarai penuh wakil yg dilantik, kt mne nk cari ye..

    ReplyDelete
  8. wah...untungla saya yang dapat....

    ReplyDelete
  9. saya pom dapat....nak taw senarai dealer

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh ke laman web https://komunikasibelia.skmm.gov.my/plain/dealer.html untk maklumat lanjut. senarai dealer saya kurang pasti..rasanya belum diumumkan lagi..harap bersabar

      Delete
  10. nak wakil y dlntik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sehingga hari ini saya belum mendapat senarai wakil yg dilantik.. harap link https://komunikasibelia.skmm.gov.my/plain/dealer.html membantu

      Delete
  11. wajibkah amik internet plan?

    ReplyDelete
  12. wajibkah apply for plan offered by the dealers kalau nak guna rebate ni?

    ReplyDelete
  13. mcmna nk semak nama ada ke tidak

    ReplyDelete
  14. sejurus pendaftaran dilakukan, keputusan sama ada pemohon berjaya atau tidak akan dikeluarkan. Mereka juga ada menghantar email pengesahan permohonan teah diluluskan. Cuba check email anda.

    Anon 9feb : maaf lambat membalas pertanyaan. Sila semak sama ada wajib atau tidak internet plan pada senarai pengedar (syarikat telekomunikasi) pada entri http://www.sararose.my/2013/01/pengedar-rebat-telefon-pintar-rm200.html. Bagi pengedar lain selain dari senarai tersebut, saya kurang pasti

    ReplyDelete
  15. My developer is trying to persuade me to move to .
    net from PHP. I have always disliked the idea because of
    the costs. But he's tryiong none the less. I've been
    using Movable-type on several websites for about a year
    and am anxious about switching to another platform. I have heard great
    things about blogengine.net. Is there a way I can transfer all my wordpress content
    into it? Any help would be greatly appreciated!



    My page :: Youtube Views

    ReplyDelete

Jangan letak link tersembunyi di ruangan komen ini. Terima Kasih dan datang lagi ye

 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013