Kosong ~Bukan Najwa Latif Punya

,Saturday, July 14, 2012 | 18 Comment


Semalam, hari Jumaat Sarah ade kelas Hubungan Etnik.
Masuk-masuk je kelas, lecturer 'kesanyangan' cakap "okey, hari nie kita ade kuiz mengejut" Hohohoh..bagus betul lecturer nie, selalu je buat kuiz tak bagitau.
Lalu, kertas-kertas soalan diedarkan dan dia dengan tegasnya tak bagi kitorang bukak kertas tu sebelum start."Okey, hari nie awak kena jawab soalan maths dalam masa satu minit. semua pelajar tak dibenarkan untuk bercakap atau berbincang., jadi masa satu minit bermual dari....... ..... SEKARANG...."


Maka semua pelajar membuka kertas tu  dengan gelojohnya, termasuklah aku.
Ya, memang betul soalan matematik budak sekolah rendah.

soalan satu. 6 bahagi 2 = okey, mestilah 3 kan?
soalan dua .  8 + 12 =haha.. 20 la jawapan dia.
dan sampai la soalan ke 39.
"Okey, masa dah tamat.berhenti menjawab." kata lecturer tu.Mata aku terlihat satu soalan last yg belom kujawab.
40. 16 darab 3 =
pikir-pikir, lalu aku cepat-cepat tulis jawapan dia.yess.. habis semua aku jawab. walaupun satu soalan aku main tipu.
Pastu kitorang bertukar-tukar kertas untuk tandakan berapa yang betul.Bila aku dapat balik kertas tu, aku dapat  kosongggggg!
~kosong,kosong, kosong~~ kedengaran beberapa orang menyanyikan lagu Najwa Latif, termasuklah aku,



Tapi, tahukah kita bahawa amat penting untuk kita membaca soalan sebelum menjawab?
Ya, Amat PENTING!Cuba tengok  instuction dia dulu



Okey, kitorang terkena dengan lecturer tu. 
Tambah bermakna darab.
bahagi bermakba tambah
tolak bermakna bahagi
darab bermakna tolak.

aduh, sakit hati pulak aku baca. Mana la sempat nak tengok instruction dia before jawab sebab dia bagi satu minit je masa.
Kata lecturer tu : Kita tak boleh terlampau mempercayai seseorang. Dalam dunia sebenar  orang boleh tukar simbol-simbol sesuka hati dan boleh menyebabkan kita sesat..



Moral = baca soalan dulu before jawab
betul kata beliau, jangan terlampau mudah percaya kat orang





18 comments:

  1. bagus jugak bagi pengajaran sikit kat budak2 tu.haha

    ReplyDelete
  2. Salam.

    Bagusnya..Lecturer bagi soalan yang beri pengajaran tentang hidup.

    ReplyDelete
  3. haha.. menarik trick tu.. hehe


    Hadiah menarik;
    TEMPAT PERTAMA : Barang Sophie Paris bernilai RM50 dan ke bawah.

    TEMPAT KEDUA : Barang Sophie Paris bernilai RM 25 dan ke bawah.

    TEMPAT KETIGA : Barang Sophie Paris bernilai RM15 dan ke bawah.


    Kalau sudi join segmen pertama ejulz k..
    http://kampung-kameq.blogspot.com/2012/07/segmen-menangi-hadiah-sophie-paris.html

    ReplyDelete
  4. @ejulz ok, InsyaAllah join

    ReplyDelete
  5. @.........cP~emm, memang bagus la lecturer tu.. selalu bagi nasihat

    ReplyDelete
  6. sila baca arahan terlebih dahulu. hahahahah..mmg naya la kalau kena soalan cmtu :P

    ika dtg tag :: http://ikapukpuk.blogspot.com/2012/07/segmen-ramadhan-juadah-berbuka-anda.html

    ReplyDelete
  7. http://speciousuri.blogspot.com/2012/07/segmen-menangi-hadiah-sophie-paris.html

    sy tag awak.

    ReplyDelete
  8. Hahaha, penuh dgn moral values =D Tu lah, kekadang jumpa soalan kacang2 cofirm tak baca soalan =D

    http://thenurulee.blogspot.com/2012/07/day-night-in-village.html

    ReplyDelete
  9. hehe..moral of the story:jgn cepat p'caya kat org lain..don't talk to stranger too ^^

    ReplyDelete
  10. Sory lambat reply.. Untuk segmen: Menangi Hadiah Sophie Paris, pemilihan pemenang secara random dgn menggunakan web http://www.random.org/integers/

    ReplyDelete
  11. terbaik la cikgu tu heheee

    ReplyDelete
  12. okay ini lawak..pelik-pelik je lecterur ni..japp2 bermual?apakah?

    http://www.jeritpekik.my/2012/12/senarai-entry-entry-terbaik-dari_26.html

    ReplyDelete

Jangan letak link tersembunyi di ruangan komen ini. Terima Kasih dan datang lagi ye

 
All right reserved by Sararose.com. Fully edited by Enna_Maggi. 2013